You are on page 1of 1

KEMENTERAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR, PEKAN


RPSB BATU 8 LEPAR
26300 GAMBANG Tel : 09-5465344
PAHANG DARUL MAKMUR Email : SKLCBA5074@gmail.com

______________________________________________________________________
Ruj.Tuan : CBA5074.700-2/2 (1)
Ruj Kami : CBA5074.700-2 (1)
Tarikh : 14 Oktober 2019

Firdina Uzma Binti Mohd Anuar,


Setiausaha Jawatankuasa Penaja Pergerakan TKRS,
Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan,
26300 GAMBANG,
PAHANG DARUL MAKMUR.
Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan TKRS.

Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN PERGERAKAN TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR,
PEKAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan CBA5074.700-2/2(1) bertarikh
10 Oktober 2019.
2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan
semua Ahli Jawatankuasa Penaja Pergerakan TKRS yang berhasrat untuk menyemarakkan lagi
Pergerakan TKRS sekolah ini.
3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei
1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Pergerakan TKRS Sekolah
Kebangsaan Lepar, Pekan (No.Pendaftaran 08/2020/SKL) dengan syarat pihak tuan
mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli
Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh
Mesyuarat Penubuhan yang akan pihak tuan adakan.
4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Pergerakan TKRS
Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah
dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
( ARMAN B MOHAMAD HUSIN )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan

You might also like