You are on page 1of 4

Perkembangan Tulisan Rumi dan Jawi di Tanah Melayu

Oleh: Siow Fang Fang

Bahasa Melayu dan sistem tulisannya telah lama berkembang dan wujud di tanah
melayu. Dalam Bahasa Melayu, terdapat dua tulisan yang memainkan peranan terpenting
iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi. Kedua-dua tulisan tersebut mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dan tidak boleh digantikan dengan unsur tulisan lain. Tulisan
Rumi telah digunakan sejak dahulu dalam masyarakat melayu bagi keseluruhan kegunaan.
Manakala tulisan Jawi pula kian biasa digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan
agama Islam seperti Quran. Tidak dapat dibandingkan mana satu adalah lebih baik tetapi
kedua-dua tulisan tersebut memang telah mengambarkan kegemilangan sistem tulisan
dalam masyarakat melayu mahupun negara kita.

Menurut Hashim (2006), kewujudan tulisan Rumi di tanah Melayu boleh dikaitkan
dengan kedatangan orang Eropah pada abad ke-16. Sebelum kedatangan tulisan Rumi,
Bahasa Melayu telah mempunyai tradisi tulisan sendiri yang amat maju digunakan iaitu
tulisan Kawi, tulisan Batak, tulisan Rencong dan tulisan Lampung. Berdasarkan Muhammed
Salehudin (2016), pada mulanya penggunaan tulisan Rumi digunakan dalam kalangan
pedagang, pengembara atau penjelajah Eropah secara perseorangan di Nusantara. Mereka
menulis dan mencatatkan perkataan Melayu yang terdengar dengan menggunakan tulisan
Rumi dan menggunakan cara transliterasi untuk menukarkan huruf Jawi kepada tulisan
Rumi. Ejaan Rumi adalah penting pada awal abad ke-20 sehingga kini kerana ejaan Jawi
tidak dapat menyebutkan semua sebutan bunyi dalam perkataan Bahasa melayu. Bagi
pengetahuan umum, terdapat beberapa tahap perkembangan tulisan Rumi di tanah melayu.

Tahap pertama ialah Sistem Ejaan Wilkinson. Sistem Ejaan Wilkinson diterbitkan
pada Oktober 1904 dan dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. Sistem ejaan ini lebih
cenderung kepada transliterasi secara perumian Bahasa melayu. Terdapat dua sistem ejaan
perumian iaitu perumian secara hanafiah dan perumian secara fonetik. Perumian secara
hanafiah ialah pengambilan huruf jawi dipadankan dengan huruf rumi tertentu yang diterima
manakala perumian secara fonetik ialah huruf Jawi padan dengan huruf Rumi yang sama
bunyi. Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor yang
memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah.
Seterusnya ialah Sistem Ejaan Za’ba. Menurut Raja Mukhtaruddin (1992), Sistem Ejaan
Za’ba telah dikemukakan sebelum Perang Kedua oleh Za’ba. Pada masa itu, penggunaan
Sistem Ejaan Za’ba mengalami kesukaran kerana masih terdapat pengejaan kata yang
menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Namun begitu, sistem ejaan tersebut digunakan
sehingga ejaan baharu yang diistytiharkan pada tahun 1972.
Bagi tahap yang seterusnya ialah Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia. Sistem ejaan ini
digunakan dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan oleh Singapura pada
tahun 1943. Sistem ini digunakan semasa Jepun menjajah tanah melayu dan selepas tahun
1945, Sistem Ejaan Za’ba diguna balik. Ia dikatakan merupakan satu percubaan dalam
usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia.
Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) digunakan dalam
penerbitan Jurnal Bahasa pada tahun 1959. Ia hanya merupakan cubaan lanjut bagi
penyatuan sistem ejaan Rumi dua negara. Meneliti tahap seterusnya pula ialah Ejaan
Kongres. Disebabkan terdapat kekurangan dalam system ejaan za’ba dan ketidakpuasan
terhadap system itu, maka Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga telah
mewujudkan Sistem Ejaan Rumi Kongres. Namun, sistem ini tidak pernah digunakan kerana
sukar diramal melalui sifat sistem ini terlalu idealistik dari bidang bahasa. Tahap
perkembangan tulisan Rumi di tanah melayu yang terakhir dan sehingga kini ialah Sistem
Ejaan Rumi Baharu (ERB) Selepas Merdeka. Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 merupakan
hasil pemikiran dan perbincangan antara Malaysia dan Indonesia. Sehingga kinilah sistem
ejaan tersebut digunakan dalam masyarakat kita.

Setelah mendalami perkembangan Sistem Ejaan Rumi di tanah melayu,


perkembangan Sistem Ejaan Jawi di tanah melayu juga perlu dikaji. Tulisan Jawi telah
menjadi identity orang Melayu sejak hampir 1000 tahun dahulu. Tulisan Jawi wujud apabila
kedatangan Islam ke tanah melayu pada abad ke-10. Menurut Hashim Hj Musa (1995),
perkembangan tulisan jawi di tanah melayu adalah seiring dengan penyebaran agama
Islam. Masyarakat Melayu menyedari bahawa tulisan yang digunakan sebelum itu iaitu
tulisan Pallava tidak dapat membantu mereka dalam membaca kitab al-Quran, maka
mereka mula mempelajari dan menggunakan tulisan Jawi. Terdapat dua peringkat
perkembangan tulisan Jawi di tanah melayu.

