You are on page 1of 3

LAPORAN MALAM KEBUDAYAAN

Malam kebudayaan Bina insan guru(BIG) fasa 1 telah diadakan dengan jayanya. Keenam-enam kumpulan yang telah dibahagikan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan malam kebudayaan ini. Berikut adalah butirbutir tentang malam kebudayaan itu: Tempat Tarikh Masa Tema : Dewan terbuka Nusa Village Restoran : 26 Jun 2013 : 9.00pm 11.00pm : Bebas

Bentuk Persembahan : Nyanyian Pencemaran Alam Sekitar, Drama Satu Malaysia, Drama Alam Sekitar, Drama dan Tarian Satu Malaysia, Dikir Barat, Wayang Kulit- Kemusnahan alam. Masa Persembahan : 8 hingga 10 minit

Keenam-enam kumpulan yang telah dipertanggungjawabkan untuk membuat persembahan pada malam kebudayaan untuk BIG telah melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. Setiap kumpulan diberikan masa selama 8 hingga 10 minit untuk mempersembahkan persembahan kumpulan masing-masing. Kesemua kumpulan ini diberi persembahan bebas iaitu tiada tema bagi selaraskan persembahanpersembahan keenam-enam kumpulan ini. Antara persembahan-persembahan yang telah dipersembahkan oleh mereka adalah Nyanyian Pencemaran Alam Sekitar, Drama Satu Malaysia, Drama Alam Sekitar, Drama dan Tarian Satu Malaysia, Dikir Barat, Wayang Kulit- Kemusnahan Alam. Dalam pemerhatian, setiap kumpulan bekerjasama antara satu sama lain dan berlatih bersungguh-sungguh sebelum melangkah ke BIG mahupun semasa menjalani BIG untuk menjadi juara pada malam kebudayaan.

Berikut adalah butiran lanjut dan tajuk persembahan setiap kumpulan.

1) Nama kumpulan Jenis persembahan Giliran persembahan 2) Nama kumpulan Jenis persembahan Giliran persembahan 3) Nama kumpulan Jenis persembahan Giliran persembahan 4) Nama kumpulan Jenis persembahan Giliran persembahan 5) Nama kumpulan Jenis persembahan Giliran persembahan 6) Nama kumpulan Jenis persembahan

: Kumpulan 1 : Nyanyian Pencemaran Alam : Keempat : Kumpulan 2 : Drama Satu Malaysia : Kelima : Kumpulan 3 : Drama Alam sekitar : Ketiga : Kumpulan 4 : Drama dan Tarian Satu Malaysia : Keenam : Kumpulan 5 : Dikir Barat : Pertama : Kumpulan 6 : Kemusnahan Alam Sekitar

Giliran persembahan : Kedua

Persembahan malam kebudayaan ini telah diadili oleh tiga panel hakim. Panelpanel hakim tersebut adalah: 1) En. Nik Zaidi bin Ismail 2) Cik. Goh
3) En. Chew Chee Horng

Selain daripada persembahan kumpulan, persembahan-persembahan dari pensyarah turut diadakan. Dua orang pensyarah telah menunjukkan bakat-bakat mereka dengan menyanyikan lagu, iaitu En.Abdul Ramit bin Sulaiman dan Tn. Hj. Saharom bin Idris. Tempat pertama jatuh kepada Kumpulan 1dan mereka menerima hamper sebagai hadiah diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain dimana mereka menerima hadiah saguhati. Untuk menceriakan lagi malam kebudayaan, dua anugerah telah diberikan kepada pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik. Pelakon lelaki terbaik dimenangi oleh Sivavicknes A/L Dhanyan dari Kumpulan 1 manakala pelakon wanita terbaik dimenangi oleh Sumitha A/P Mathivallan dari Kumpulan 4. Jawatankuasa pelaksana telah menyediakan cenderamata untuk semua pensyarah iringan yang mengikuti kursus Bina Insan Guru 2013. Sebagai majlis penutup malam kebudayaan, majlis telah memberikan cenderamata kepada semua pennsyarah sebagai menghargai jasa mereka. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, SUMITHA A/P MATHIVALLAN (Ketua AJK Malam Kebudayaan)

You might also like