You are on page 1of 34

BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA PENGENALAN Pada tahun 1935, O.T.

Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau, ...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu.

Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu. (The Straits Times, 1935.) Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan

penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa

Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era Bahasa Melayu

pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.

Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Rajah 3.2: Usman Awang

Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk: Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; dan Mengadakan pembaharuan dalam sastera. Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan, 2002).

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk bahasa ini belum dipiawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa Zaba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan Zaba dan Ejaan Kongres (1956 1957). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan

berkhidmat di Utusan Melayu, Berita Harian dan juga beberapa majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera. Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan Bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1269): Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan

menghidupkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup Membincangkan hal-hal kesulitan Bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga Menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman. Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya. Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.

Penubuhan

LBM

sebenarnya

mengukuhkan

lagi

perjuangan

untuk

mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan Bahasa Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa Bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu tulisan Zaba. Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260): Kongres bahasa hendaklah diadakan usaha seterusnya dengan tujuan di

untuk menyeralaraskan sebarang

badan

persuratan

Melayu

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara Kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli Bahasa Melayu Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu. Pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres.

Pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu. Sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak dan tiaptiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja. Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak. Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli

persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan Bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan Bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun; menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam Bahasa Melayu; dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem.

Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul Bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan. Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut: Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan bukubuku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dan Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.3). Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.

Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956 kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran. Gagasan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah

dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3.4). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Rajah 3.4: Laporan Razak 1956

Penyata Razak (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut: Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah; Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia 1. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa: Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. 2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih:

Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaanpindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen. Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris. 4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam Bahasa Inggeris. Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus

(Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua, ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.

Akhirnya, keempat ialah Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasabahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta. Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.). Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan

jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan Akta kerajaan Dewan kepada Bahasa badan dan berkanun apabila Parlimen

meluluskan

Pustaka.

Pemberian autonomi ini

membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera

menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.

Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang

melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961. (lihat Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Pelancaran Pertama Minggu bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960 Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari; menunjukkan

kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.

Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk: pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduan-peraduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat, kebangsaan. iaitu peringkat daerah, bin peringkat Abdul negeri dan peringkat 1960) (Mahfudz

Hamid,

Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kain-kain cogan kata, iklaniklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduan-peraduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah

Melayu. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas, peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya.

Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan

Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolahsekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang

mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancanganrancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan.

Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan, 2008).

Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu

Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).

Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.

Rajah

3.6: Pengisytiharan

Sistem

Ejaan

Indonesia

Malaysia

Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu tanggapan masingmasing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman

bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).

Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat Bahasa Inggeris. Pada 1

September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguhsungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.

Rajah 3.7: Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3.7) pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila

penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.

Usaha-usaha

untuk

mendaulatkan

dan

memperluaskan

penggunaan

bahasa

kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan bahasa kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling

Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana Bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 akta tersebut.

Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan teknologi.

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD) Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan

diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989. Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.2. Huruf Jawi Nama Padanan Rumi alif a ba b ta t ta marbutah t/h sa [tha] s, (th) jim j ca c a],ha [h ),h, (h kha [khO] kh dal d zal [dhal] z, (dh) ra [rO] r zai z sin s

sy, (sh) ),s, (s ),d, (d ),t, (t ),z, (z awal: a, i, u ain [ain] akhir: k, () ghain gh nga ng fa f pa P qaf k, q, (q) kaf k ga g lam l mim m nun n wau w, u, o va v ha h awal: gugur hamzah akhir: k, () ya y, i, e taling ye [ye] e pepet akhir ny ny Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu
Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada Bahasa Arab. Catatan 2: Huruf 3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan t bagi padanan transliterasi.

syin Od],sad [s Od],dad [d O],ta [t O],za [z

Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan

1. PENGENALAN

Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, langkah-langkah berikutnya barulah dilakukan iaitu propaganda, pembinaan dan peluasan penggunaan bahasa pilihan itu. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam Perkara 152 dalam Perlembagaan Perseketuan. Perkara 152 (menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan). Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Maka dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan itulah yang menjadi dasar bagi perkembangan bahasa Melayu seterusnya di Malaysia.

