You are on page 1of 1

BERITA HARIAN Isnin, 14 November 2005

AHASA Melayu (BM) yang dimaksudkan di sini ialah bahasa Melayu baku atau standard, yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam siaran radio dan televisyen, surat-menyurat, mesyuarat, taklimat, seminar, pengacaraan dan pengumuman serta dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah. Di Sarawak, banyak bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu, antaranya bahasa Iban (yang homogen sifatnya), bahasa Melanau (ada sekitar 5 variasi), bahasa Bidayuh (juga ada sekitar 5 variasi), bahasa Kayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Kadayan, Bisaya, Kejaman, Sekapan, Miriek, Narom dan Bakong. Nampaknya, dalam banyak bahasa itu, dialek Melayu Sarawak (DMS) digunakan dengan meluas antara kaum. DMS juga mempunyai variasi yang pelbagai tetapi seperti juga bahasa Iban, agak homogen sifatnya di seluruh Sarawak, iaitu mempunyai kebolehfahaman yang tinggi. Seorang pemimpin politik di Sarawak pernah menyatakan bahawa bahasa Melayu masih belum benar-benar meresap ke dalam sebilangan besar jiwa orang Sarawak. Lantaran itu, masih banyak peranan yang perlu dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak. Oleh itu, DBP Cawangan Sarawak dalam memainkan peranannya mengembangkan bahasa Melayu di Sarawak perlu berhemah supaya tidak kelihatan untuk merendahkan martabat bahasa-bahasa suku lain. Ketua Menteri Sarawak kini, yang pernah memperkenalkan ruangan sastera di radio, mencadangkan kegiatan-kegiatan seni seperti drama pentas, yang dengan sendirinya boleh diterima dan meresap ke dalam jiwa mereka secara tidak langsung.

BICARA KARYAWAN Bersama Zaini bin Ojea@Ozea

Penggunaan Bahasa Melayu di Sarawak


Beliau memberikan contoh para pendatang di kampung-kampung yang menggunakan bahasa tempatan secara bersahaja, tanpa ganjaran dan paksaan. Dari segi geografinya, terdapat 9 bahagian pentadbiran di Sarawak, dan setiap bahagian itu diketuai oleh Residen. DBP Sarawak melaksanakan pengembangan BM di setiap bahagian itu dengan bantuan dan kerjasama Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa dan Sastera di bahagian-bahagian tersebut, yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian. Semenjak Gerakan Cintai Bahasa Kita (GCBK) dahulu, yang bermula pada tahun 1987, DBP Sarawak setiap tahun mengadakan kempen yang berkenaan secara bertukar-tukar tempat (bahagian) hinggalah timbul konsep Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) kini yang memasukkan konsep GCBK tersebut dengan mengambil perhatian bahawa GCBK itu dipengerusikan oleh Menteri Negeri. Dengan pemahaman kepelbagaian itulah DBP Sarawak kini masih terlibat dalam pengumpulan glosari bahasa sukuan. Kini, kira-kira 15 bahasa sukuan sudah dan sedang
Seorang pemimpin politik di Sarawak pernah menyatakan bahawa bahasa Melayu masih belum benar-benar meresap ke dalam sebilangan besar jiwa orang Sarawak. DBP Cawangan Sarawak dalam memainkan peranannya mengembangkan bahasa Melayu di Sarawak perlu berhemah supaya tidak kelihatan untuk merendahkan martabat bahasa-bahasa suku lain.

