You are on page 1of 3

BMM3109 1 Morfologi Bahasa Melayu TAJUK : KATA GANDA YANG MENIMBULKAN MASALAH

1.

Takrifan kata ganda :

Nik Safiah Karim et al., (1997:55 dan 77) dalam buku Tatabahasa Dewan, beliau menyatakan bahawa kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar, sama ada melibatkan seluruh atau sebahagian kata dasar, dan kata dasar juga boleh digandakan secara berentak. Asmah Haji Omar (1993:225) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, beliau menyatakan bahawa tiap-tiap kata ganda itu sekurang-kurangnya satu unsur dapat dikenali dan merupakan kata sempurna yang menganggotai salah satu golongan kata.

2.

Kata dasar bagi kata ganda :

Kata dasar bagi kata ganda kata yang menjadi asas kepada pembentukan kata ganda. Dalam bahasa Melayu, kata dasar bagi kata ganda boleh terdiri daripada kata tunggal, kata berimbuhan, frasa ataupun kata majmuk. Maka, setiap kata ganda itu sepatutnya boleh dikembalikan kepada bentuk asalnya (bentuk sebelum digandakan), iaitu kata dasar. Jika sesuatu kata yang dikatakan kata ganda dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang, tetapi tidak dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya (kata dasar), maka kata tersebut tidak boleh dianggap sebagai kata ganda yang sebenarnya. Contoh-contoh kata yang tergolong dalam kelompok ini termasuklah :

Kura-kura Rama-rama Was-was

Olok-olok Sepoi-sepoi Masing-masing

Oleh sebab tidak dapat dikembalikan kepada kata dasar maka kata tersebut dikenali dengan kata ganda semu. Pada pandangan mata kasar, kata ini kelihatan seperti kata ganda yang sebenarnya, tetapi pada hakikatnya kata ini hanyalah kata ganda semu. Dengan demikian, bermakna kata ganda semu ialah kata ganda bukan yang sebenarnya. Pandangan yang mengatakan kata ganda semu adalah salah satu bentuk kata ganda (kata ganda penuh) tidak dapat diterima.

DISEDIAKAN OLEH : HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN

BMM3109 2 Morfologi Bahasa Melayu 3. Secara dasarnya pembahagian bentuk-bentuk utama kata ganda oleh Nik Safiah Karim et al., boleh diterima. Cuma, pembahagian beberapa bentuk (bentuk-bentuk yang lebih kecil) yang diturunkan di bawah penjelasan bentuk penggandaan penuh dan penggandaan separa kurang sesuai. Antara bentuk yang masih boleh dipersoalkan termasuklah :

i.

Penggandaan penuh seperti kura-kura, labah-labah, dan tiba-tiba.

Bentuk ini sebenarnya bukanlah kata ganda penuh tetapi hanyalah kata ganda semu (bukan kata ganda yang sebenarnya). Keseluruhan bentuknya merupakan satu kata dasar yang utuh atau tidak boleh dipisahkan. Sekiranya dipisahkan, kata itu tidak mempunyai makna, dan sekiranya ada makna (seperti kata tiba) maknanya berlainan sama sekali dengan bentuk yang digandakan (seperti tiba-tiba).

ii. Penggandaan penuh yang menerima imbuhan, contohnya biji-bijian, bayangbayangan, dan sayur-sayuran.

Bentuk ini lebih tepat diletakkan di bawah satu bentuk utama, iaitu penggandaan berimbuhan (penggandaan yang berkombinasi dengan imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran, mahupun apitan).

iii. Penggandaan penuh kata majmuk yang dieja terpisah, contohnya kertas-kertas kerja, mata-mata pelajaran, dan rumah-rumah sakit.

Bentuk ini lebih tepat diletakkan di bawah penggandaan separa kerana yang digandakan hanyalah sebahagian daripada unsurnya (unsur pertama).

DISEDIAKAN OLEH : HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN

BMM3109 3 Morfologi Bahasa Melayu iv. Penggandaan separa kata berimbuhan, contohnya berlari-lari, mencari-cari, tolongmenolong, dan kejar-mengejar.

Bentuk ini juga boleh diletakkan di bawah bentuk penggandaan berimbuhan (penggandaan yang berkombinasi dengan imbuhan).

v. Bentuk gandaan bebas yang dinyatakan oleh Abdullah Hassan seperti ulang-alik, simpang-siur, patah-riuk, dan mertua-taya, tidak disenaraikan sebagai salah satu bentuk kata ganda. Bentuk ini tidak boleh dianggap sebagai kata ganda yang sebenarnya kerana antara unsur yang menjadi dasar (unsur pertama) dengan unsur yang digandakan (unsur kedua) tidak mempunyai persamaan yang khusus baik dari segi huruf (vokal dan konsonan), mahupun dari segi suku kata (awal atau akhir).

Bentuk ini lebih tepat dianggap sebagai kata majmuk (bentuk unik).

DISEDIAKAN OLEH : HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN

You might also like