You are on page 1of 2

Siri Kereaktifan Logam (SKL) &

Aplikasinya
Dalam Siri Kereaktifan Logam (SKL), logam-logam disusun mengikut kereaktifan tindak
balasnya terhadap oksigen bagi membentuk oksida logam.
Susunan logam dalam SKL adalah sama seperti dalam Siri Elektrokimia, cuma
bezanya SKL mengandungi karbon, C dan hidrogen, H (ditanda dengan warna kuning).

Fungsi karbon dalam SKL adalah bagi menentukan proses pengekstrakan logam.
Fungsi hidrogen dalam SKL adalah bagi menentukan kaedah penentuan formula empirik
bagi oksida logam.
Kereaktifan logam berkurang apabila menuruni SKL.
Semakin tinggi kedudukan logam dalam SKL, semakin reaktif tindak balas logam tersebut
terhadap oksigen.

Logam
K, Na, Ca, Mg
Al, Zn, Fe, Sn, Pb, Cu
Hg, Ag, Au

Tindak balas dengan oksigen


Terbakar dengan cergas,
nyalaan sangat terang
Menghasilkan nyalaan
Berbara

Kereaktifan logam
Sangat reaktif
Reaktif
kurang reaktif

Logam yang lebih reaktif dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam yang kurang
reaktif daripadanya.
Jadi, logam yang lebih reaktif menerima oksigen dan mengalami pengoksidaan bagi
membentuk oksida logam.
Manakala, oksida logam yang kurang reaktif akan kehilangan oksigen dan mengalami
penurunan.

Aplikasi Siri Kereaktifan Logam


1. Penentuan formula empirik oksida logam
Formula empirik oksida logam ditentukan melalui 2 kaedah:
(i) Kaedah 1: pemanasan logam menggunakan mengkuk pijar bagi membentuk oksida logam
Bagi logam-logam yang lebih reaktif daripada hidrogen dalam SKL
Contoh: MgO, Al2O3, ZnO
(ii) Kaedah 2: penurunan oksida logam menggunakan gas hidrogen kering
Bagi logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam SKL
Contoh: CuO, FeO, PbO
2. Penentuan kaedah pengekstrakan logam
(i)

Logam-logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam SKL (K, Na, Ca, Mg, Al) diekstrak
menggunakan kaedah elektrolisis bijih lebur (elektrolisis leburan) menggunakan elektrod
karbon

(ii) Logam-logam yang kurang reaktif daripada karbon dalam SKL ( Zn, Fe, Sn, Fe, Pb) diekstrak
daripada bijihnya, iaitu oksida logam menggunakan karbon.
Oksida logam dipanaskan bersama karbon dalam relau bagas.
Karbon yang lebih reaktif akan menurunkan oksigen daripada oksida logam.
(iii) Logam-logam yang sangat kurang reaktif (Cu, Hg) diekstrak dengan cara memanaskan sulfida
logam dalam udara
(iv) Ag dan Au paling kurang reaktif dan wujud sebagai logam bebas dalam kerak bumi.

# DOWNLOAD Penanda Buku Siri Kereaktifan Logam

DI SINI

You might also like