You are on page 1of 12

BENTUK MUKA BUMI DAN

POTENSINYA

Tajuk kajian:
Pengaruh Bentuk Muka Bumi
Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar
Daerah Pendang

Saya,Najwa bt Mohamad Fauaz telah diarahkan oleh guru geografi


untuk membuat satu kajian geografi tempatan.Kajian dibuat supaya
saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran
geografi yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.Saya telah
memilih tajuk Pengaruh Bentuk Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di
Sekitar Daerah Pendang.

Senarai Kandungan
tajuk
Tajuk kajian
Senarai kandungan
penghargaan
Pendahuluan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
Rumusan
lampiran
Rujukan

Muka surat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
11
12

PENGHARGAAN

Saya merakamkan ucapan rinuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas
sokongan moral dan kewangan yang telah diberkan sehingga saya dapat
menjalankan dan menyempurnakan kajian ini.Tidak ketinggalan kepada guru
geografi saya,Encik Mohd Nasri bin Muarat atas segala bimbingan,tunjuk

ajar,teguran dan nasihat yang amat berguna.Saya juga ingin menyampaikan


penghargaan Puan Pengetua sekolah kerana telah memberi keizinan kepada
saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan
dalam kajian ini.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Pendahuluan

Saya pelajar Tingkatan 1 Najah di Maktab Mahmud Padang Terap,Kuala


Nerang,Kedah Darul Aman.Saya menjalankan kajian tentang Pengaruh
Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar Daerah
Pendang.Kajian ini dapat membantu saya dalam memahami bahawa bentuk

muka bumi sesuatu kawasan sangat mempengaruhi aktiviti penduduk di


sekitarnya.

Objektif Kajian

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi


objektif berikut:

1. mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar daerah Pendang.


2. mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di
sekitar Daerah Pendang

Kawasan kajian

Kawasan kajian saya ialah Kampong Chegar yang terletak di Daerah


Pendang.Lokasi kampong ini di sebelah tengah negeri Kedah.

Kaedah Kajian

Semasa menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah


untuk mendapatkan maklumat.

1. Temu bual
Saya telah temu bual tiga orang responden yang menetap di sekitar
daerah Pendang

2. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat
catatan. Perkara yang saya perhatikan ialah aktiviti penduduk yang ada kaitan
dengan bentuk muka bumi

3.

Rujukan

Saya merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan sekolah dan


perpustakaan awam untuk mendapatkan maklumat tambahan

Hasil kajian

Kampong Chegar ialah kawasan perkampungan.Kampong Chegar terletak di


daerah Pendang.Oleh sebab itu,Kampong Chegar dan kawasan sekitarnya
diliputi oleh tanah lanar yang subur hasil pemendapan sawah-sawah padi
tersebut.Di bahagian pedalaman lebih kurang 3 kilometer ke arah utara dari
kampung ini.Aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi ialah
kegiatan pertanian.Kawasan tanah pamah yang subur ditanami dengan
getah,padi pisang,sayur-sayuran dan ubi kayu.pokok buah-buahan seperti
mempelam,langsat,dokong,manggis dan sebagainya ditanam di dusundusun.Tanaman ini ditanam secara kecil-kecilan.
Selain itu,kawasan tanah pamah di sekitar daerah Pendang memang sesuai
dijadikan tapak perusahaan.Keadaan tanah yang rata membolehkan pihak
MARDAEC mendirikan kilang memproses getah.Bekalan getah diperoleh
daripada pekebun-pekebun kecil atau ladang getah FELCRA dan RISDA.
Selain itu,terdapat juga penduduk di kawasan ini yang menjalankan industri
desa seperti membuat sos cili,kerepek ubi dan kerepek pisang.bekalan bahan
mentah mudah diperoleh,iaitu daripada pekebun yang mengusahakan
tanaman pisang,ubi kayu dan cili.
Hasil perusahan ini dijual di daerah Pendang dan diedarkan hingga ke
daerah Kota Setar.
Di kawasan tanah beralun,terdapat getah dan kelapa sawit yang ditanam di
kebun kecil atau di ladang kepunyaan FELCRA dan RISDA.Getah amat
sesuai ditanam di kawasan tanah beralun yang bersaliran baik.Penduduk
kampung di sekitar daerah Pendang terlibat dalam kegiatan ini.
Tinjauan saya juga mendapati daerah Pendang yang terletak di kawasan
tanah pamah merupakan pusat perniagaan yang sedang giat

membangun.Jenis perniagaan yang dijalankan sangat berkait rapat dengan


kegiatan pertanian dan perindustriannya.
Pembinaan pekan-pekan baru kurang 14 kilometer dari kampung ini
menggalakkan lagi kegiatan perniagaan di bandar ini.Di samping
itu,perkhidmatan perbankan,rumah persinggah dan restoran dibina bagi
persinggahan dan restoran dibina bagi menampung keperluan para
pelancong yang ingin berkujung ke daerah ini seperti Pendang Lake
Resort.Lokasi daerah Pendang seolah-olah menjadi pintu masuk ke resort
ini.Kewujudan Pedang Lake Resort menjadi daya tarikan pelancong untuk
berkunjung ke daerah ini.Ini juga dapat menjadi sumber pendapatan
penduduk di sekitar daerah ini.
Disebabkan di daerah Pendang ini dan kawasan di sekitarnya merupakan

kawasan bertanah pamah yang rata dan luas, banyak kemudahan seperti

ruang perniagaan dapat dibina, justeru itu menggalakkan aktiviti - aktiviti

perniagaan di situ. Antara perniagaan yang dijalankan ialah pengurusan

kedai makan, kedai runcit, kedai komputer dan perniagaan berbentuk

perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, kedai dobi pakaian dan bengkel

membaiki kereta. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti

perniagaan.

Kewujudan kedai-kedai di pekan baru diderah ini:

Jenis kedai

Bilangan

Kedai makan
Kedai runcit
Kedai kasut
Kedai perabot
Kedai basikal
Kedai alat elektrik
Kedai pakaian
Kedai buku
Kedai peralatan memancing
Kedai gambar
Kedai getah
Kedai kek
Kedai gunting rambut
jumlah

13
12
3
2
3
4
3
3
2
1
1
1
2
46

Taburan Pekerjaan penduduk


Pekerjaan
Petani
Peniaga
Kakitangan awam
Lain-lain

%
70
10
15
5

Rumusan
Sebagai rumusan,saya dapati bentuk muka bumi telah mempengaruhi
kegiatan penduduk di daerah Pendang dan sekitarnya.Kegiatan pertanian
banyak dijalankan di sini.Jenis tanaman termaksulah tanaman kontan dan
tanaman komersil seperti getah dan padi. Kawasan tanah pamah
memudahkan pembinaan kilang.Bahan mentah daripada hasil pertanian
mudah diperoleh.Barang-barang hasil kilang dan pertanian diperniagankan di
kampong ini.Pembinaan Pendang Lake Resort menggalakkan lagi kegiatan
pelancong di kampong ini.

Borang Temu Bual


Nama:Encik Mohamad Fauaz bin Mohamad Said
Umur:43 tahun
Jantina:lelaki
1. jenis pekerjaan yang oleh penduduk di daerah Pendang dan kawasan
sekitarnya.
Pertanian
2. sebab kepelbagaian pekerjaan di sini.
A) Bentuk Muka Bumi yang sesuai
B)Kawasan tumpuan penduduk

You might also like