You are on page 1of 5

Pengenalan Angkatan Sasterawan '50

Angkatan Sasterawan '50 atau ringkasnya 'Asas '50', ialah sebuah pertubuhan sastera pertama di Malaya sebelum perang. Ditubuhkan pada 6 Ogos 2950, Asas '50 merupakan pertubuhan sastera pertama bersifat kemasyarakatan dan menggunakan bahan sastera sebagai wadah mencapai kemerdekaan untuk Malaya pada tahun 1957. Bertungjangkan prinsip 'Seni untuk Masyarakat', Asas '50 merupakan agen pencorak perkembangan sastera Melayu moden dengan pengasasnya; Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Kamaluddin Muhammad (Kris Mas), Abdul Wahab Muhammad (Awamil-Sirkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali (Rosmera), Kumasi Haji Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun (Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud dan Muhammad Yusof Yaacob (Jim).

Sejak pertubuhannya, Asas '50 tidak pernah leka daripada matlamatnya. Ini terbukti dengan sekian banyak usaha persuratan yang direncanakan dan direalisasikan seperti seminar, bengkel, forum, dialog, kongres, kursus dan lain-lain. Tidak kurang juga penglibatannya dalam peringkat nasional menggemblengkan segenap khazanah ilmu bahasa dan sastera dengan melibatkan generasi muda dan pertubuhan-pertubuhan nasional. Zaman Sebelum Merdeka Proses perancangan bahasa di Malaysia boleh di bahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Sebelum merdeka perancangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada perjuangan kebangsaan orang-orang Melayu. Pada waktu itu pihak kerajaan Inggeris tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh yang demikian, usaha perancangan bahasa datang daripada keinsafan individu-individu tertentu. Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu.

Abdullah bin Abdul Kadir Munshi ialah orang Melayu pertama dan yang paling lantang (pada abad ke-19 dalam zaman pemerintahan British) menyatakan pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bangsa Melayu. Sikap dan pandangan Abdullah mempengaruhi fikiran orang Melayu pada zaman-zaman selepasnya. Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang sikap dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap kehidupan menyebabkan dia dianggap oleh orang Melayu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, di samping itu dia juga dianggap sebagai seorang yang membawa pembaharuan kepada bahasa Melayu. Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung . Tindakan mereka itu pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua cara: pertama secara perseorangan ,dan kedua melalui pertubuhan-pertubuhan. Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendapat dan pandangan mereka terhadap bahasa Melayu. Orang perseorangan yang mengunakan ruang akhbar terdiri daripada para wartawan dan guru-guru Melayu.Tulisan mereka menitikberatkan soal keelokan bahasa Melayu dan cara karang-mengarang.Tulisan itu sesuai dengan tujuan akhbar yang menghidupkan bahasa Melayu pada masa itu. Tindakan orang Melayu melalui pertubuhan bermula apabila Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan untuk mempelajari dan mengubah atau mencipta hal-hal yang berkaitan dengan pengetahuan dan kebudayaan. Asas 50 juga bertujuan untuk menyatukan dan memajukan setiap usaha karang-mengarang, dan bahasa dalam sastera Melayu. ASAS 50 bergerak dengan sekuat tenaga untuk merasmikan penggunaan tulisan rumi. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 pada tahun 1952 di Singapura dan Semenanjung, ASAS 50 mencadangkan supaya tulisan rumi

dirasmikan.Tetapi kongres itu hanya dapat memutuskan bahawa kedua-dua tulisan rumi dan jawi dipakai dalam persuratan Melayu pada masa itu sehinggalah suatu keputusan lain dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-2 kemudian. Pada tahun 1956,Kongres Bahasa dan Persuratan ke-3 telah diadakan dan ASAS 50 menyediakan sebuah memorandum kepada kerajaan tentang Balai Pustaka, penyatuaan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia, perkembangan bahasa Melayu sekarang dan akan datang, dan peranan bahasa Melayu di sekolahsekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1956, ASAS 50 menyerahkan memorandum kepada kerajaan tentang Laporan Pelajaran 1956. Dalam memorandum itu, ASAS 50 terus memperjuangkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pelajaran. Mereka menganjurkan supaya akhirnya cuma wujud satu jenis sekolah sahaja, rendah, menengah dan tinggi yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Berkenaan kekurangan guru untuk mengajar bahasa Melayu, ASAS 50 bersetuju supaya Maktab Perguruan Bahasa dibina untuk menjamin kedudukan bahasa Melayu.

Tokoh-Tokoh Bahasa Melayu Sebelum Merdeka Abdullah bin Abdul Kadir Munshi Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854), menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke atas bahasa Melayu . Karya -karya Abdullah ialah : Syair Singapura Terbakar (1830, Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837), Dawai-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), Hikayat Abdullah(1843), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).

Raja Ali Haji Raja Ali Haji (1809-70), merupakan salah seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Antara karya beliau yang penting berjudul Bustanul-Katibin. Sebuah lagi karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab Pengetahuan Bahasa. Raja Ali Haji pernah mengarang sebuah gurindam yang sangat terkenal dalam bidang sastera lama, iaitu Gurindan Dua Belas. Dalam bidang sejarah, terdapat dua belas karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Thufat- Al-Nafis. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dihasilkan pada tahun 1890, sementara kitab Taufat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan raja-raja Bugis., asal usul mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa diraja tradisional dan Kepulauan Riau. Tuhfat al- Nafis pula merupakan hasil sejarah Melayu yang penting. Zaba Tan Sri Pendeta Zaba ( 1895 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Zaba muncul sebagai seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan Jawi, Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu: Jawi Rumi dan Pelita Bahasa Melayu.

ASAS 5O Nama ASAS 50 ialah singkatan daripada Angkatan Sasterawan 50. Ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950. Anggota-anggota ASAS 50 yang aktif terdiri daripada penulis, wartawan dan guru-guru Melayu. ASAS 50 ialah pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 di Seremban pada 1 dan 2 Januari 1954, ASAS 50 menyokong usul kesatuan guru-guru Melayu Singapura supaya tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi. Pada tahun 1954, ASAS 50 menghantar memorandum mengenai tulisan rumi sebagai tulisan rasmi kepada kerajaan. Pada 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar memorandum kepada kerajaan, supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa umum dan bahasa pengantar bagi semua peringkat, dari sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Apabila Laporan Razak 1966 dikeluarkan ASAS 50 sekali lagi menghantar memorandum mendesak supaya bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Kebangsaan. Pada tahun 1956 juga, di dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke3 di Singapura dan di Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956, ASAS 50 mengemukakan memorandum yang sangat penting, iaitu antaranya: 1. Ditubuhkan Balai Pustaka ( kini Dewan Bahasa dan Pustaka). 2. Disatukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. 3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

You might also like