Proses penentuan dasar melibatkan aspek perancangan bahasa secara berperingkat-peringkat. Kita sedia maklum bahawa, negara kita mempunyai pelbagai kaum dan bahasa. Oleh itu, Negara kita perlu membentuk satu dasar bahasa yang sedemikian rupa. Disebabkan Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang menuturkan pelbagai bahasa maka kita perlukan satu bahasa kebangsaan. Soal bahasa mana yang harus dipilih adalah satu isu lain, namun dalam hal ini bahasa Melayulah yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertanggungjawab (UMNO, MCA dan MIC) sebelum Malaysia ( dahulunya Persekutuan Tanah Melayu) yang mencapai kata sepakat dalam pemilihan bahasa ini. Malah bahasa Melayu juga pada ketika itu merupakan bahasa bumiputera negara ini, mempunyai bilangan penutur yang teramai, dan bahasa yang dituturkan sebagai lingua franca dalam kalangan rakyat Malaysia ketika itu.

2. DEFINISI BAHASA MELAYU 2.1 Mengikut Kamus Dewan

Sistem lambing bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan atau fikiran ( Kamus Dewan 1998 : 37 ).

Berlandaskan Kamus Dewan bahasa berbawa maksud Manakala Melayu didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu ( Kamus Dewan 1998 : 440 ).

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa bahasa Melayu adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan yang diterima dan digunapakai oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara.

2.2 Mengikut Perlembagaan Perseketuan Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu adalah termaktub dalam Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Di bawah artikel 152 mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia itu sendiri memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Ini terbukti Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda (Edisi Feb 2006 ).

Perkara 152. Bahasa kebangsaan memperuntukan :

1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa : Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apaapa bahasa lain. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. 2. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. 3. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen. Segala Akta Parlimen dan segala perundangan hendaklah subsidiari dalam yang

dikeluarkanoleh Inggeris.

Kerajaan

Persekutuan,

bahasa

4. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. 5. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. 6. Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN NEGARA BANGSA-Rohana bt Dolhan [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]
Abstrak Bahasa merupakan teras atau kunci dalam membentuk perpaduan bangsa. Perkembangan bahasa bermula sejak awal zaman sebelum negara kita merdeka lagi. Dengan kelebihan sebagai bahasa penghubung antara negara dengan masyarakat luar sejak zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu bahasa lingua franca dan dengan majoriti penduduk pada masa itu maka bahasa Melayu diambil menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum kemerdekaan awal kemerdekaan telah diwujudkan beberapa Laporan bagi mencari jalan bagaimana perpaduan dapat dilaksanakan tanpa menafikan hak semua kaum. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sesuai bagi pembentukan perpaduan bangsa sejajar dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Melalui Perkara 152 (1) Perlembagaan memberi pengiktirafan dan mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Dengan berdasarkan jumlah 50% penduduk Melayu serta bahasa yang mudah difahami maka bahasa tersebut menjadi bahasa perpaduan negara bangsa. Kajian yang dibuat ini merangkumi peranan bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Hasil kajian ini juga dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu membentuk perpaduan kaum dalam negara bangsa. PENGENALAN Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasabahasa etnik yang dituturkan di Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei , Singapura, bahagian Selatan Thai dan Filipina sehinggalah ke Pulau Christmas di Australia. Bagi negara Malaysia yang berbilang bangsa, satu bahasa perlu untuk menyatukan ke semua bangsa tersebut. Perpaduan dalam pengertiannya ialah penggabungan, perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dll.). Perpaduan dalam erti kata lain, membawa makna hubungan erat yang bersifat kerjasama dan mempunyai satu matlamat yang sama iaitu kemakmuran dan keharmonian. Ia juga merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan memupuk perasaan kasih dan sayangkan negara bangsa. Perpaduan juga menjadi teras bangsa Malaysia. Dalam Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (1992) telah mendefinisikan perpaduan negara sebagai satu keadaan yang mana rakyat daripada pelbagai golongan etnik,agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa bersatu dengan memberi komitmen penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bahasa atau kaum. Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat empat komponen iaitu fikiran atau idea (contohnya falsafah, mitos, legenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain), kebendaan (contohnya seni bina,perkakasan,teknologi,perubatan dan lain-lain), kesenian (contohnya seni lakon,nyanyian,seni visual,lukisan dan lain-lain) serta nilai dan norma (contohnya undang-undang,adat resam,perlakuan, kesopanan dan kesantunan, nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain) Konteks negara pula membawa pengertian kepada negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik atau masyarakat dan mengamalkan agama dan budaya hidup sendiri. Di Malaysia konsep bangsa Malaysia juga didefinisikan dalam Perlembagaan Negara 1957 yang menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menerangkan sifat dan ciri bangsa Malaysia iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan,taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Objektif kajian saya membincangkan peranan bahasa Melayu

