You are on page 1of 3

SULIT PKES3033

KUIZ
PKES3033 PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN

NAMA : Siti Aziemah binti Shamsudin KUMPULAN :PISMPPJ 2619

Jawab semua soalan.

1 Menurut Mazni Othman (2007) mendapati susu ibu adalah nutrien terbaik bagi bayi.
Huraikan kebaikan penyusuan ibu.
[ 5 markah]
Antara kebaikan penyusuan ibu ialah membekalkan nutrien yang terbaik
untuk bayi. Hal ini kerana, susu ibu mengandungi nutrien dalam kadar yang
mencukupi. Kandungan nutrien tertentu yang amat kritikal akan membantu
perkembangan otak bayi. Kandungan susu juga berubah mengikut keperluan
bayi yang sedang membesar. Selain itu, nutrien yang terdapat dalam susu ibu
terutamanya kolostrum, akan menguatkan sistem imuniti bayi. Kolostrum
akan membantu bayi untuk melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik
dalam sistem pencernaannya. Bayi yang mendapat kesemua nutrien yang
diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu ibu, disamping
mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.

2 Kemukakan ciri-ciri makanan yang sesuai untuk menjamin kesihatan warga emas.
[5 markah]

Antara ciri makanan yang sesuai untuk menjamin kesihatan warga emas
ialah makanan yang mengandungi kombinasi makronutrien, vitamin, mineral,
serat dan air untuk membekalkan nutrien yang mencukupi bagi golongan
warga emas. Keperluan makronutrien penting bagi menjamin kesihatan
warga emas kerana makronutrien merupakan nutrien yang membekalkan
kalori atau tenaga. Makronutrien juga terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
karbohidrat, protein dan lemak. Pengambilannya sangat penting bagi
membekalkan tenaga dan nutrien diperlukan untuk memelihara kesihatan
warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin juga penting bagi warga emas

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PKES3033

kerana warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami


kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah untuk mendapat
beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang. Warga
emas disarankan untuk mengambil vitamin dan mineral mengikut Saranan
Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Selain itu juga, pemakanan yang
mengandungi zink juga penting bagi mencegah pengurangan sensitiviti deria
rasa dan hidu. Kandungan zink boleh didapati dalam produk tenusu seperti
susu dan keju.

3 Perincikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan keracunan makanan


[ 5 markah]

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keracunan makanan ialah makanan


yang tercemar oleh bakteria yang berbahaya. Selain itu, makanan yang telah
dicemari oleh bahan asing seperti kaca, paku, batu, rambut juga telah menjadi
faktor-faktor kepada pencemaran makanan. Selain itu juga, makanan yang
mengandungi toksik atau racun semulajadi seperti yang terkandung pada
sesetengah jenis kulat, cedawan, makanan laut dan sebagainya. Tambahan
pula, makanan-makanan yang telah dicemari oleh bahan-bahan kimia seperti
racun seranggga, detergen, pencuci pakaian, cat dan lain lain.

4 Perincikan konsep makanan berkhasiat.


[ 5 markah]

Konsep makanan berkhasiat ialah pemakanan yang berdasarkan Piramid


Makanan Malaysia. Hal ini kerana, piramid makanan telah mempunyai panduan
yang betul bagi pengambilan makanan yang sesuai untuk mengkekalkan
kesihatan tubuh badan kita. Gaya pengambilan makanan yang seimbang
perlulah mengandungi nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan
garam galian yang betul. Dengan adanya pengambilan makanan yang seimbang
dan berkhasiat ini, maka badan akan memperoleh kandungan nutrient yang
mencukupi selari dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan.
Konsep makanan berkhasiat berteraskan piramid makanan juga dapat
mengelakkan tubuh kita daripada pelbagai penyakit kronik seperti obesiti,
masalah jantung, diabetes dan lain-lain. Oleh itu, jelaslah bahawa konsep

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PKES3033

makanan berkhasiat amat penting untuk difahami agar tahap kesihatan tubuh
badan dapat ditingkatkan.

KERTAS SOALAN TAMAT

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like