You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

UNIT KOKURIKULUM
Nama Pelajar : WAN MUHAMMAD NAFIZ BIN WAN NOR AZLI JASMI
Angka Giliran : 2018172340080
No Kad Pengenalan : 990720035187
Kumpulan/Unit : G4.3
Kod Kursus : MPU 3081
Nama Kursus : PERSATUAN
Nama Pensyarah : EN. LUQMAN HAKIM BIN HARUN
Tarikh Hantar : 19 MAC 2020
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
Tugasan 2 : Kajian Kes (40%) – individu

1. Tajuk
Proses Penubuhan Dan Pelaksanaan Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit
Jawa (SKBJ).

2. Pengenalan
Persatuan Sains SKBJ merupakan sebuah persatuan yang aktif dalam
mengaplikasikan kemahiran serta pengetahuan sains dalam kalanagan murid SKBJ
bagi persiapan kearah pemikiran secara saintifik dan kritis. Ia menfokuskan kepada
murid yang murid tahap 2 iaitu bermula sejak murid berada di Tahun 4. Persatuan ini
merupakan sebuah kelab yang menjadi pilihan murid di sekolah ini kerana aktivitinya
yang menarik serta guru yang sangat bijak dalam menghasilkan aktiviti aktiviti menarik
setiap minggu. Persatuan ini merupakan antara persatuan yang terawal wujud di
sekolah ini iaitu sejak penubuhan sekolah ini pada 2002. Kelab ini juga telah
dirasmikan oleh guru besar yang pertama iaitu En. Smith Akant pada 23 Sept 2003
setelah pentadbiran sekolah berjalan secara lancar.

3. Objektif
Antara objektif penubuhan persatuan adalah untuk :
i. Membantu murid meningkatkan kemahiran saintifik.
ii. Meningkatkan minat murid untuk menguasai matapelajaran Sains dengan
kaedah yang pelbagai iaitu eksperimen, demonstrasi, eksplorasi serta aktiviti-
aktiviti berkumpulan.
iii. Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti
dalam kerja berpasukan.
iv. Memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dengan rakan baharu
di sekolah.

4. Sejarah Penubuhan Persatuan

Pada tahun awal 2003, SKBJ merupaka sebuah sekolah yang berada di
pedalaman di negeri Kelantan. Murid-murid di sekolah tersebut adalah kebanyakan
daripada kampung yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Pada permulaan
sebelum penubuhan persatuan, murid-murid hanya hadir ke sekolah pada sesi
pembelajaran. Kebanyakan kelas hanya mempelajari Sains secara teori dan tidak
dilakukan praktikal dek kerana bilangan makmal yang terhad manakala bilangan kelas
yang banyak untuk menggunakan makmal tersebut. Maka, murid tidak memahami
seratus peratus akan pembelajaran sains kerana teorinya yang sangat abstrak oleh
murid memeikirkannya di minda mereka. Matapelajaran sains menjadi antara
matapelajaran yang mempunyai purata markah yang rendah di sekolah tersebut.
Guru penasihat yang pertama dilantik adalah dari kalangan guru sains di
sekolah berkenaan. Cikgu Nora atau nama betulnya Cikgu Noraini menjadi individu
yang mengatur gerak langkah perjalanan kelab ini. Di bawah kendaliannya, matlamat
utama penubuhan kelab ini menjadi kenyataan. Murid-murid di sekolah SKBJ telah
mencipta perubahan kepada nama baik sekolah apabila keseluruhannya lulus dalam
matapelajaran sains dan meningkat dalam peka. Antara aktiviti yang menjadi aspek
perubahan pemikiran murid-murid adalah demostrasi, eksperien ringkas, eksplorasi
sians di sekitar sekolahyang telah menarik minat murid untuk mendalami dan meminati
matapelajaran Sains.

5. Aktiviti-aktiviti di dalam Persatuan Sains SKBJ

BIL AKTIVITI OBJEKTIF

Mesyuarat Agong Pertama Melantik AJK persatuan untuk menerajui persatuan pada
1
2018 tahun ini.

Menguji pengetahuan asas murid tentang konsep sains


2 Peristiwa Bercanggah
dan membetulkan konsep bercanggah mereka

Konsep ‘treasure hunt’ diambil tetapi checkpoint ditukar


3 Eksplorasi Sains
kepada permainan sains yang mudah.

Pengajaran melukis radas Membantu murid dalam teknik melukis radas dengan
4
dengan betul betul untuk kegunaan dalam peperiksaan.

