You are on page 1of 1

Morfologi

Menurut buku Bahasa Melayu I Edisi Kedua, Siti Hajar Abdul Aziz(2011), morfologi
merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk
dan golongan kata.. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat
perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi
gramatikal atau makna yang diakibatkan oleh perubahan bentuk kata. Morfologi ialah
ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan
diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Di dalam
morfologi, morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.. Abdullah
Hassan (2005)mentakrifkan morfologi sebagai biadng lingiustik yang mengkaji
bagaomana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhdap unsur-unsur yang
membentuk perkataan, proses proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk
perkataan yang dihasilkan. Asmah Hj Omar (1999) menyatakan morfologi sebagai
peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan
varian morfem.

You might also like