You are on page 1of 2

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Morfologi mengkaji struktur
gramatikal perkataan. Dengan kata lain, morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata
dan fungsi gramatikal atau makna yang diakibatkan oleh perubahan bentuk kata itu.
Morfem merupakan unit yang terkecil dalam morfologi yang berfungsi untuk
membentuk perkataan.
Menurut Abdullah Hassan, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk
perkataan. Istilah ini dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian
mengenai bentuk tubuh haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Konsep bentuk itu diterapkan
kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Unsur yang diperlukan untuk membentuk
perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Menurut Drs. Abu Bakar Hamid, morfologi membincangkan perihal pembentukan
kata, dengan cara pengimbuhan bagi membentuk kata ganda dan melalui
penggabungan bagi membentuk kata majmuk. Perubahan kata sama ada pada
ertinya mahupun pada bentuk dan jenisnya disebabkan oleh tambahan-tambahan
imbuhan dan sebagainya.
Menurut Nik Safiah Karim, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan
anggota lain dalam kumpulan yang sama.
Kesimpulannya, pendapat Siti Hajar Abdul Aziz dan Nik Safiah Karim terhadap
morfologi adalah sama. Mereka berpendapat bahawa morfologi merupakan bidang
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata
merupakan suusanan unsur bahasa dalam perkataan. Bentuk kata merupakan rupa
atau pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Penggolongan kata ialah jenis kata.
Abdullah Hassan berpendapat bahawa morfologi mengkaji bentuk perkataan. Apabila
istilah perkataan digunakan bentuk ujaran itu akan dituliskan dengan lambanglambang yang lazim dalam bahasa tersebut. Bentuk perkataan itu merupakan
struktur perkataan dalam bentuk ejaan yang biaasa digunakan. Dalam pandangan
Drs. Abu Bakar Hamid, morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata.
Pembentukan kata merupakan prosess membentuk sesuatu perkataan. Perkataan

tersebut mesti kata dasar atau kata dasar yang menerima proses-proses
pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

You might also like