Memberi pendedahan kepada murid di sekolah lain


5 Bengkel Modul 10 minit
tentang pelaksanaan modul 10 minit.

Merangsang deria murid dengan aktiviti eksperimen


6 Eksperimen
daripada beberapa tajuk

Setiap kumpulan mnunjukkan satu konsep sains melalui


7 Demonstrasi
demostrasi untuk semua ahli persatuan

Membuka gerai jualan untuk menjana pendapatan kelab


8 Jualan hari keusahawanan

Strategi kewangan
Antara strategi kewangan yang dijalankan oleh persatuan untuk meningkatkan sumber
kewangan dan pendapatan persatuan ialah kutipan yuran tahunan kepada ahli. Yuran
yang dikenakan adalah sebanyak RM15.00 dan boleh dibayar secara ansuran. Yuran ini
adalah bertujuan untuk membeli bahan bantu mengajar serta bahan makmal kepada
murid supaya minat meraka semakin bertambah kerana pelbagai aktiviti menarik dapat
dilaksanakan. Yuran ini akan diuruskan oleh bendahari kelab dan duit yang dikumpulkan
akan diserahkan kepada guru penasihat serta duit keluar masuk kewangan akan dikemas
kini kepada bendahari kelab. Guru penasihat dan guru bimbingan juga dikenakan yuran
tahunan seperti guru penasihat.

Seterusnya, pendapatan kelab ini juga adalah bersumberkan kepada Hari


Keusahawanan yang dijalankan sekali setahun. Guru-guru dan ahli jawatan kuasa akan
bekerjasama untuk menjual makanan dan minuman di gerai jualan bagi menambah
sumber pendapatan kelab. Segala modal yang digunakan adalah bersumberkan wang
PIBG yang diedarkan kepada setiap kelab dan penambahan daripada guru kelab Bahasa
Melayu. Keuntungan bersih bagi jualan pada haru tersebut akan dimasukkan ke dalam
tabung kewangan kelab Bahasa Melayu.

Di samping itu, guru persatuan sains mengambil inisiatif untuk mengambil tugas
sebagai penggubalan soalan dalam negeri yang dibayar oleh kerajaan atas usaha
penggubalan soalan tersebut. Soalan juga digunkan untuk sekolah dan peratuan ini
sendiri untuk aktiviti persatuan ini sendiri.

Seterusnya, pendapatan kelab ini juga adalah bersumberkan kepada Hari


Keusahawanan yang dijalankan sekali setahun. Guru-guru dan ahli jawatan kuasa akan
bekerjasama untuk menjual makanan dan minuman di gerai jualan bagi menambah
sumber pendapatan kelab. Segala modal yang digunakan adalah bersumberkan wang
PIBG yang diedarkan kepada setiap kelab dan penambahan daripada guru kelab Bahasa
Melayu. Keuntungan bersih bagi jualan pada haru tersebut akan dimasukkan ke dalam
tabung kewangan persatuan Sains.

Selain itu, penjanaan kewangan ini adalah melibatkan tenaga kerja guru yang sangat
dedikasi. Guru penasihat persatuan Sains mengambil inisiatif untuk memberikan tusyen
matapelajaran sains bagi murid yang tinggal berdekatan. Guru-guru sains akan membawa
turut menjadi guru tusyen ini. Bayaran yang sangat munasabah dikenakan oleh murid-
murid ini dan disambut baik oleh ibu bapa di luar. Guru penasihat mengambil peluang
untuk menjana pendapatan dengan mengambil RM 15 untuk satu bulan kelas tusyan yang
dilaksanakan.

Di samping itu, guru panitia mengambil langkah untuk sentiasa meminta dana
daripada agensi-agensi sains yang besar seperti Pusat Sains Negara, NASA Malaysia
dan sebagainya. Walaupun dana yang diperolehi tidak selalunya berbentuk wang tetapi
diberikan kit pengajaran masih membantu guru untuk menghasilkan aktiviti yang menarik
beradasarkan barangan yang diberikan

6. Analisis SWOT
Persatuan Sains SKBJ merupakan satu persatuan yang menjalankan serta
menguruskan sumber keluar masuk kewangan dengan baik dan berkesan. Hal ini
kerana, terdapat pelbagai sumber yang berjaya diperoleh oleh persatuan tersebut bagi
meningkatkan sumber kewangan bagi menampung segala aktiviti yang dijalankan.
Antaranya ialah yuran tahunan, jualan hari keusahawanan, penggubalan soalan, kelas
tusyen dan dana agensi luar.