sebagai bahasa yang boleh menyatukan pelbagai kaum dan dapat membuktikan bahasa itu mampu membentuk perpaduan. Batasan kajian saya mencakupi peranan dan bukti bahasa Melayu mampu menyatupadukan kaum di Malaysia. PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati sejak. Peranan bahasa Melayu jelas apabila bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta perpaduan politik. Bahasa Melayu juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah. Peranan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam empat cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media massa. PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN Sebagai negara bangsa, peranan bahasa Melayu dalam pendidikan amat penting dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan bahasa Melayu dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan: Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada s ubseksyen ini. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan terus diberi penekanan dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini mengandungi 6 teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,lingua franca,integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,integrasi nasional dan bahasa ilmu. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah menggerakkan gelombang baru iaitu gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perlaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,kesusasteraan,pengkaryaan,penterjemahan serta mewujudkan bahan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Di sekolah huraian sukatan bahasa Melayu mengandungi objektif dan nilai-nilai yang dirancang dan disampaikan kepada pelajar-pelajar dengan harapan agar pelajar-pelajar akan terdidik berbahasa dan berbudaya tinggi. Sekiranya pelajar-pelajar mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik secara tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum. Mereka juga akan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain dan memahami budaya kaum lain. Begitu juga hubungan guru dengan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka mudah berkomunikasi dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pihak sekolah

dan ibu bapa pelajar. Kesemua ini dapat memupuk semangat perpaduan pada peringkat awal lagi iaitu semasa mereka berada di bangku sekolah dan akan diamalkan sehinggalah ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menjadi masyarakat yang sentiasa mengekalkan perpaduan. PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI MASYARAKAT ATAU SOSIAL Bahasa menjadi lambang jati diri sebagai penduduk tetap Malaysia. Setiap negeri di dunia ini mempunyai bahasa kebangsaan sendiri bagi menunjukkan jati diri masing-masing. Bahasa Melayu merupakan salah satu jati diri etnik dan memberi takrifan sebagai komuniti bahasa. Komunikasi bahasa diertikan sebagai satu kumpulan manusia yang menuturkan bahasa yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan manusia diterima sebagai komuniti bahasa jika ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa yang sama di dalam hubungan komunikasi mereka. Komuniti am pula ialah sekumpulan masyarakat yang berketurunan sama yang berkongsi nilai-nilai yang sama manakala komunikasi bahasa pula merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi bahasa yang sama. Komuniti Melayu adalah golongan yang berketurunan Melayu yang memiliki jati diri Melayu, bahasa agama, budaya dan adat istiadat Melayu tetapi komuniti bahasa Melayu pula ialah golongan manusia yang tidak semestinya berketurunan sama tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Dasar bahasa di Malaysia, kalangan penutur bahasa Melayu terdiri daripada orang Melayu,India,Cina,etnik bumiputera dari negeri Sabah dan Sarawak dan kumpulan etnik minoriti yang lain. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur menyatakan bahawa kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu asas kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan dijadikan amalan. Dengan amalan itulah yang akan menjadi bukti bagi menyuburkan dan memekarkan peranan cinta serta member keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan tersebut. Tambahnya, tanpa mengamalkannya iaitu bahasa Melayu sukar untuk meyakinkan diri kita dan orang lain bahawa kita mencintai bahasa kebangsaan kita, dan inilah unsur rohaniah yang perlu disemadikan dalam sanubari rakyat Malaysia, khususnya. Bahasa Melayu turut melambangkan kesantunannya. Peningkatan ilmu dan kepenggunaannya boleh dijadikan kayu ukur kepada kesantunan bahasa Melayu tersebut. Bahasa Melayu mencakupi ciri-ciri dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa,beradab dan memiliki nilai-nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Begitu juga amalan bergotong-royong , menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta sambutan rumah terbuka yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong dalam masyarakat menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu iaitu bahasa yang mudah difahami. Bahasa Melayu turut dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa ini, hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan sikap toleransi antara kaum perlu diamalkan sekiranya kita ingin melihat perpaduan terlaksana. PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka turut membantu dalam usaha membentuk perpaduan ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka telah diarahkan untuk mencipta ejaan, istilah,kamus dan tatabahasa bagi menyatukan bahasa Melayu serantau dan mengembangkan sastera Melayu. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dinaiktarafkan menjadi sebuah badan berkanun. Maka dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kandungan Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi kuasa untuk menggubal dasarnya yang khusus,

menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjelaskan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku-buku yang sama dengan sekolah swasta. Penggunaan buku-buku teks dalam bahasa Melayu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sastera ,Sejarah dan sebagainya merupakan salah satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang pendidikan. Dalam menghasilkan karya bahasa Melayu seperti puisi, pantun dan sebagainya. Ahli bahasa di Malaysia tidak kurang hebatnya. Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menerbitkan buku yang berunsurkan bahasa Melayu dan sastera untuk kegunaan golongan masyarakat. Perkataan-perkataan baru yang digunakan dalam kamus diberi pengertian yang sejelasnya bagi memudahkan pemahaman orang ramai. Kempen Bulan Bahasa turut dirancang dan diadakan bagi menyemai dan mengukuhkan peranan bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat majmuk. Berbagai-bagai jenis aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Mendeklamasikan Sajak,pidato dan sebagainya. Kesemua aktiviti yang dijalankan bermatlamat supaya bahasa Melayu menjadi keutamaan dalam penyatuan kaum di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan menerbitkan majalah bahasa seperti majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, dan Jurnal Bahasa. Begitu juga buku sastera, ilmiah, fiksyen ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu. Sasaran utama ialah pelajar dan golongan pembaca buku. Dewasa kini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka semakin mencabar iaitu bagaimana hendak meluaskan lagi penggunaan serta memperkukuhkan bahasa Melayu daripada rakyat Malaysia. Para pelajar dan golongan pendidik akan menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai tempat rujukan bila mempelajari bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat hanya dapat dirujuk daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita boleh melayari Internet dengan membuka laman webnya. Dewan Bahasa dan Pustaka turut memperkenalkan perkataan-perkataan baru bersertakan pengertiannya. Dengan menjadikan media massa sebagai medan menyalurkan maklumat kepada umum iaitu masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI MEDIA Di kalangan pengamal media pula, kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam alat komunikasi seperti radio,televisyen,surat khabar, majalah dan lain-lain alat sebaran am. Terdapat dua bentuk media utama di Malaysia iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada akhbar, majalah,buletin,jurnal dan sebagainya. Media elektronik pula seperti televisyen,radio dan komputer dengan mel elektronik dan laman webnya. Televisyen banyak mempengaruhi masyarakat Malaysia yang mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan iaitu bahasa Melayu. Paparan dan isi kandungan rancangan mencakupi berita dan maklumat, temu bual, soal jawab yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Kesemua rancangan ini mampu membantu penonton memahami dan menerima maklumat melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sebagai bahasa penyebar maklumat. Contoh rancangan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ialah rancangan Soal Jawab (TV3) , Bual Bicara (TV1) dan Di Luar Lingkungan (TV1). Perantara dan tetamu forum menggunakan bahasa Melayu untuk berbicara. Dengan menonton rancangan ini, para penonton akan mendengar penggunaan bahasa yang baik dan teratur selain daripada mendapat maklumat. Manakala tayangan drama dan filem Melayu yang ditayangkan melalui televisyen mampu melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai penyebar maklumat yang tepat,benar, mempunyai matlamat atau objektif serta seimbang malah mempamerkan bentuk penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Penggunaan kata atau bahasa turut mempengaruhi penonton. Misalnya drama Melayu yang menggunakan ayat yang menarik ataupun perkataan akan menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja Bagi iklan pula, turut menyokong peranan bahasa Melayu. Iklan menggunakan laras bahasa, perkataan dan sebutan dalam bahasa Melayu. Iklan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan kita. Sasaran utama bagi golongan kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memahami bahasa dalam iklan sekiranya menonton setiap hari. Contohnya iklan potong. Saya melihat bagaimana kanak -kanak yang terdiri daripada kanakkanak yang terdiri daripada anak murid saya sering menyanyikan lagu potong. Dalam istilah bahasa

