You are on page 1of 1

PERSATUAN RAGBI DAERAH BESUT

3595, TAMAN D’ NIK,


GONG BADANG,
22000 JERTEH,
TERENGGANU. Tel:012-9097374
No. Pendaftaran: 8605/2017 Emel:per.ragbi.besut@gmail.com
__________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SUM/17 (1)


Tarikh :01 Oktober 2017
Kepada;
Pengerusi.
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33 Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PENAJAAN JERSI PASUKAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami merupakan pihak pengelola kegiatan ragbi di daerah
Besut, Terengganu dan telah menyertai beberapa kejohanan dan melaksanakan beberapa kejohanan di
dalam daerah Besut. Tumpuan kami adalah kepada pembangunan sukan ragbi di sekolah-sekolah di
daerah Besut.

3. Dengan ini, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menaja jersi pasukan ragbi daerah kami.
Berikut merupakan keperluan jersi daripada pihak kami:
Pasukan Besut Junior: 15 helai (jersi kanak-kanak) anggaran harga : RM 120/set
Pasukan Besut Senior: 30 helai (jersi dewasa) anggaran harga: RM 150/set

4. Jika pihak tuan bersetuju, kami dengan berbesar hati akan memperagakan logo pihak tuan pada
jersi kami ini sebagai imbalan.

5. Sebarang pertanyaan lanjut atau sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada Pengerusi
Persatuan Ragbi Daerah Besut, MOHD HILMI (012-9097374).

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

”CROUCH LINEAR, BIND TOGETHER, SET STRONGER”

Saya yang menurut perintah,

MOHD HILMI BIN MOHAMED YUSOFF


Pengerusi

You might also like