You are on page 1of 5

Majlis Pembugaran NILAM dan Pelancaran Program NILAM Perkasa bersama BLINK

Peringkat Sekolah Kebangsaan Lukut bagi tahun 2022/23

Tarikh : 30 Mei 2021


Masa : 8.00 pagi
Tempt : Tapak Perhimpunan Sekolah

Tentatif Program

1) Bacaan Doa oleh pengawas


2) Nyanyian Lagu NILAM
3) Ucapan penyelaras NILAM
4) Ucapan pihak BLINK
5) Ucapan Guru Besar
6) Gimik Perasmian program
7) Penyampaian sumbangan buku oleh BLINK
8) Penyampaian hadiah - Ikon NILAM murid (Mac-April)
Ikon pengawas PSS (Mac-April)
Ikon guru (Mac-April)
Pembaca bahan bacaan terbanyak (Mac-April)
9) Bersurai
10) Bengkel penulisan Ops Juvana (murid tahun 6)

Agenda Teks ucapan Catatan

Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Selamat pagi diucapkan kepada semua.

Yang dihormati, wakil pihak BLINK, Pn Shasya binti Ali dan


deligasi
Yang berusaha, Pn. Safinaz binti Nordin, Guru Besar SK Lukut
Yang berbahagia, Datin Hjh. Salmah binti Buang, Guru Penolong
kanan Pentadbiran SK Lukut,
Yang dihormati, En. Ramlan bin Rahim, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Yang dihormati, En. Zaqwan bin Zainuddin, Penolong kanan
Kokurikulum
Yang dihormati, Pn. Hjh. Shahrani binti Talib, Guru Penolong
Kanan PPKI

Guru-guru yang dihormati dan rakan-rakan yang dikasihi


sekalian.

Bersyukur kita kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia serta


perkenannya, maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada
pagi ini bagi memeriahkan Majlis Pembugaran NILAM dan
pelancaran Program NILAM Perkasa bersama BLINK peringkat
sekolah Kebangsaan Lukut bagi tahun 2022.
Hadirin yang dimuliakan.

Program pembugaran NILAM atau NILAM nafas baharu


merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang
bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan
murid dari sekolah rendah sehingga PRA universiti. Rasional
progran ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya
dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya
dalam kalangan murid selaras dengan hala tuju kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. Ini kerana
membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang.

Nyanyian Lagu
Nyanyian Majlis kita diteruskan lagi dengan nyanyian lagu NILAM. Hadirin NILAM
lagu NILAM diminta bersedia.

(Nyanyian lagu NILAM)

Hadirin yang dihormati sekalian. Cikgu Afiqah


Ucapan bersedia naik
Penyelaras Bagi menyempurnakan program kita pada pagi ini, majlis dengan pentas
NILAM ini menjemput dan mempersilakan penyelaras NILAM iaitu cikgu
Noor Afiqah bt Shamsudin untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.
--------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Afiqah diatas penyampaian
ucapan sebentar tadi.

Ucapan pihak Hadirin sekalian. Pn. Shasya


BLINK bersedia naik
Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan yang akan pentas
disampaikan oleh wakil pihak BLINK. Dengan ini, majlis
menjemput Pn. Shasya bt Ali penulis buku BLINK untuk
memberikan sedikit ucapan. Dipersilakan.
….……………………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Shasya wakil pihak BLINK
diatas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Guru Hadirin yang dikasihi sekalian. Pn. Safinaz
Besar bersedia naik ke
Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini pentas
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Safinaz binti
Nordin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lukut bagi
menyampaikan ucapan sempena Majlis Pembugaran NILAM dan
Pelancaran Program NILAM Perkasa bersama BLINK, seterusnya
merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
….………………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Safinaz binti


Nordin atas ucapan perasmian itu tadi.

Gimik Marilah kita bersama-sama menyaksikan gimik pelancaran (GB, Datin dan
Perasmian program NILAM Perkasa bersama BLINK peringkat sekolah bagi Pn. Shasya ke
tahun 2022. Majlis mempersilakan Datin Hjh. Salmah binti Buang pentas untuk
untuk menjemput dan mengiringi Guru Besar, Pn. Safinaz binti gimik
Nordin bersama penulis BLINK, Pn. Shasya untuk perasmian)
menyempurnakan gimik perasmian program NILAM.

