You are on page 1of 8

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM SEMARAKKAN CINTA:


SMARTSTART 2ND HONEYMOON
2020

Anjuran Bersama :
NGO
&
LEMBAGA PENDUDUK DAN
PEMBANGGUNAN KELUARGA
NEGARA (LPPKN)

1
1. TAJUK

Program SEMARAKKAN CINTA : SMARTSTART 2ND HONEYMOON


2020.

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program


SEMARAKKAN CINTA : SMARTSTART 2ND HONEYMOON 2020 kepada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM).

3. LATAR BELAKANG

Mengikut kajian konflik dan keteganggan dalam rumahtangga berpunca daripada


tiada persefahaman, curang, sikap tidak bertanggungjawab dan masalah kewangan.
Menyedari peningkatan kes begini, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) mengambil inisiatif dan rasa tanggungjawab untuk
menyebarluaskan berkenaan perkahwinan, cara - cara untuk berkomunikasi,
merancang dan menanggani konflik dalam perkahwinan. Oleh yang demikian,
pendedahan awal program pemantapan perkahwinan seperti ini diharapkan dapat
mengurangkan penceraian di kalangan pasangan suami isteri yang baru berkahwin
atau yang telah lama berkahwin.

Program SEMARAKKAN CINTA : SMARTSTART 2nd Honeymoon


2020 merupakan sebuah program kesinambungan dari Program Praperkahwinan
SMARTSTART. Pakej bulan madu selama 3 hari 2 malam ini disediakan secara
percuma kepada pasangan sebagai langkah mengurangkan kadar penceraian di awal
perkahwinan.

Sehubungan dengan itu pihak YADIM Zon Sabah mengambil insiatif dalam
mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan menganjurkan program
SEMARAKKAN CINTA SMARTSTART 2nd Honeymoon 2020.

2
4. OBJEKTIF

4.1 Memberikan maklumat dan kemahiran menguruskan alam rumahtangga


dan Perkahwinan.

4.2 Meningkatkan kesedaran pentingnya pasangan memainkan peranan


masing- masing dalam mengukuhkan perkahwinan.

4.3 Menyemai dan menyemarakkan perasaan kasih sayang pasangan suami isteri.

4.4 Membantu pasangan suami isteri menyesuaikan diri dengan alam


perkahwinan mengikut konteks budaya Malaysia.

5. KOMPONEN PROGRAM

5.1 Cadangan Tarikh dan Tempat

4 - 6 Disember 2020 / Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, W.D.T.11,


89809 Ranau, Sabah (088-889511)

5.2 Kumpulan Sasar

A. Pasangan yang baru berkahwin dan telah berkahwin lebih 5 tahun.

B. Profil pasangan bukan Muslim diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran


Negara yang telah mendaftarkan perkahwinan.

5.3 Bilangan Peserta

25 pasangan bersamaan 50 orang peserta.

3
5.4 Bilangan Program

Bagi peringkat permulaan, bercadang untuk mengadakan satu sesi bagi tahun
2020. Penganjuran program ini adalah bagi memberi ruang dan peluang
kepada masyarakat di negeri Sabah serta dapat mempromosi program
dengan lebih baik.

5.5 Kaedah Pelaksanaan

PROGRAM TARIKH TEMPAT BIL.PESE KAEDAH


RTA PELAKSANAAN
Semarakkan 4-6 Mount Kinabalu, 50 orang Ceramah dan
Cinta : Disember Resort & SPA, Bengkel
Smartstart 2nd 2020 W.D.T.11, 89809
Honeymoon Ranau, Sabah.
2020 (088-889511)

Perlaksanaan program ini akan dijalankan oleh Tenaga Penceramah dari


LPPKN dan Penceramah Jemputan dari YADIM yang dilantik yang telah
berpengalaman mengendalikan program ini serta penceramah jemputan luar.
Pendekatan perlaksanaan program ialah seperti berikut :

- Main peranan ( role play ) antara pasangan


- Perbincangan dalam kumpulan
- Interaksi antara pasangan
- Dance Therapy
- Art Therapy
- Kajian Kes

4
6. TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA
MASA PERKARA
2.00 Petang - 3.00 Petang Check In / Pendaftaran
3.00 Petang - 4.00 Petang Taklimat Program
Sesi 1: Mengenali Diri Mu Sayang
4.00 Petang - 5.30 Petang Sesi2 : Ingat Luahkan Perasaan Anda ( Kad
Cinta ) / Imbas Kembali Kad Cinta
5.30 Petang - 7.30 Petang Minum Petang / Rehat
7.30 Petang - 8.45 Malam Makan Malam Beradu (Candle Light Dinner ) -
Isteri / Rehat
9. 00 Malam - 10.00 Malam Sesi 3 : Membina Keintiman
10. 00 Malam - 11.00 Malam Imbas Kembali Candle Light Dinner
11.00 Malam Rehat

