You are on page 1of 15

PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH

OLEH: EN. MAZLAN BIN HJ. JUNAIDI

DI AKHIR PELAJARAN ANDA SEPATUTNYA DAPAT :


1) Menjelaskan konsep, objektif, matlamat dan falsafah gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. 2) Menerangkan komponen dan jenis-jenis gerak kerja kokurikulum yan dilaksanakan di sekolah. 3) Menyenaraikan strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah. 4) Membuat satu carta struktur organisasi kokurikulum di sekolah.

1. KURIKULUM
Kurikulum bermaksud aktiviti,proses dan isi kandungan P&P terancang yang dilaksanakan di bilik darjah. Kokurikulum bermaksud aktiviti,proses dan isi kandungan P&P terancang yang sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah.

SOALAN KBKK

Adakah anda setuju bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah telah membawa kepada kejayaan cemerlang kepada negara dalam bidang sukan?

DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH.


Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi JERI serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

IMPLIKASINYA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum sekolah adalah wajib (Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali di bawah penalti Am. ( Sekeyen 135 Akta Pendidikan 1996 )

Penyertaan murid dlm kegiatan kokurikulum di sklh adalah wajib:


Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurang dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab atau satu kegiatan sukan atau permainan. ( Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 KP (BS)8591/JldII(29) ).

MATLAMAT KOKURIKULUM
Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda. Meningkatkan disiplin pelajar Menyediakan pendidikan tidak formal Menanam an memupuk kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar Menyumbang usaha membina iklim,budaya dan empat yang menarik serta menyeronokkan Menyeimbangkan perkembangan intelek denga perkembangan jasmani, rohani dan emosi Mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah

2. PENEKANAN KOKURIKULUM:
Aspek : Nilai, Bakat, Peranan, Kepimpinan, Dan Sosial.

3. KURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN


Sesetengah persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam dan PBSM mempunyai kurikulum tersendiri. Con: Pengakap mempunyai kurikulum mengikut unit, iaitu Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-kanak.

4. FALSAFAH PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


Perimbangan antara jasmani, emosi,intelek dan rohani di kalangan pelajar. Pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan. Pelajar boleh dididik dan mendidik diri sendiri. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar untuk keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab mendidik pelajar.

OBJEKTIF PELAKSANAAN KOKURIKULUM DIHARAPKAN PELAJAR DAPAT:


a)Dibentuk sifat-sifat seperti percaya kepada tuhan, beradab dan bertatasusila,
b)Taat, bertanggungjawab, jujur, dapat mengawal diri dan emosi, c) tolong-menolong, menjaga kebersihan, kasih sayang, bertimbang rasa dan bertolak ansur d) bercita-cita, gembira, mempunyai keyakinan diri dan cekal hati, berfikiran tajam, logik dan rasional, berdikari serta berkreatif.

7. STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


a) Melantik pegawai sepenuh masa menyelia di peringkat KPM sehingga ke sekolah. b) Mengeluarkan arahan dan pekeliling dari masa ke semasa. c) Struktur pengurusan kokum dikemas kini.

8. BEBERAPA PERKARA PERLU DITELITI SEMASA MERANCANG AKTIVITI KOKUM DI SEKOLAH


a) Mengutamakan aktiviti melibatkan penyertaan lebih amai

pelajar. b) Melaksanakan gerak kerja kokum yang pelbagai corak. c) Berusaha melaksanakan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah. d) Melaksanakan aktiviti yang menyemai nilai murni. e) Merancang pelaksanaan kokum berdasarkan blueprint.

9. KAJIAN YG LALU MENDAPATI BAHAWA:


Pelajar aktif dalam bidang tertentu sahaja. Penyertaan pelajar dalam kukom bergantung pada peraturan sekolah yg dikenakan ke atas mereka. Keaktifan pelajar bergantung pada minat, guru yang terlatih, galakan dan dorongan drp pihak sekolah, kejayaan pelajar terdahulu dalam kokum, penglibatan aktif guru dalam gerak kerja kokum, kemudahan fizikal dan kewangan sekolah serta sikap ibu bapa. Penyertaan pelajar dalam kokum tidak mengganggu akademik mereka

10. BIDANG-BIDANG DALAM KOKUM MELIPUTI: - Unit Beruniform pakaian seragam Persatuan dan kelab terbahagi kepada 2 : berasaskan akademik dan minat, perkhidmatan, kecenderungan dan hobi seperti pusat sumber sekolah, koperasi, bimbingan dan kaunseling, PRS. - Sukan dan permainan 11. Dua jawatan kuasa pelu ditubuhkan di sekolah bagi melicinkan pengurusan kokum. Iaitu jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatan kuasa pelaksanaan kokurikulum. 12. Jk kokurikulum sekolah menyediakan polisi pelaksanaan kokum berpandukan arahan dan pekeliling oelj kpm. Jk pelaksanaan kokum melaksanakan polisi yg ditentukan oleh jk kokurikulum sekolah.

13. Pentadbiran sekolah/JK Kokurukulum Sekolah perlu:


a) Memahami akta, surat pkeliling ikhtisas&praturn am. b) Jk Kokum Sekolah mengadakan mesyuarat bagi merancang dan mengagihkan tugas guru-guru. c) Sumber&pralatan dsimpan&diuruskn dgn sistematik. d) Menyediakan jadual waktu kokum&disebarkan luas kepada guru srta pelajar. e) Gerak kerja kokum lebih berkesan jika dilaksanakan secara sistem berkelompok. f) Kedatangan setiap pelajar dlm aktiviti kokum dicatat. g) Ketua penasihat perlu menyediakan laporan bertulis setiap kali mengadakan aktiviti kokum. h) Pengiktirafan prlu diberikan kepada pelajar dan guru yang cemerlang dalam kokum. g) komponen utama yg mendorng kejayaan&keaktifan sesebuah persatuan, iaitu Guru/Jurulatih, Pentadbir&pelajar.

15. TUGAS SEORANG GURU PENASIHAT / JURULATIH :


Memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada JK pelajar. Melaksana dan menentukan polisi KPM, Pejabat Pelajaran Negeri, Pejabat Peajaran Daerah dan sekolah dilaksanakan dengan berkesan. Berperanan secara aktif semasa latihan, perjumpaan, perkhemahan dan sebarang aktiviti persatuan. Memberi maihat dalam mesyuarat JK dan mesyuarat agung persatuan. Menjadi pengantaraan antara pentadbir sekolah dengan pelajar.

You might also like