You are on page 1of 10

PENGARUH BENTUK MUKA BUMI

TERHADAP AKTIVITI PENDUDUK DI


SEKITAR PEKAN KUALA NERANG
Saya, Syahmi bin Salleh telah diarahkan oleh guru geografi untuk membuat
satu kajian geografi tempatan. Kajian dibuat supaya saya dapat
mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran geografi yang telah
dipelajari dalam kehidupan harian. Saya telah memilih tajuk PENGARUH
BENTUK MUKA BUMI TERHADAP AKTIVITI PENDUDUK DI SEKITAR PEKAN
KUALA NERANG.

Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas
sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat
menjalankan dan menyempurnakan kajian ini.tidak ketinggalan kepada guru
geografi saya, Encik Nasri atas segala bimbingan ,tunjuk ajar, teguran dan
nasihat yang amat berguna.

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH,


GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA;
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,
BUDI BAIK DIKENANG JUGA.

Saya pelajar tingkatan 1 Falah di MAKTAB MAHMUD PADANG TERAP, Kuala


Nerang , Kedah Darul Aman. Saya menjalankan kajian tentang PENGARUH
BENTUK MUKA BUMI TERHADAP AKTIVITI PENDUDUK DI SEKITAR PEKAN
KUALA NERANG.

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi


objektif berikut:
1. Mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar pekan Kuala Nerang.
2. Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka
bumi di sekitar pekan Kuala Nerang

Kawasan kajian saya ialah pekan Kuala Nerang yang terletak di Daerah
Padang Terap. Lokasi pecan ini ialah di sebelah timur bandar Alor Setar.
Jaraknya kira kira 32 kilometer dari Bandar tersebut .

Keluasan kawasan kajian ini ialah 5 kilometer persegi dan berpusatkan Pekan
Kuala Nerang. Terdapat beberapa buah kampung dalam kawasan kajian, iaitu
Kampung Baru, Kampung Mani, Kampung Bendang,Kampung Semeliang,dan
Kampung Sungai Kecik.Saya memilih Bandar Kuala Nerang sebagai kawasan
kajian kerana terdapat aktiviti penduduk yang berkaitan dengan bentuk
muka bumi. Kawasan ini juga berdekatan dengan tempat tinggal dan sekolah
saya.

Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini , saya telah menggunakan beberapa kaedah
untuk mendapatkan maklumat.

1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat
catatan. PerkaraYang saya perhatikan ialah aktiviti penduduk yang ada
kaitan dengan bentuk muka bumi.

2. Rujukan
Saya merujuk internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi ialah kegiatan
pertanian. Kawasan tanah pamah yang subur ditanami oleh pokok getah.
Pokok buah-buahan seperti durian ,duku,langsat,manggis dan
sebagainya.Tanaman ini ditanam secara kecil-kecilan.

Selain itu, kawasan tanah pamah di Pekan Kuala Nerang memang


sesuai dijadikan tapak perusahaan. Keadaan tanah yang rata membolehkan
pihak MARDECmendirikan kilang memproses getah.Bekalan getah diperoleh
daripada pekebun-pekebun kecil atau ladang getah FELCRA dan RISDA.

Selain itu, terdapat juga bekalan bahan mentah mudah


diperoleh,iaitu daripada pekebun yang mengusahakan tanaman pisang,ubi
kayu,dan cili.

Di kawasan tanah pamah, terdapat getah dan kelapa sawit yang


ditanam di kebun kecil atau di ladang kepunyaan FELCRA dan RISDA.Getah
amat sesuai ditanam di kawasan tanah pamah yang bersaliran
baik.Penduduk kampung di sekitar Pekan Kuala Nerang terlibat dalam
kegiatan ini.

Tinjauan saya juga mendapati Pekan Kuala Nerang yang terletak di


kawasan tanah pamah merupakan pusat perniagaan yang sedang giat
membangun.Di samping itu , perkhidmatan perbankan ,rumah persinggahan
dan restoran dibina bagi menampung keperluan para pelancong yang ingin
berkunjung ke Pekan Kuala Nerang.

Jenis perniagaan di Pekan Kuala Nerang dan


jumlahnya
JENIS KEDAI
BILANGAN
Kedai makan
15
Kedai runcit
26
Kedai kasut
6
Kedai perabot
3
Kedai basikal
4
Kedai alat elektrik
3
Kedai pakaian
7
Kedai buku
8

Kedai peralatan memancing


3
Kedai gambar
2
Kedai roti/kek
3
Kedai gunting rambut
3
Jumlah
81

JENIS PERNIAGAAN
30
25
20
15
10
5
0

JENIS PERNIAGAAN

Graf jenis perniagaan di pekan Kuala Nerang dan jumlahnya

Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati bentuk muka bumi telah mempengaruhi
kegiatan penduduk di pekan Kuala Nerang dan sekitarnya. Kegiatan
pertanian banyak dijalankan di sini. Jenis tanaman termasuklah tanaman
kontan dan tanaman komersil seperti getah dan kelapa sawit. Kawasan tanah
pamah memudahkan pembinaan kilang. Bahan mentah daripada hasil
pertanian mudah diperoleh. Barang -barang hasil kilang dan pertanian
diperniagakan di pekan ini.

BORANG

Nama : Salleh

bin

TEMU

Darus

Umur: 46 tahun
Jantina: Lelaki

1.Sebab kepelbagaian pekerja di sini.

BUAL

a)

BENTUK MUKA BUMI YANG SESUAI

b)

KAWASAN TUMPUAN PENDUDUK

You might also like