You are on page 1of 5

JAJ/PMS: 180/602/29

CADANGAN MEWUJUDKAN JAWATAN KONTRAK


PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 (IMAM)
DAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 (BILAL DAN NOJA)
DI MASJID JALAN MAHMOODIAH, JOHOR BAHRU, JOHOR

1. TUJUAN

1.1. Kertas kerja ini dimajukan kepada Bahagian Sumber Manusia Negeri untuk
makluman, perakuan dan persetujuan bagi mewujudkan jawatan Penolong
Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Imam) dan S19 (Bilal dan Noja) lantikan
kontrak di Masjid Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

2. LATARBELAKANG

2.1. Surau Jalan Mahmoodiah merupakan surau kariah dan sebelum ini ditadbir oleh
Tuan Haji Abd Rahman bin A Bakar.

2.2. Pada 16 Jun 2016 Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru telah mengeluarkan senarai
lengkap Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Mahmoodiah yang dipengerusikan oleh
Penghulu Mukim Bandar Johor Bahru dan tempoh AJK berakhir pada 31 Disember
2016.

2.3. Pegawai Surau Mahmoodiah iaitu Imam, Bilal dan Noja adalah terdiri dari
sukarelawan untuk memastikan solat fardhu lima waktu dapat dilaksanakan seperti
surau-surau lain.

2.4. Selain itu, aktiviti-aktivit hari kebesaran Islam dapat dilaksanakan secara
sederhana memandangkan ruang Surau Mahmoodiah yang terhad.

2.5. Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya
Surau Mahmoodiah dinaik taraf kepada Masjid Kerajaan, sebagai satu hadiah dari
DYMM Tuanku kepada masyarakat berhampiran dan Masjid Mahmoodiah ini juga
dijadikan sebagai masjid angkat ke bawah DYMM Tuanku. Sebagaimana Lampiran
cadangan Pembinaan semula Surau Kampung Makam Mahmoodiah yang telah
ditandatangani oleh DYMM tuanku pada 4.10.2017.

2.6. DYMM Tuanku juga telah bertitah supaya ditempatkan Penjawat Awam Pegawai
Masjid iaitu Imam, Bilal dan Noja yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

1
3. RASIONAL

3.1. Merealisasikan Titah DYMM Tuanku supaya dilantik Penjawat Awam yang terdiri
Imam, Bilal dan Noja.

3.2. Perlunya diwujudkan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S19 sebagai Imam, Bilal
dan Noja di Masjid Mahmoodiah kerana keperluan semasa bagi memastikan
pengurusan dan perjalanan rutin di masjid dapat diatur dengan lebih sistematik dan
berkesan.

3.3. Pegawai yang dilantik akan bertanggungjawab untuk menyelia dan menyusun atur
giliran bertugas setiap waktu solat dan aktiviti yang dirancang.

3.4. Pengurusan masjid dapat memberikan khidmat kepada ahli jemaah dengan lebih
baik dan juga kepada masyarakat setempat serta musafir.

4. JUSTIFIKASI PERJAWATAN

4.1 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 (Imam) mengetuai solat lima waktu dan
mengetuai program pengimarahan masjid.

4.2 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 (Bilal) mengumandangkan azan lima waktu bserta
menguruskan jenazah sekiranya berlakunya kematian dikawasan Masjid

4.3 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 (Noja) membersihkan kawasan dalaman masjid
serta membuka dan mengunci pintu masjid.

5. CADANGAN MEWUJUDKAN JAWATAN

(a) Mewujudkan Jawatan

5.1 Sebanyak 6 jawatan perlu diwujudkan sebagaimana berikut:

BIL JAWATAN GRED JUMLAH

1 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 2

2 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 4

(b) Justifikasi Jawatan

5.1 Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam S29 (Imam):

a. Nama Jawatan : Pen. Peg. Hal Ehwal Islam (Imam)

b. Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

2
c. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

d. Skim Perkhidmatan : Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam

e. Gred : Gred S29

f. Gaji Permulaan : RM1,493.00

g. Jadual Gaji : Gaji Minimum RM1,493.00


Gaji Maksimum RM5,672.00

h. Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

i. Elaun Khidmat Awam : RM160.00

j. Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

k. Elaun Sara Hidup (COLA) : RM300.00

5.2 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 (Bilal/Noja):

a. Nama Jawatan : Pem. Hal Ehwal Islam (Bilal/Noja)

b. Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

c. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

d. Skim Perkhidmatan : Pem. Hal Ehwal Islam

e. Gred : Gred S19

f. Gaji Permulaan : RM1,352.00

g. Jadual Gaji : Gaji Minimum RM1,352.00


Gaji Maksimum RM4,003.00

h. Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

i. Elaun Khidmat Awam : RM115.00

j. Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

k. Elaun Sara Hidup (COLA) : RM300.00

3
6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 (Imam):

Gaji: 2 orang x RM1,493.00 x 12 bulan = RM35,832.00

EKA: 2 orang x RM 160.00 x 12 bulan = RM 3,840.00

ITP: 2 orang x RM 300.00 x 12 bulan = RM 7,200.00

COLA: 2 orang x RM 300.00 x 12 bulan = RM 7,200.00


Jumlah = RM54,072.00

6.2 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 (Bilal):

Gaji: 2 orang x RM1,352.00 x 12 bulan = RM32,448.00

EKA: 2 orang x RM 115.00 x 12 bulan = RM 2,760.00

ITP: 2 orang x RM 300.00 x 12 bulan = RM 7,200.00

COLA: 2 orang x RM 300.00 x 12 bulan = RM 7,200.00


Jumlah = RM49,608.00

6.3 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 (Noja):

Gaji: 2 orang x RM1,352.00 x 12 bulan = RM32,448.00

EKA: 2 orang x RM 115.00 x 12 bulan = RM 2,760.00

ITP: 2 orang x RM 300.00 x 12 bulan = RM 7,200.00

COLA: 2 orang x RM 300.00 x 12 bulan = RM 7,200.00


Jumlah = RM49,608.00

6.4 JUMLAH KESELURUHAN

Implikasi kewangan tahunan bagi perjawatan di atas adalah sebanyak


RM153,288.00. (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Tiga Ribu Dua Ratus
Lapan Puluh Lapan Sahaja)

4
7. PEMILIKAN BANGUNAN DAN KAWASAN TAPAK TANAH MASJID

7.1 Bangunan Masjid dan apa-apa bangunan yang ada di dalam kawasan masjid
termasuk keseluruhan kawasan tapak tanah masjid akan menjadi hak milik
Kerajaan Negeri.

7.2 Penyelenggaraan bangunan dan kawasan akan diurus oleh Unit Pembangunan
Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri
Johor.

7.3 Pemilikan ini bertujuan untuk memudahkan urusan selanjutnya jika terdapat
perkara-perkara berbangkit selain berurusan dengan agensi-agensi yang berkaitan

8. Perakuan

Justeru, Bahagian Sumber Manusia Negeri diminta menimbang seterusnya memberi


perakuan dan persetujuan mengenai:

8.1 Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju cadangan perlantikan bertaraf
kontrak untuk ditempatkan di Masjid Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
sebagaimana pada perenggan 5;

8.2 Mewujudkan jawatan sebagaimana perenggan 5 dan;

8.3 Implikasi kewangan sebagaimana perenggan 6;

8.4 Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju implikasi kewangan berjumlah
RM153,288.00 sebagaimana perenggan 6.4;

8.5 Pemilikan bangunan dan kawasan tapak tanah masjid.

Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau


Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

April 2019.

You might also like