You are on page 1of 8

PENYADURAN LOGAM NIKEL DAN PENGEKSTRAKAN NATRIUM MELALUI

ELEKTROLISIS

Rajah 1.0, proses elektrolisis boleh dikategorikan di bawah sel elektrolitik dimana proses
ini memerlukan tenaga dalam menguraikan bahan menerusi proses redoks. Proses redoks
adalah dua proses iaitu proses penurunan dan pengoksidaan berlaku pada yang sama. Dalam
rajah menunjukkan katod akan mengalami penurunan manakala anod mengalami
pengoksidaan. Dalam sel elektrolitik, anod dan katod ditentukan daripada sambungan
elektrod pada terminal positif dan negatif bekalan kuasa elektrik. Penguraian elektrolit tersebut
menghasilkan pelbagai hasil yang menarik pada setiap elektrod bergantung kepada elektrolit
dan elektrod yang digunakan.
(https://chem.libretexts.org/Bookshelves/Analytical_Chemistry/Supplemental_Modules_(Anal
ytical_Chemistry)/Electrochemistry)

Rajah 1.0 Carta Alir Elektrokimia (https://www.youtube.com/watch?v=Rt7-VrmZuds)

Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur-unsur yang asing apabila arus
elektrik mengalir melalui elektrolit tersebut. Arus elektrik boleh dialirkan melalui elektrolit
dengan menggunakan dua elektrod iaitu elektrod yang disambungkan kepada terminal positif
yang dinamakan anod, manakala elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif
dinamakan katod. Semasa elektrolisis berlaku, ion negatif akan bergerak dari katod ke anod
sebagai kation negatif. Ion positif pula akan bergerak dari anod ke katod yang mana ion ini
dikenali sebagai kation positif (Kau, 2005). Elektrolisis digunakan dalam industri untuk
penyaduran logam, penulenan logam dan pengekstrakan logam.
Pertama, penyaduran logam menggunakan elektrik atau elektroplat ialah proses untuk
melapisi satu logam dengan logam lain dengan menggunakan elektrolisis (Gallager, 2000).
Electroplat biasanya dilakukan untuk meningkatkan fizikal logam atau menghalang kakisan
logam (Robert H. Todd, 1994). Bagi proses elektroplat, di katod adalah logam yang akan
dilapisi, manakala anod adalah logam untuk melapisi logam yang di anod tersebut. Elektrolit
yang digunakan mesti mengandungi ion logam yang sama dengan elektrod untuk
penyaduran. Semasa elektrolisis, anod akan larut ke dalam larutan. Ion yang dihasilkan akan
berpindah ke katod di mana ia dilepaskan dan disimpan sebagai lapisan pada katod seperti
pada Rajah 2.0.

Rajah 2.0 : Proses elektroplat (https://dokumen.tips/documents/kimia-tingkatan-4-bab-6-


elektrokimia.html)

Dalam industri yang menggunakan elektroplat, logam nikel (Ni) digunakan untuk menyadur
logam lain untuk meningkatkan rintangan kakisan, kerana proses ini menghasilkan struktur
mikrokristalin yang kurang berliang dan memberikan penghalang yang kukuh kepada logam
asas. Kedua-dua penyaduran nikel sulfamate dan penyaduran nikel sulfat memberikan
rintangan terhadap kakisan yang sangat baik dan boleh diperkukuhkan lagi dengan rawatan
haba yang tinggi dan penggunaan komposit berlian. Logam yang disadur dengan nikel adalah
seperti timah atau tungsten atau kuprum, penyaduran nikel memberikan ketahanan yang luar
biasa kepada unsur-unsur logam, kekerasan dan kekonduksian yang dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian.( https://www.sharrettsplating.com/coatings/nickel)
Rajah 3.0 Electroplat logam nikel ke logam kumprum
(https://www.researchgate.net/figure/Schematic-illustration-of-nickel-electroplating-
bath_fig1_257085901)

Elektrolit nikel sulfat sering digunakan dalam industri kerana kosnya lebih murah berbanding
elektrolit nikel sulfamat, namun ketahanannya yang dihasilkannya kurang berbanding
ketahanan yang dihasilkan oleh nikel sulfamat. Penggunaan elektrolit nikel sulfamat
merupakan pilihan yang terbaik kerana memberikan penyaduran yang tahan hakisan serta
dapat menampung tekanan yang tinggi serta tahan pada suhu yang tinggi.
(https://www.electro-coatings.com/sulfamate-nickel-coating.php)

Dalam kehidupan seharian, kita sering menggunakan peralatan logam yang disadur oleh
nikel. Seperti rajah 4.0 iaitu perkakasan kereta seperti rim tayar, alatan harian seperti skru,
nat dan sebagainya.

