You are on page 1of 1

Kepada :

Ahli Parlimen Subang


YB Tuan Sivarasa Rasiah
Selangor Darul Ehsan. 02 Oktober 2019

Yang Berhormat,

PERMOHONAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK AKTIVITI


GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, kami MC LILY dan penduduk Pangsapuri


Lily akan menjalankan Program Memasak Bubur Asyura di kawasan Rumah Wanita
Lily. Di antara aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti gotong royong
yang bakal diadakan seperti berikut :

Tarikh : 05 Oktober 2019.

Masa : 02.00 petang hingga 06.00 petang.

Tempat : Kawasan Rumah Wanita Lily, Kota Damansara.

3. Sehubungan itu, kami MC LILY dan penduduk pangsapuri lily memohon jasa
baik Yang Berhormat sekiranya dapat menghulurkan sedikit sumbangan
kewangan bagi menjayakan program tersebut.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak Yang Berhormat amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERSIH, SIHAT & SELAMAT”

………………………….…........

Rosli Bin Ab.Halim,


Pengerusi MC Pangsapuri Lily,
Jalan Nuri 7/1A, Seksyen 7,
Kota Damasara,
47810 Petaling Jaya,Selangor.
Tel : 012-2156784

You might also like