You are on page 1of 4

Soalan :

1. Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya sama dengan pengurangan jisim di elektrod yang satu lagi. Jelaskan mengapa terdapat sedikit perubahan kecil bagi kedua-dua nilai ini di dalam eksperimen yang telah dijalankan. Perbezaan tersebut disebabkan oleh kuantiti ion Cu 2+ yang ditarik untuk dinyahcaskan di elektrod katod adalah lebih daripada kuantiti ion Cu dibebaskan oleh elektrod anod. Selain itu, kuantiti ion Cu mungkin hilang sedikit ketika dibasuh dengan propanon.
2+ 2+

yang

terenap di katod

2. Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Cu (p) Cu2+ + 2eCu2+ + 2e- Cu (p)

Anod : Katod :

[ Pengoksidaan ] [ Penurunan ]

3. Nyatakan dan jelaskan dua cara untuk memperbaiki ketepatan keputusan yang diperoleh.

Untuk mendapatkan keputusan yang tepat iaitu menyamakan nilai pemalar Avogadro dengan nilai teori, eksperimen perlu berakhir tepat pada masanya. Suis perlu ditutup sebaik sahaja masa pada jam randik dimulakan. Selain itu, semasa membasuh kepingan kuprum selepas 30 minit itu, kita perlu berhati-hati dan tidak terlalu lama membasuhnya supaya tidak banyak berlaku kehilangan zarah kuprum yang terenap terutamanya pada katod. Di samping itu, arus kecil harus digunakan ketika proses elektrolisis iaitu tidak lebih daripada 1 voltan supaya enapan dapat terbentuk dengan perlahan dan lebih baik.

4. Selain daripada mengukur nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan dua kegunaan proses elektrolisis dalam industri.

A. Pengekstrakan logam

Proses ini ialah proses mengekstrak logam daripada bijih logamnya. Contohcontoh logam yang boleh diekstrak daripada bijihnya melalui proses elektrolisis ialah logam natrium, kalium, magnesium dan aluminium. Banyak tenaga yang perlu digunakan dalam proses ini menyebabkan proses ini menjadi mahal. Contohnya, aluminium dapat diekstrak dari bijih bauksit (aluminium oksida) :

Katod : Al3+ + 3eAl

Anod: 202O2 + 4e-

Dalam proses ini, elektrod karbon digunakan sebagai anod dan katod. Seterusnya, aluminium oksida digunakan sebagai elektrolit dan aluminium akan terlebur ke bawah membentuk mendakan.

B. Penyaduran logam

Penyaduran logam bertujuan untuk mencantikkan barangan atau alatan atau menjadikannya lebih tahan terhadap kakisan. Kromium, argentum, dan nikel biasanya digunakan untuk tujuan ini. Penyaduran logam juga dikenali sebagai pengelektrosaduran. Barangan atau peralatan yang hendak disadurkan dijadikan katod. Anod adalah logam saduran yang tulen dan elektrolit ialah larutan yang mengandungi ion logam saduran. Contoh penyaduran logam ialah penyaduran logam argentum kepada sudu besi.

Sudu menjadi katod dan logam argentum dijadikan anod. Elektrolit yang digunakan pula ialah larutan argentums nitrat. Pada akhir eksperimen, sudu menebal kerana satu lapisan argentums berkilau terbentuk. Hal ini kerana ion argentums dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam argentums. Anod pula menjadi nipis kerana anod argentums melepaskan elektron menjadi ion argentums. Kepekatan larutan argentums nitrat tidak berubah.

Kesimpulan : Nilai pemalar Avogadro boleh ditentukan dengan menggunakan proses elektrolisis.

RUJUKAN Zainida. (2011, Julai 18). Penyaduran Logam. Retrieved Mac 15, 2013, from http://cikguzainida.blogspot.com/2011/07/penyaduran-logam.html

Zhiq. (2000, Ogos 13). Elektrolisis. Retrieved Mac 15, 2013, from Discovery Science Centre: http://zhiq.tripod.com/science/elektrolisis.htm

You might also like