Antara kekuatan dari aspek strategi kewangan ialah persatuan mampu menjana
pendapatan yang tinggi pada setiap tahun melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap
aktiviti yang dilaksanakan untuk menjana kewangan kelab ini adalah bersifat
berterusan dan tidak menumpukan kepada sesuatu majlis yang mampu menanggung
risiko besar. Setiap aktiviti bagi menjana kewangan untuk persatuan ini tidaklah
memerlukan kemahiran yang tertentu dan mampu dikuasai oleh murid-murid. Setiap
guru penasihat hendaklah mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sekurang-
kurangnya satu aktiviti yang telah dinyatakan. Aktiviti penjana kewangan untuk kelab
ini tidak akan menanggung risiko kerana kelab tidak perlu untuk menyimpan stok yang
banyak dan tidak akan berlaku pembaziran. Yuran tahunan untuk kelab ini adalah
pendapatan yang tetap dan ia tidak akan berkurang walaupun tiada program penjana
kewangan berlangsung.

Seterusnya, untuk kelemahan strategi kewangan persatuan Sains SKBJ ialah ia


tidak memerlukan tenaga kerja pada skala yang besar. Mungkin akan terdapat
segelintir murid yang akan bersikap sambil lewa dan tidak mengetahui sebarang
aktiviti penjana kewangan kerana tidak ikut serta dalam menjalankan aktiviti ini. Untuk
jualan akhbar, mungkin akan terdapat kesusahan kepada guru untuk mendapatkan
bekalan kerana ia akan dihantar ke sekolah pada hari akhbar diserahkan. Kelewatan
dan masalah penghantaran akhbar akan menyebabkan murid menggunakan duit
untuk aktiviti yang tidak bermanfaat seperti membeli mainan serta berkemungkinan
dicuri di sekolah. Persatuan Sains boleh dikenakan tindakan kerana menyarankan
murid membawa duit lebihan ke sekolah.

Di samping itu, bagi aspek peluang, aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk semangat
keusahawanan yang tinggi dalam diri murid-murid di sekolah serta mengembangkan
pemikiran murid-murid untuk menjana pendapatan di dalam persatuan. Pengalaman
dalam mengendalikan gerai jualan mampu menjana idea kreatif untuk menarik minat
pelanggan untuk datang ke gerai. Sebagai contoh, murid menghias gerai jualan
menggunakan riben, bunga palsu dan aksesori lain seperti buah hiasan bagi
menceriakan gerai. Murid juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang
pengendalian gerai dan menguruskan duit keluar masuk semasa jualan.Selain itu
dengan memperolehi barangan atau kit daripada agnesi luar dapat memotong dana
untuk beli barangan baharu bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Hubungan dua hala
seperti ini mampu membuka peluang untuk SKBJ menjadi sekolah pilihan bagi agensi
luar mempercaya barangan mereka kerana aktif melaksanakan aktivti yang menarik
dan berkesan.

Akhir sekali, ancaman yang perlu ditangani dan dihadapi oleh Persatuan Sains
SKBJ ialah jumlah pendapatan kewangan kelab ini adalah berskala kecil. Pendapatan
seperti ini sukar bagi sesebuah kelab untuk menganjurkan program yang melibatkan
penglibatan luar seperti pertandingan, bengkel untuk mengembangkan potensi murid
bagi mencapai objektif penubuhan kelab. Strategi kewangan ini dilihat sesuai untuk
sekolah pada skala yang lebih kecil di mana aktiviti kelab ini adalah sedikit untuk
tempoh setahun. Selain itu, kesemua strategi pendapatan persatuan Sains ini hanya
menfokuskan kepada penjanaan kewangan melalui murid. Murid menjadi penjana
utama kepada pendapatan persatuan ini. Guru tidak boleh meletakkan sebarang
matlamat untuk menjana pendapatan yang tinggi kerana faktor ekonomi setiap
keluarga.

Kesimpulannya, kajian kes yang dijalankan terhadap Persatuan Sains SKBJ


didapati dapat menjana sumber kewangan melalui saluran yang betul dan sah. Oleh
itu, persatuan ini adalah sesuai untuk ditubuhkan di sekolah bagi murid-murid di SKBJ
kerana dapat mendatangkan pelbagai manfaat dari pelbagai aspek sama ada dari segi
pemantapan matapelajaran Sains serta menonjolkan ciri keusahawanan dalam diri
murid-murid. Strategi kewangan kelab ini mampu memberikan faedah yang banyak
kepada persatuan Sains SKBJ untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

You might also like