HARI KEDUA
MASA PERKARA
7.30 Pagi - 8.30 Pagi Sarapan
8.30 Pagi - 10.00Pagi Sesi 4: Menangani Konflik Dan Cabaran Minum
Pagi
10.00 Pagi - 10.30 Pagi Minum Pagi
10.30 Pagi - 12.30 Tengahari Sesi 5 : Mengurus Sumber Keluarga
12.30 Tengahari - 2.30 Petang Makan Tengahari / Solat / Rehat
2.30 Petang - 4.30 Petang Sesi 6 : Ingat Luahkan Perasaan Anda - Art
Therapy
4.30 Petang - 7.30 Malam Minum Petang / Rehat/ Solat/ Makan Malam
7.30 Malam - 8.30 Malam Sesi 7 : Makan Malam Beradu (Candle Light
Dinner)- Suami / Rehat
8.30 Malam - 9.00 Malam Imbas Kembali Candle Light Dinner
9.00 Malam - 11.00 Malam Sesi 8: Membina Keintiman
- Tari Terapi ( Dance Therapy )

5
HARI KETIGA
MASA PERKARA
7.30 Pagi - 8.30 Pagi Sarapan
8.30 Pagi - 10.00Pagi Sesi 9: Meneroka Harapan Kita : Ikrar Cinta
10.00 Pagi - 10.30 Pagi Minum Pagi
10.30 Pagi - 11.30 Tengahari Sesi 9: Meneroka Harapan Kita : Ikrar Cinta
11.30Tengahari - 12.30 Tengahari Majlis Perasmian
12.30 Tengahari Makan Tengahari / Solat
1.00 Tengahari Bersurai

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

PRGRAM SEMARAKKAN CINTA : SMARTSTART 2ND HONEYMOON 2020


A. Pakej Bengkel 50 orang dengan penginapan ( termasuk urusetia )

BIL. PERKARA JUMLAH


1. Twin Sharing RM 180.00 x 25 bilik x 2 malam RM 9,000.00
2. Twin Sharing (Penceramah dan urusetia) RM 1,440.00
RM 180.00 x 4 bilik x 2 malam
3. Pakej Seminar RM 80.00 x 50 orang x 3hari RM 12,000.00
4. Pakej Makan, Minum & Candle Light Dinner RM 11,200.00
RM 100.00 x 56 orang x 2 hari (3 hari 2 malam)
B. Alat Tulis / peralatan/ percetakan
1. RM 40.00 x 50 orang (Beg Seminar) RM 2,000.00
C. Aktiviti Promosi / Media RM 1,000.00
D. Honorarium Fasilitator
1. ( RM 80.00 sejam x 23 jam x 4 orang ) RM 7,360.00
E. Backdrop / Banner RM 700.00
F. Bahan Program ( Buku Aturcara) RM 1,250.00
G Insurans RM 350.00
H. Pengankutan RM 2,000.00

6
I. Urusetia RM 1,000.00
J. Pembantu Program RM 2,500.00
K. Lain- lain Kontigensi RM 1,000.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 52,800.00

Sumber Kewangan yang akan disediakan

i. Peruntukan Pertubuhan Sendiri : Tiada


ii. Sumbangan Kewangan Daripada Sumber Lain : Tiada
iii. Kutipan Bayaran Daripada Peserta : Tiada
iv. Peruntukan Kewangan yang dipohon dari KPWKM :

8. FAEDAH

i. Mengenal diri dan pasangan dengan lebih mendalam.


- Interaksi antara satu sama lain akan lebih efektif dan perselisihan faham
akan dikurangkan.

ii. Menerokai harapan dalam perkahwinan bersama-sama


- Pasangan suami isteri boleh membina harapan terhadap perkahwinan
mereka yang berpatutan dan seterusnya membina keluarga yang bahagia.

iii. Memilik cara- cara untuk menangani konflik dan cabaran dengan lebih
berkesan.
- Pasangan suami isteri boleh membina harapan terhadap perkahwinan
mereka yang berpatutan dan seterusnya membina keluarga yang bahagia.

Iv. Mengetahui cara- cara berkomunikasi yang lebih efektif dan sesuai.
- Pasangan suami isteri akan lebih jelas tentang cara komunikasi antara
mereka dan seterusnya berkomunikasi dengan lebih berkesan.

7
V. Mempunyai hubungan seks yang intim.
- Oleh sebab perhubungan seks jarang dibincangkan, suami isteri harus
mempunyai pengetahuan perkara ini. Selepas menyertai program ini, mereka
akan lebih memahami subjek ini dan mempunyai perhubungan seks yang
lebih intim dan baik.

9. KESIMPULAN

Semarakkan Cinta : SMARTSTART 2 nd Honeymoon 2020 merupakan


program yang dianjurkan secara bersama Sabah dan LPPKN di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini
merupakan komitmen kerajaan mengukuhkan institusi perkahwinan bagi
pasangan suami isteri muda di Malaysia dengan memberikan pakej berbulan
madu sambil menuntut ilmu perkahwinan serta kekeluargaan dalam
mengurangkan kadar penceraian di awal perkahwinan.

You might also like