Tulisan Jawi ditulis bermula dari sebelah kanan dan tidak mempunyai huruf besar
atau huruf kecil tetapi ada perubahan bentuk semasa disambungkan. Mari kita meneliti
empat tahap perkembangan tulisan Jawi pada peringkat satu. Pada tahap pertama, tulisan
Jawi menggunakan tanda baris untuk mendapatkan bunyi yang betul tetapi cara ini
mengambil masa yang lama untuk menulis kerana banyak tanda diakritik digunakan.
Kelebihan sistem ini adalah pembaca dapat membaca suku kata dengan betul tetapi
kekurangannya ialah mengambil masa yang panjang. Pada tahap kedua, tanda baris telah
dihilangkan. Namun, masih susah untuk membaca kerana memerlukan masa untuk
menguasainya. Pada tahap ketiga pula, huruf Jawi versi Melayu telah diwujudkan iaitu alif,
wau dan lain-lain dengan menggunakan huruf saksi atau huruf vokal. Pada tahap keempat
pula, suku kata kedua dan ketiga juga ditambahkan dengan huruf saksi. Penambahbaikan
pada tahap ini menyelesaikan kekeliruan sistem ejaan Jawi tahap sebelumnya.

Seterusnya ialah perkembangan tulisan Jawi pada peringkat kedua. Terdapat empat
system ejaan jawi dalam peringkat perkembangan tulisan Jawi yang kedua. Sistem ejaan
yang pertama ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja Johor. Sistem ini menjadi pedoman
untuk menyeragamkan ejaan Jawi yang digunakan dalam surat rasmi Johor dan Buku Katan
Melayu. Ia diterbitkan dalam bentuk risalah pada tahun 1937. Sistem ejaan Jawi yang kedua
ialah Sistem Ejaan Jawi Za’ba. Sistem ini telah lengkap pada tahun 1938 dalam sebuah
buku yang bertajuk Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Bagi Sistem Ejaan Jawi Dian pula, ia
dikemukakan pada tahun 1937 dalam majalah Dian. Sistem ini memperbaikan sistem ejaan
jawi Za’ba yang mempunyai kekurangan. Sistem Ejaan Jawi Dian dilihatkan dapat
memenuhi kehendak masyarakat dari segi penyusunan tetapi dapat kelemahan iaitu
transliterasi huruf p dan f sukar dibezakan. Maka, terbentuklah Sistem Ejaan Jawi yang
keempat di mana digunakan sehingga kini iaitu Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.
Disebabkan masih terdapat kekeliruan dalam sistem ejaan Jawi yang sedia ada, jadi Dewan
Bahasa dan Pustaka mengambil keputusan untuk mengkaji Sistem Ejaan Jawi Za’ba.
Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi yang dianggotai oleh pakar sistem ejaan
Jawi telah menerbitkan sebuah naskhah pedoman iaitu Pedoman Ejaan Jawi yang
Disempurnakan. Segala tulisan Jawi yang digunakan pada masa kini ada termaktub dalam
pedoman tersebut. Maka, sistem ejaan Jawi tersebut digunakan sehingga kini.

Kesimpulannya, sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi masing-masing


memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Tanpa sistem tulisan Rumi, kita susah
untuk faham banyak perkataan dalam bahasa Melayu. Tanpa sistem tulisan Jawi pula, ia
akan memberi kesan buruk kepada agama Islam mahupun pendidikan atau ekonomi negara
kita. Kedua-dua sistem tulisan ini merupakan perjuangan para cendekiawan yang berjasa.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghargai dan menghayati tulisan ini supaya
dapat dikekalkan selama-lamanya.
Rujukan

(2017, April). Retrieved from https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-


perkembangan-ejaan-rumi-dan-jawi

(2019, August). Didapatkan dari https://iluminasi.com/bm/tulisan-jawi-sejarah-evolusi-dan-


perkembangannya-di-tanah-melayu.html

AyulAshrul. (2009, November). Didapatkan dari


https://www.scribd.com/doc/22101843/Sejarah-dan-Sistem-Ejaan-Bahasa-Melayu

Doliah, S. (2017). Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi. Kuala Lumpur: Penerbit IPG
Kampus Bahasa Melayu.

Musa, H. (2006). Epigrafi Melayu : sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Musa, H. H. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mutharuddin, R. (1992). PEMBINAAN BAHASA MELAYU : Perancangan Bahasa Di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sadakah, L. H. (2013, September). Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu. Retrieved


from https://www.scribd.com/document/169987931/Perkembangan-Tulisan-Jawi-Di-
Tanah-Melayu

Salehudin, M. (2016). Sipnosis Ejaan Bahasa Melayu.

You might also like