You are on page 1of 8

IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI

Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat di kalangan orang Melayu dan memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

Penyerapan unsur asing dalam bentuk imbuhan terlalu sedikit. 2 jenis imbuhan pinjaman dalam Arab-Parsi iaitu: - Awalan- hanya satu, (bi) daripada bahasa Parsi yang bermaksud tidak dan digunakan dalam bentuk adjektif, namun penggunaannya terhad. bi + lazim bilazaim (tidak lazim) bi + adab biadab (tidak beradab)

Istilah ini telah cuba dipopularkan bidang sains dan teknologi, namun terhad. - Bi + normal binormal (tak normal)

Akhiran - Terdapat 6 imbuhan akhiran 1- akhiran wi, i - Akhiran wi digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Kedua-dua imbuhan ini ditentukan cara penggunaannya berdasarkan huruf akhir kata dasar. Wi digunakan apabila kata dasar diakhiri dengan vokal sebaliknya i apabila kata akhir ialah konsonan.
-

Sejara(h) + -wi = sejarawi Dunia + wi = duniawi Bahar + -i = bahari Manusia + -wi = manusiawi Azal + -i = azali

2- akhiran iah Digunakan bagi membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Alam + -iah = alamiah Lahir + -iah = lahiriah Ilm(u) + -iah = ilmiah Batin + -iah = batiniah

3- akhiran in, -at, -ah Bentuk kata bahasa Arab seperti mukminin, mukminat, ustaz, ustazah. Penambahan ini menunjukkan perbezaan antara lelaki dan wanita. Hadir + -in = hadirin Munafik + -in = munafikin Salih + -ah = salihah

You might also like