You are on page 1of 1

Organ-organ Deria

Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.
Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan
perubahan
di
sekeliling
kita.
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau,
lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria
penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia
boleh
menyebabkan
organ-organ
deria
untuk
bertindak
balas
kepadanya.
Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit,
sejuk,
haba,
bahan
kimia,
bunyi
dan
cahaya.
Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.
Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory
receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria
Kulit

Jenis deria
Sentuhan

Hidung
Lidah
Telinga

Bau
Rasa
Pendengaran &
keseimbangan
Penglihatan

Mata

Ransangan dikesan
Sentuh, tekanan,
sakit, sejuk & panas
Bahan-bahan kimia
Kimia
Bunyi
Cahaya

Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan
sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).

You might also like