BAHASA PENJANA MINDA

Halaman Tiga

GLOSARI TEKNOLOGI MAKLUMAT

dilaksanakan pengumpulannya, baik dari segi senarai atau glosari bahasa sukuan atau istilah dalam bidang tertentu yang kami anggap amat berguna, khususnya dalam industri pelancong an. Di samping untuk tujuan pendokumentasian, pengumpulan glosari bahasa sukuan juga dapat memupuk rasa kekitaan terhadap bahasa Melayu. Antara bahasa sukuan yang kini terserap dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu baku ialah merarau (makan tengah hari), dan jerayawara (roadshow). Secara umumnya, dalam situasi rasmi, penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti berjaya. Namun, sektor swasta di Sarawak kadang-kadang masih menggunakan bahasa Inggeris walaupun majlis tersebut bersifat tempatan atau kebangsaan dan bukan antarabangsa. Bagaimanapun, ada juga pihak swasta yang mempunyai kesedaran tentang penggunaan bahasa kebangsaan, menggunakan BM dalam acara atau majlis rasmi mereka. Malah, di Sarawak sudah ada akhbar berbahasa Melayu yang bilangan edarannya bertambah, seperti Utusan Sarawak (38,000 naskhah) dan Utusan Borneo (18,000 naskhah). Dengan menghormati, memahami, serta menginsafi konsep pengetahuan pelbagai bahasa, DBP Sarawak kini dengan sebaik mungkin menepati kehendak kerajaan negeri agar melaksanakan dasar bahasa kebangsaan secara berhemah. Dengan ini diharapkan masyarakat memahami akan peri pentingnya membina satu tamadun bangsa melalui bahasa kebangsaan kerana yang kita bina bukan sahaja negara tetapi sebuah negara bangsa. l Zaini bin Oje ialah Pengarah, DBP Cawangan Sarawak.

Sandaran tokokan (incremental backup) Tatacara sandaran yang hanya menyalin fail yang berubah semenjak sandaran penuh terakhir atau sandaran tokokan terakhir.

Arkitek maklumat (information architect) Individu yang bertugas mereka bentuk sebaran, pengendalian dan penyimpanan maklumat.

Pembekal maklumat (information provider) Individu atau syarikat yang membekalkan maklumat dalam bentuk laman web atau penerbitan dalam talian yang lain. Teknologi maklumat (information technology) Teknologi berkaitan perolehan, penyimpanan, pemprosesan, penjanaan, pengagihan dan pencapaian semula maklumat secara elektronik.

Seni bina sepadu (integrated architecture) Binaan sistem yang sepadu tanpa pembahagian antara komponen yang jelas.
azizul_i@dbp.gov.my

KOSA KATA BAHARU

Abjad Ta [ ]

PEDOMAN EJAAN JAWI

dimiti - Sejenis fabrik daripada kapas yang mempunyai corak berjalur-jalur dsb yang timbul, biasanya digunakan untuk membuat cadar, langsir dsb. geotekstil - Sejenis fabrik sintetik yang kukuh, biasanya digunakan untuk menguatkan benteng, tapak lebuh raya dsb.

Kata dua suku kata

Oleh Haji Abdul Jalil Anuar

PABILA abjad ta [ ] sebagai abjad tunggal, sebutannya ialah ta [ ta ]. Untuk abjad ta [ ] yang sebutannya [ ta ] pada posisi awal kata, bagi kata-kata yang bersuku kata dua, abjad tersebut mesti digabungkan dengan abjad alif [ ]. Contohnya:

Apabila abjad ta [ ] digabungkan dengan ya [ ] menjadi ti [ Gabungan dua abjad tersebut menghasilkan sebutan [ ti ]. Contoh:

].

krep - Sejenis kain nipis daripada sutera, kapas atau benang bulu yang permukaannya berkedut-kedut. lame - Sejenis kain yang ditenun berselang-seli dengan benang emas atau perak.
zaiton5@dbp.gov.my

BAHASA SUKUAN SABAH


Tiga suku kata atau lebih Abjad ta [ ] berubah sebutannya menjadi [ te ] pada posisi awal kata, bagi kata-kata yang bersuku kata dua atau lebih. Contoh: Abjad ta [ ] pada posisi awal kata bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, tetap ditulis sebagai ta [ ] dan sebutannya menjadi [ ta ]. Lazimnya kata tersebut merupakan kata serapan daripada bahasa Arab. Contoh:

osa kata bahasa suku kaum Sungai yang bermaksud rasa ubi yang sedap kerana empuk dan gebu. Kata tanud dieja t.a.n.u.d. sebagai satu perkataan dan diucapkan dalam dua suku kata ta-nud. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat berikut: Dia berasa puas dapat makan ubi yang tanud.
nani_k@dbp.gov.my

Tanud

Apabila ta [ ] digabungkan dengan wau [ ] menjadi tu [ ]. Gabungan dua abjad itu menghasilkan sebutan [ tu ] atau bunyi [ to ]. Contoh:

You might also like