You are on page 1of 10

IPG KAMPUS BATU LINTANG

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 4 Ambilan Jan 2012

PROGRAM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TUGASAN KOKURIKULUM: KELAB DAN PERSATUAN WAJ 3113

NAMA PELAJAR: NO. MATRIK KUMPULAN TARIKH PBS TARIKH SERAHAN

: : : : :

ADELINE LAU JIA PEI 201006146 PISMP BC1 JAN 2012 19 - 23 OGOS 2013 02 SEPT 2013

Senarai Kandungan

BIL.

PERKARA Konsep, Matlamat dan Strategi Pelaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum Takwim / Perancangan dan Pelaksanaan Struktur dan Organisasi Fungsi Majlis Kokurikulum Senarai nama guru penasihat dan pelajar Perlembagaan Persatuan Pengakap

MUKA SURAT

a.

1-2

b. c. d. e. f. g. h. i.

3-5 6 7 8

9 Kegiatan yang pernah dikelolakan Aktiviti yang dijalankan Saranan Tindakan Penambahbaikan 10

a) Menganalisis konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan kokurikulum komponen Kelab dan Persatuan Peringkat Sekolah. Konsep Pelaksanaan Kokurikulum komponen Kelab dan Persatuan Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Pada asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang pendidikan, setiap murid harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Gerak kerja ko-kurikulum boleh menyediakan pengalaman-pengalaman tertentu bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial serta rohani mereka. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan ahli masyarakat adalah perlu berasaskan kepada anggapan bahawa: Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Semua murid mempunyal minat dan bakat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri. Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

Matlamat Pelaksanaan Kokurikulum komponen Kelab dan Persatuan Matlamat penubuhan sesebuah Persatuan / Kelab di sekolah adalah untuk menggalakkan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain yang berasal daripada pelbagai latar belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan membolehkan seseorang pelajar untuk mencapai kemahiran di dalam sesuatu bidang atau hobi. Persatuan / Kelab dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:-

(i) Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran Bertujuan untuk memupuk serta menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran (ii) Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi Bertujuan untuk menarik minat dan memberi pengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu

Strategi Pelaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum Memperseimbangkan gerak kerja ko-kurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya adalah proses pendidikan yang saling melengkapi. Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam dan kelab / persatuan serta mempelbagai gerak kerja ini termasuklah gerak kerja sukan bagi tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. Melibatkan murid atau pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja. Merancang gerak kerja kokurikulum yang teliti dengan menetapkan matlamat - matlamat yang hendak dicapai. Merekod dan menilai segala gerak kerja dan kemajuan yang dijalankan dan dicapai. Mengadakan penilaian secara berterusan dan memberi penghargaan kepada murid dan pihak-pihak lain dari semasa ke semasa.

b) Takwim/ Perancangan dan pelaksanaan Kelab Bahasa Cina SJK Chung Hua No.2

c) Struktur dan Organisasi Kokurikulum SJK Chung Hua No.2

d) Fungsi Majlis Kokurikulum dan Unit Beruniform 1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun. 2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN. 3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat

kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru. 4. Mengenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah. 5. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 6. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acaraacara anjuran sekolah ,daerah dan negeri. 7. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-masing. 8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang disertai oleh unit masing-masing. 9. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan dengan keadaan yang baik. 10. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab /

persatuan sekolah. 11. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-masing. 12. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod. 13. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod. 14. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan. 15. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

e) Senarai nama guru penasihat dan pelajar Guru Penasihat : Cikgu Wong Chew Chin

Senarai nama ahli: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Yung Jian Kai Bong Zhi Ning Chloe Pui Xin Lin Irvin Hiu Kang Cherng (P. Ketua) Clarissa Wong Sze Yun Shaun Queenton Chin Jian Ming Darren Tan Yann Wee Clement Vong Chun Lok 26. Ivy Vun Jin Ying 27. Queenie Ling Zhong Ni 28. Sam Wong Zhen Ann 29. Serene Choo Xin Ying 30. Yow Ying Yan 31. Alva Ting Hie Yii

10. Voon Yik Chuan 11. Ang Wen Xuin 12. Bong Yung Zheng 13. Joey Boon Qi Sze 14. Jong Sheng Fang 15. Tristan Bong Guan Ming 16. Elleen Lo An Qi 17. Veroan Wee Zhing Sheng 18. Kok Shun Jie 19. Darren Liew Zhi Ming 20. Jee Chee Loon 21. Jong Hock Shin 22. Jenaro Feliano 23. Bong Yiaw Jie 24. Boon Kai Sing (Ketua) 25. Chua Zhi Yeun .

f)

Perlembagaan Pertubuhan

g) Kegiatan yang pernah dikelolakan oleh Kelab Bahasa Cina SJK Chung Hua No.2 Kelab Bahasa Cina sekolah ini tidak pernah mengelolakan aktiviti di sekolah. Walau bagaimanapun, kelab ini banyak menghantar murid untuk menyertai pertandingan Bahasa Cina seperti pertandingan bercerita, syarahan, Quiz Bahasa Cina dan lain-lain.

h)

Pemerhatian aktiviti Persatuan Pengakap - Perjumpaan Mingguan

Guru penasihat mengambil kehadiran.

Sesi perbincangan.

Murid sedang menjalankan aktiviti.

i) Saranan tindakan penambahbaikan Melalui interaksi dengan Penolong Kanan KK, Puan Marry, saya berpendapat bahawa pelaksanaan dan pengelolaan kegiatan unit kokurikulum di SJK Chung Hua No.2 adalah agak memuaskan terumatanya dalam bidang sukan dan permainan. Walau bagaimanapun, melalui interaksi bersama Puan Wong yang bertugas sebagai guru penasihat Kelas Bahasa Cina, saya mendapati bahawa aktiviti kurang dianjurkan. Semasa aktiviti kokurikulum berlangsung, saya berasa Puan Wong merupakan seorang guru yang amat bertanggungjawab. Beliau menyediakan aktiviti Bahasa Cina yang boleh mencabar fikiran ahli. Bukan itu sahaja, beliau menggunakan kaedah dan strategi pengajaran seperti inkuiri penemuan dan pengajaran secara koperatif dan kolaboratif. Beliau memberi peluang kepada murid untuk mencuba sesuatu yang baru secara berkumpulan. Puan Wong juga merupakan seorang guru yang amat memahami keperluan murid. Beliau mengendalikan permainan berunsur Bahasa Cina yang membolehkan ahlinya mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka dapati dalam sesi persekolahan. Saya berasa semangat Puan Wong adalah amat baik untuk dicontohi. Keadaan ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk menimbulkan motivasi intrinsik murid mengenai sesuatu bidang. Dengan aktiviti yang menarik seperti permainan bahasa, murid akan lebih berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan mata pelajaran ini. Walaupun aktiviti kelab adalah agak menarik, saya bercadang agar Puan Wong boleh memberi peluang kepada murid untuk menganjur aktiviti atau pertandingan bahasa. Hal demikian membolehkan bakat murid sebagai seorang pemimpin ditunjukkan dan diasuh. Dengan latihan sebergini sejak sekolah rendah, saya percaya bahawa kita akan dapat menghasilkan bakal-bakal pemimpin yang dapat membantu dalam kemajuan negara,

You might also like