You are on page 1of 1

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

KAMPUNG SEBERANG PADANG SANAI


MUKIM BATANG TUNGGANG KANAN
06300 KUALA NERANG KEDAH
TEL: 019-8717602

Rujukan Kami: 001/MPKK/2019


Tarikh: 20/8/2019

Kepada:

Tuan Pegawai Daerah


Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap
Pejabat Pentadbir Daerah Dan Tanah Padang Terap
06300 Kuala Nerang
kedah

Ybhg. Tuan;

PERKARA: MEMOHON SURAT SOKONGAN GERAN MPKK .

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimakluman saya bagi pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),
ingin membuat permohonan peruntukan geran MPKK bagi tahun 2019. Bersama-sama ini saya
sertakan butiran berikut untuk rujukan pihak tuan.
2.1 Nama Program:
2.1.1 Pertandingan Bubur Asyura Perdana Serta Ceramah Ilmuan.
2.1.2 Sukaneka Rakyat.
2.2 Kos Keseluruhan:
RM 9,744.00
(RINGGIT MALAYSIA: SEMBILAN RIBU TUJUH RATUS EMPAT PULUH EMPAT)

2.3 Dokumen sokongan juga turut disertakan.

3. Besarlah harapan saya agar permohonan ini diluluskan. Perhatian dan maklum balas
daripada pihak tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas

( Rozali Bin Bahari )


MPKK Kampung Seberang Padang Sanai

You might also like