perkataan potong mempunyai banyak maksud. Dan bagi yang tidak memahami maksud potong yang disebut dalam iklan itu, maka terjadilah banyak makna yang ditafsirkan. Sedangkan maksud iklan tadi ialah potong atau jangan guna talian Internet selain daripada produk syarikat telekomunikasi tadi. Satu lagi contoh iklan yang tidak kurang menariknya. Iklan makanan ringan Oreo. Arahan yang disebut oleh kanak-kanak dalam iklan tadi ialah putar , jilat dan makan. Kanak -kanak berusia dua hingga empat tahun akan mempelajari perkataan baharu sambil mengetahui pergerakan yang dilakukan. Secara tidak langsung,iklan tadi membantu mereka menguasai dan mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa berita dan maklumat di televisyen. Kita sering menonton berita di televisyen. Berita Utama, Berita Perdana dan Berita Terkini disiarkan dengan menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Segala berita dan maklumat bagi menyampaikan maksud digunakan oleh penyampai berita, temu bual wartawan dengan masyarakat, wawancara dengan menteri, pegawai kerajaan, tokoh korporat dan sebagai dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja. Sekiranya berita dan wawancara menggunakan bahasa asing, maka dipamerkan terjemahan dalam bahasa Melayu serentak dengan siarannya. Rancangan kanak-kanak dalam bahasa Melayu turut menjadi agenda utama televisyen dalam usaha mempengaruhi kanak-kanak berbahasa Melayu atau menguasai bahasa Melayu. Antara kartun yang dapat ditonton seperti Upin dan Ipin, Budak Kampung, Anak-anak Sidek dan sebagainya. Kanakkanak akan lebih mudah belajar bahasa Melayu sekiranya mereka tertarik dengan cerita kanak-kanak yang disiarkan di televisyen atau dalam komik bergambar. Satu lagi dengan adanya rancangan tv pendidikan dan rancangan dokumentari yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Penerangan. Kedua-dua kementerian tadi akan bekerjasama merancang, menyusun serta menyiarkan rancangan berunsurkan pendidikan dalam bahasa Melayu. Kementerian Penerangan melalui perancangan tahunan akan mencipta iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama penyebaran segala maklumat kepada masyarakat khasnya rakyatnya Malaysia. Dengan adanya kempenkempen bahasa yang dilancarkan dan turut diberi penerangan kebaikan dan kepenggunaan berbahasa Melayu dengan betul maka tidak menjadi satu masalah sekiranya kita semua sanggup menghayati peranan bahasa Melayu. BUKTI PERANAN BAHASA MELAYU MAMPU MEMBENTUK PERPADUAN KAUM Ternyata dengan peranan bahasa Melayu melalui empat cara tadi telah menjadi bukti kemampuan peranan bahasa Melayu dalam pembentukan perpaduan negara bangsa. Peranan bahasa Melayu melalui pendidikan dalam pembentukan perpaduan telah terbukti apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan, Pelajar-pelajar boleh berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Pelajar-pelajar dapat memahami bahasa Melayu dengan mudah sekiranya menguasai bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan sentiasa mengadakan program yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Begitu juga peranan bahasa Melayu melalui masyarakat turut dibuktikan dengan adanya program 1 Malaysia. Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak membentuk 1 Gagasan dengan menjadi satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai penyatuan satu bangsa di Malaysia. Hanya dengan satu bahasa sahaja mampu membantu kerajaan membentuk perpaduan. Slogan Bahasa Jiwa Bangsa dan lagunya sering berkumandang di radio dan televisyen. Pengertian dan maksud lagu dapat dilihat menerusi bait-bait lagu tersebut.

