You are on page 1of 3

Bahasa Bersifat Unik

Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan


struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang mmbentuk perkataan dan
golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Contahnya dalam Bahasa melayu,
jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yag berbeza.semua bahasa
mempunyai bentuk dan struktur tetapi mempunyai huraian yang tersendiri.

Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memperolehi bahasa itu,
iaitu bukanlah seperti mewarisi ciri-ciri fizikal keluarga. Bahasa merupakan sesuatu
yang perlu kita pelajari secara tidak lagsung daripada ahli keluarga dan masyarakat di
sekeliling kita.

Ciri-ciri bahasa bersifat unik melalui perbandingan bahasa yang digunakan


manusia dengan bahasa digunakn oleh haiwan seperti berikut:-

a) Lisan dengaran
- bahasa manusia merupakan system berhubung
- dihasilkan antara mulut dan telinga yang bertentangan dengan
penglihatan dan pancaindera lain.
- haiwan hanya ada beberapa bunyi yang hampir seragam untuk
meyampaikan sesuatu mesej.

b) Penyebaran dan saluran


- manusia menghasilkan bahasa melalui pertuturan dan diterima oleh
pendengar melalui alat pendengaran dan disebarkan.
- haiwan tidak menyebarkan maklumat.

c) Pendengaran berterusan
- manusia mempunyai system pendengaran yang aktif
- boleh mendengar apa-apa sahaja bunyi
- haiwan mengeluarkan bunyi isyarat berterusan tetapi tidak semuanya
diberi respon oleh haiwan lain.

d) Peranan silih berganti


- manusia menggunakan bahasa sebagai penutur dan pendengar pada
satu masa serta memahaminya.
- haiwan tidak mempunyai peranan dan bahasa yang digunakan tidak
sama antara sepsis jantan dan betina.

e) Maklumat balik
- manusia boleh menganalisis semula apa yang didengar atau dibaca.
- Proses ini tidak berlaku pada haiwan.

f) Pengkhususan
- bunyi-bunyi unjuran manusia ditutrkan khusus untuk sesuatu tujuan
- bunyi haiwan hanya satu tujuan iaitu untuk keperluan biologi
g) Sematik
- makna yang terkandung dalam bunyi-bunyi yang dihasilkan manusia
mengikut konteks dan situasi sebenar, tidak seperti bunyi yang
dihasilkan haiwan

h) Arbitari
- ujaran manusia yang merupakan hubungan antara tanda dengan
benda bersifat arbitari.
- bentuk perkataan boleh berubah bagi merujuk kepada benda yang
sama
- bahasa haiwan tidak berbentuk arbitari

i) Kreatif
- bahasa manusia boleh menyatakan pelbagai perkara, idea da konsep
yang abstrak
- haiwan mempunyai bunyi yang terhad dan tidak berubah

j) Penyampaian
- manusia menggunakan bahasa sebagai sistem perhubungan untuk
menyampaikan maklumat
- haiwan sebaliknya.

k) Produktif
- bahasa manusia terdiri daripada bunyi-bunyi yang pelbagai
- manusia boleh menghasilkan ujaran yang tidak terhad, tidak sperti
haiwan

j) Pembelajaran
- bahasa manusia diturunkan dari generasi ke generasi melalui
pengajaran dan pembelajaran
- haiwan akan terus berkomunikasi walaupun terpisah daripada
kumpulan sejenisnya.
Bahasa Bersifat Sejagat

Setiap bahasa mempunyai sejagat atau universal iaitu sesuatu bahasa itu boleh
dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Bahasa bersifat sejagat
bukan bermaksud mempunyai satu bentuk bahasa sahaja yang dituturka oleh semua
orang. Hal ini kerana bahasa secara ilmiah berpotensi untuk berbeza dan beraneka.

a) Bunyi bahasa
- bunyi bahasa merupakan sifat bahasa yang paling asas.
- Semua bahasa di dunia terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yag
dihasilkan alat-alat artikulasi manusia
- Bunyi-bunyi bahasa disusun secara sistematik untuk menghasilkan
mesej yag bermakna daripada seseorag kepada seseorang
- Manusia dapat menghasilkan pelbagai bentuk bunyi bahasa yang tidak
terhad banyaknya.
- Bunyi-bunyi bahasa ini berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang
lain.

b) Makna
- setiap bahasa yang ditutturkan di dunia ini mempunyai makna yang
dapat difahami oleh penutur dan pendengar
- bunyi bahasa dan gabugan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan
makna
- ayat-ayat mempunyai makna leksikal dan struktural yang dapat
difahami berdasarkan konteks
- berdasarkan konteks tersebut, makna ayat akan lebih jelas
- ada perkataan yang membawa makna konkrit atau tersurat dan ada juga
perkataan yang membawa makna abstrak atau tersirat
- tersurat dan tersirat ialah aras makna bagi setiap bahasa.

You might also like