Rajah 4.0: Contoh bahan yang disadur dengan nikel (https://meteogelo.com/peralatan-


elektrik-pencahayaan-pencahayaan/penyaduran-nikel-di-rumah/)
Perkakasan tersebut disadur dengan nikel adalah kerana saduran nikel tersebut memberi
ketahanan terhadap kakisan, maka bahan tersebut tidak terkakis yang disebabkan oleh daya
geseran dengan bahan lain dan tindak balas dengan bahan yang terlalu berasid atau terlalu
berakali. Selain itu, logam yang disalut dengan nikel juga mempunyai ketahanan yang tinggi
di mana logam ini tidak mudah ditempa atau remuk apabila suatu daya yang besar dikenakan
terhadapnya dan mempunyai suhu yang tinggi. Maka ia digunakan di dalam pembuatan alatan
harian iaitu skru yang memerlukan daya ketahanan tinggi menampung jumlah bahan yang
besar dan tidak mudah lebur pada suhu yang tinggi. (https://www.electro-
coatings.com/sulfamate-nickel-coating.php). Maka bahan yang kita gunakan sekarang lebih
baik dari ciri fizikalnya kerana penyaduran nikel yang memudahkan kerja seharian kita.

Rajah 5.0 Kepentingan penyaduran logam nickel terhadap logam yang lain.
(https://www.sharrettsplating.com/coatings/nickel)
Seterunya ialah pengekstrakan logam menggunakan elektrolisis dalam industri. Proses
elektrolisis boleh digunakan untuk mengekstrakkan logam daripada bijihnya. Logam yang
lebih reaktif daripada karbon seperti kalium, natrium, kalsium, magnesium, dan aluminium
tidak boleh diekstrakkan dengan cara pemanasan oksida logamnya dengan karbon. Logam
yang lebih reaktif itu perlu diekstrakkan daripada leburan bijihnya dengan proses elektrolisis
(Atkins, 2010). Dalam industri terdapat pengekstrakan logam natrium daripada biihnya.
Terdapat banayak jenis bijih asal natrium iaitu albet, borax, garam glauber, natrium klorida
(garam biasa) seperti rajah 6.0 dan natrium nitrat.

Rajah 6.0: Struktur fizikal natrium klorida (garam biasa) (https://www.alamy.com/stock-


photo-halite-nacl-sodium-chloride-salt-searles-lake-california-usa-an-ore-33423252.html)

Dalam keterangan ini akan menceritakan pengekstrakan natrium klorida (garam biasa)
kepada natrium dan klorin melalui proses Down. Proses Down memerlukan natrium klorida
cair sebagai elektrolit dengan menggunakan anod grafit dan katod besi berbentuk cincin
(Hardie, 1959). Natrium klorida digunakan sebagai elektrolit kerana murah dan mudah
didapati. Kedua-dua elektrod dipisahkan oleh kasa dawai untuk mengelakkan pencampuran
natrium dan klorin supaya terbentuk seperti rajah 7.0. Proses dimulakan dengan pemanasan
natrium klorida cair pada suhu 1085 K yang sangat tinggi, campuran yang mengandungi
natrium klorida, kalium klorida dan kalium fluorida (NaCl + KCl + KF) digunakan. Campuran
ini mencair kira-kira 850-875 K dan suhu direndahkan semula kerana pemanasan campuran
tersebut pada suhu melebihi 850-875K akan menyebabkan mesin elektrolisis tersebut
meletup kerana tidak dapat menampung pemanasan pada suhu yang melampau. Setelah
pemanasan campuran telah stabil, arus elektrik akan dialirkan dan hasil yang akan didapati
ialah klorin dibebaskan pada anod karbon dan akan keluar melalui alur keluar diperbuat
daripada keluli berbentuk kubah. Natrium terbentuk di katod dan terkumpul pada kubah kasa
dawai. Natrium yang dihasilkan adalah dalam keadaan lebur namun lebih ringan daripada
elektrolit maka natrium yang terbentuk akan naik ke permukaan. Natrium yang terkumpul akan
disalurkan ke paip keluli ke tangki penerima. Proses Down ini akan berterusan dan campuran
natrium klorida tersebut akan mengekalkan tahap elektrolit cair sehingga menghasilkan cukup
natrium pada tangki penerima. Persamaan kimia yang terlibat dalam proses ini adalah seperti
berikut:

Penceraian elektrolit:

melebur

Pada katod:

Pada anod:
Klorin

Garam segar

Tangki
penerima
logam natrium
Campuran
NaCl, KCl
dan KF

Paip besi

Katod Besi berbenuk


Kasa Dawai gelungan

Kotak besi
dialirkan api
Anod
Karbon

Rajah 7.0: Proses Down (https://chem-guide.blogspot.com/2010/04/sodium-occurrence-


extraction-from-downs.html)

Proses Down ini menghasikan 99.4% natrium tulen dan hasil klrin juga penting bagi industri
lain. Penghasilan natrium daripada pengekstrakan tesebut menyumbang kepada pelbagai
penggunaan natrium dalam industri lain sebagai kegunaan hidup kita. Antara kegunaan
natrium ialah sebagai mangkin dalam pembuatan getah dimana getah digunakan secara
meluas dalam kehidupan kita iaitu sebagai tayar kereta, sarung tangan getah dan sebagainya.
Namun tanpa natrium sebgai mangkin maka proses pembuatan getah akan berkurang dan
lambat. Selain itu, natrium juga merupakan bahan utama dalam pembuatan lampu dan lampu
digunakan secara meluas untuk memberi cahaya pada keadaan gelap.
(https://www.scribd.com/document/11579771/Extraction-Properties-and-Uses-of-Sodium)

Rumusannya, eletrolisis banyak sumbangannya di dalam industri untuk menghasilkan


barangan harian utuk keperluan manusia sekarang. Di atas menyatakan kegunaan elektroisis
dalam menyadur logam seperti logam nikel dalam menyadur logam lain agar ciri fizikalnya
bertambah baik daripada keadaannya sebelum ini. Selain itu, pengekstrakan logam natrium
yang reaktif daripada bijihnya melalui elektrolisis dapat menyumbang logam natrium ke arah
industry lain dalam membuat bahan yang menggunakan natrium. Oleh itu kita perlulah
bersyukur dengan adanya elektorlisis sekarang dapat memberi kita kemudahan dalam
menjalani kehidupan seharian.
Rujukan

Atkins, S. &. (2010). Inorganic Chemistry. New York: W. H. Freeman and Company.
Gallager, R. M. (2000). Complete Chemistry. New York: Oxford.
Hardie. (1959). Electrolytic Manufacture of Chemicals from Salt. England: Oxford.
Kau, T. K. (2005). Ulangkaji Total Kimia Tingkatan 4&5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Robert H. Todd, D. K. (1994). Surface Coating. New York: Industrial Press.

Rujukan Internet
(https://chem.libretexts.org/Bookshelves/Analytical_Chemistry/Supplemental_Modules_(Anal
ytical_Chemistry)/Electrochemistry)

(https://www.youtube.com/watch?v=Rt7-VrmZuds)

(https://www.researchgate.net/figure/Schematic-illustration-of-nickel-electroplating-
bath_fig1_257085901)
(https://www.electro-coatings.com/sulfamate-nickel-coating.php)
(https://meteogelo.com/peralatan-elektrik-pencahayaan-pencahayaan/penyaduran-nikel-di-
rumah/)

(https://www.alamy.com/stock-photo-halite-nacl-sodium-chloride-salt-searles-lake-california-
usa-an-ore-33423252.html)
(https://chem-guide.blogspot.com/2010/04/sodium-occurrence-extraction-from-downs.html)
(https://www.scribd.com/document/11579771/Extraction-Properties-and-Uses-of-Sodium)

(https://dokumen.tips/documents/kimia-tingkatan-4-bab-6-elektrokimia.html)

(https://www.sharrettsplating.com/coatings/nickel)

(https://www.electro-coatings.com/sulfamate-nickel-coating.php)

(https://www.sharrettsplating.com/coatings/nickel)

You might also like