BAHASA JIWA BANGSA Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinlah bahasa jiwa bangsa Marilah mari rakyat semua Buktikan taat setia dengan satu bahasa Maju bangsa dan maju negara Megahkan bahasa kita Bahasa jiwa bangsa Menerusi pengertian maksud lagu tadi, ternyata jelas negara kita mementingkan perpaduan kaum untuk membentuk sebuah negara yang aman dengan menyatakan bahasa sebagai asas penggerak bagi mencapai perpaduan nasional. Peranan bahasa Melayu melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah dibuktikan dengan penglibatan sepenuhnya aktiviti bulan bahasa di peringkat sekolah dan jabatanjabatan kerajaan. Pernyataan peserta daripada berbilang kaum dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Sayembara Puisi. Begitu juga dengan buku-buku yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menambah jumlah kosa kata dan perkataan baru yang diambil daripada bahasa-bahasa lain dan diberi pengertiannya dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan merarau yang diambil daripada bahasa Iban dari Sarawak dan diertikan sebagai makan tengah hari . Perkataan merarau telah diterima dan diguna dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peranan bahasa Melayu melalui media turut dibuktikan oleh media massa di Malaysia. Media massa banyak mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu kepada masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Penerimaan seratus peratus maklumat rakyat Malaysia diterima melalui media massa yang menggunakan bahasa Melayu. Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam membentuk jalinan antara pelbagai kaum di Malaysia. Dengan satu bahasa sahaja kita dapat menikmati keamanan negara. Apa yang penting dan pokok utamanya sikap bangsa itu sendiri yang mesti menguasai sepenuhnya bahasa Melayu dengan sepenuh hatinya sebagai rakyat Malaysia. KESIMPULAN Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan telah berperanan mewujudkan suasana harmoni dalam negara yang berbilang kaum dan bangsa. Perpaduan dapat dicapai dengan mudahnya. Melalui satu bahasa yang difahami dan mampu dikuasai oleh semua kaum. Kita boleh berkomunikasi dengan baik. Amalan sikap saling bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati sesama kaum dapat diwujudkan. Peranan kerajaan amat penting dalam merealisasikan matlamat pembentukan perpaduan bangsa tercapai dengan berdasarkan bahasa Melayu. Peranan media massa juga tidak dinafikan sama penting dalam menyebarkan maklumat dan penggunaan bahasa seperti kempen berbahasa melalui televisyen dan radio ,iklan dan sebagainya. Lagu patriotik Bangsa Jiwa Bangsa sering kali berkumandang di radio dan televisyen sebagai agen menaikkan semangat cintakan bahasa dan menyatakan bagaimana bahasa itu amat penting dalam

perpaduan bangsa di negara yang kita cintai ini, Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menganjurkan pelbagai aktiviti. Setiap bulan Oktober dijadikan bulan bahasa kebangsaan. Pelbagai program dilancarkan yang melibatkan pelbagai kaum turut serta. Program 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak m enyeru kita supaya berkongsi sebuah negara dan satu bahasa supaya pembentukan perpaduan bangsa Malaysia akan tercapai. 1 Malaysia berperanan menyemarakkan dan meningkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa meminggirkan kaum yang lain. BIBLIOGRAFI Asmah Hj. Omar, (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj.Omar, (1988). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Bahasa. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan lain: http.//semanggol.com. http.//www.tranungkite.net http.//gurubashid.com http.//www.prihatin.net Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas

You might also like