(GB, Datin dan Pn. Shasya ke pentas untuk gimik perasmian)


….………………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Safinaz binti Nordin diatas


kesudian menyempurnakan gimik pelancaran Program NILAM SK
Lukut bagi tahun 2022

Begitulah tadi kita dapat melihat gimik pelancaran yang telah


disempurnakan oleh Pn. Guru Besar.

Penyampaian Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian
sumbangan sumbangan buku daripada wakil pihak syarikat buku BLINK.
buku
Dipersilakan Pn. Safinaz binti Nordin sekali lagi ke pentas bagi
menerima buku dari pihak syarikat buku BLINK.

Pihak pusat sumber sekolah mengucapkan jutaan terima kasih


atas sumbangan buku dari pihak syarikat buku BLINK. Semoga
ianya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.

Penyampaian Hadirin yang dihormarmati sekalian.


hadiah
Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada
pemenang Program NILAM Perkasa atau Semarak NILAM.

Dengan ini, majlis menjemput Pn. Guru Besar, Pn. Safinaz binti
Nordin diiringi Datin Hjh. Salmah binti Hj. Buang dan juga tetamu
jemputan kita pada hari ini iaitu Pn. Shasya Ali untuk naik ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.
Dipersilakan.
….………………………………………………………………………………………………

Pemenang bagi program NILAM perkasa atau Semarak NILAM


bagi bulan Mac tahun 2022 bagi kategori ikon NILAM Murid dan
Pembaca Bahan Bacaan Terbanyak dimenangi oleh saudara
Muhammad Adam bin Muhammad Ali.

Dijemput saudara Muhammad Adam bin Ali ke pentas bagi


menerima sijil dan hadiah.

Pemenang bagi program NILAM perkasa atau Semarak NILAM


bagi bulan April tahun 2022 bagi kategori ikon NILAM Murid dan
Pembaca Bahan Bacaan Terbanyak dimenangi oleh saudari Nur
Arissa Sofiya binti Eddie Azhar dari kelas 2 Putera. Beliau juga
adalah pemenang bagi ikon NILAM pengawas pusat sumber bagi
bulan Mac dan April.

Dijemput saudari Nur Arissa Sofiya ke pentas bagi menerima


hadiah.

Seterusnya bagi kategori Ikon NILAM guru bagi bulan Mac


dimenangi oleh Ustazah Norhayati binti Harun.

Dijemput Ustazah Norhayati ke pentas untuk menerima sijil dan


hadiah.

Manakala bagi kategori Ikon NILAM guru bagi bulan April


dimenangi oleh Cikgu Noraini Faridah bt Kaliwan.

Dijemput Cikgu Noraini Faridah ke pentas untuk menerima sijil


dan hadiah
….………………………………………………………………………………………………

Terima kasih Pn. Guru Besar diatas kesudian menyampaikan


hadiah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga


pertandingan ini menjadi pembakar semangat kepada semua
warga SK lukut untuk bersama-sama menyahut cabaran
membaca dan terus menimba ilmu.
Penutup Mekar sejambak bunga gubahan
Jatuh sekuntum diatas peti
Membaca itu suruhan tuhan
Al-Alaq diturun menjadi bukti

Hadirin sekalian.

Kini sempurnalah sudah majlis pelancaran kita pada pagi ini.


Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang hadir dan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka, saya tangguhkan majlis


kita dengan surah al-asr dan tasbih kafarah.

Sekian, terima kasih.

*Murid-murid tahun 5 dan 6 akan bersama-sama mengikuti


bengkel penulisan yang akan dikendalikan oleh penulis daripada
syarikat buku BLINK di dewan sebentar sahaja lagi. Oleh itu,
diminta murid-murid tahun 5 dan 6 untuk berdiri dan beratur
mengikut kelas masing-masing.

You might also like