You are on page 1of 6

Muhammad Uwais Hakim Bin Mohd Suharto

Tingkatan 1 Falah
Tajuk Kajian: Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di
Sekitar Kg Labi
Saya Muhammad Uwais Hakim telah diarahkan oleh guru geografi untuk membuat
satu kajian geografi tempatan.Kajian dibuat supaya saya dapat mengaplikasikan
segala pengetahuan dan kemahiran geografi yang telah dipelajari dalam kehidupan
seharian.Saya telah memilih tajukPengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap

Aktiviti Penduduk di Sekitar Kg Labi.

Penghargaan
Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas
sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat
menjalankan dan menyempurnakan kajian ini.Tidak ketinggalan kepada guru
geografi saya,Encik Nasri Bin Muarat atas segala bimbingan,tunjuk
ajar,teguran dan nasihat yang amat berguna.Tidak ketinggalan juga kepada
rakan-rakan yang telah member tunjuk ajar dan bertukar-tukar maklumat
dengan saya.
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung tanah,
Budi Baik Dikenang Juga.

Pendahuluan
Saya pelajar Tingkatan 1 Falah di Maktab Mahmud Padang Terap.Saya dan
rakan-rakan menjalankan kajian tentangPengaruh Bentuk Muka Bumi
Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar Kg Labi.

Objektif Kajian

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi


objektif berikut:
1.Mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar Kg Labi.
2.Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di
sekitar kg Labi.

Kawasan Kajian
Kawasan Kajian saya ialah di sekitar Kg Labi yang terletak di Daerah Padang
Terap.Rujuk peta untuk melihat kedudukan Kg Labi dari Kuala Nerang.
Peta di bawah menunjukkan kedudukan Kg Labi Dari Kuala Nerang

Peta di bawah menunjukkan Kg yang berhampiran dengan Kg Labi.

Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapakaedah
untuk mendapatkan maklumat.
1.Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat
catatan.Perkara
yang saya perhatikan ialah aktiviti penduduk yang ada kaitan dengan
bentuk muka bumi.
2.Rujukan
Saya merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan awam untuk
mendapatkan maklumat
tambahan.

Kebun getah tempat penduduk menoreh untuk mendapatkan wang.

Sekolah tempat para pelajar belajar untuk mendapatkan ilmu.

Jenis perniagaan di Kg Labi.


JENIS KEDAI
Kedai Getah
Kedai Runcit
Kedai Gunting Rambut
Kedai Makan
Bengkel Motosikal

BILANGAN
5
8
3
4
2

Rumusan
Sebagai rumusan,saya dapati bentuk muka bumi telah mempengaruhi
kegiatan penduduk di Kg Labi dan sekitarnya.Kegiatan pertanian banyak
dijalankan di sini.Jenis tanaman kontan dan tanaman komersialseperti getah
dan kelapa sawit.Kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan
kilang.Bahan mentah dari hasil pertanian mudah diperoleh.Barang-barang
pertanian diperniagakan di sini.Terdapatnya Hutan Lipur Puncak Janing di sini
dapat menarik perhatian ramai pelancong.

You might also like