You are on page 1of 2

Soalan 1: Menurut Mazni Othman (2007) mendapati susu ibu adalah nutrien terbaik bagi bayi.

Huraikan kebaikan penyusuan ibu.


[ 5 markah]
Antara kebaikan penyusuan ibu ialah membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi.
Hal ini kerana, susu ibu mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungan
nutrien tertentu yang amat kritikal akan membantu perkembangan otak bayi. Kandungan
susu juga berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Selain itu, nutrien
yang terdapat dalam susu ibu terutamanya kolostrum, akan menguatkan sistem imuniti
bayi. Kolostrum akan membantu bayi untuk melawan jangkitan dan membentuk bakteria
baik dalam sistem pencernaannya. Bayi yang mendapat kesemua nutrien yang
diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu ibu, disamping mendapat
perlindungan daripada bakteria berbahaya.

Soalan 2: Kemukakan ciri-ciri makanan yang sesuai untuk menjamin kesihatan warga emas.

[5 markah]
Antara ciri makanan yang sesuai untuk menjamin kesihatan warga emas ialah makanan
yang mengandungi kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air untuk membekalkan
nutrien yang mencukupi bagi golongan warga emas. Keperluan makronutrien penting bagi
menjamin kesihatan warga emas kerana makronutrien merupakan nutrien yang membekalkan
kalori atau tenaga. Makronutrien juga terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein
dan lemak. Pengambilannya sangat penting bagi membekalkan tenaga dan nutrien diperlukan
untuk memelihara kesihatan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin juga penting bagi
warga emas kerana warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan
vitamin dan mineral serta lebih mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis,
anemia dan penyakit tulang. Warga emas disarankan untuk mengambil vitamin dan mineral
mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Selain itu juga, pemakanan yang
mengandungi zink juga penting bagi mencegah pengurangan sensitiviti deria rasa dan hidu.
Kandungan zink boleh didapati dalam produk tenusu seperti susu dan keju.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keracunan makanan ialah makanan yang tercemar oleh
bakteria yang berbahaya. Selain itu, makanan yang telah dicemari oleh bahan asing seperti
kaca, paku, batu, rambut juga telah menjadi faktor-faktor kepada pencemaran makanan. Selain
itu juga, makanan yang mengandungi toksik atau racun semulajadi seperti yang terkandung
pada sesetengah jenis kulat, cedawan, makanan laut dan sebagainya. Tambahan pula,
makanan-makanan yang telah dicemari oleh bahan-bahan kimia seperti racun seranggga,
detergen, pencuci pakaian, cat dan lain lain.

Konsep makanan berkhasiat ialah pemakanan yang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Hal ini kerana, piramid makanan telah mempunyai panduan yang betul bagi pengambilan
makanan yang sesuai untuk mengkekalkan kesihatan tubuh badan kita. Gaya pengambilan
makanan yang seimbang perlulah mengandungi nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, dan garam galian yang betul. Dengan adanya pengambilan makanan yang seimbang
dan berkhasiat ini, maka badan akan memperoleh kandungan nutrient yang mencukupi selari
dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Konsep makanan berkhasiat
berteraskan piramid makanan juga dapat mengelakkan tubuh kita daripada pelbagai penyakit
kronik seperti obesiti, masalah jantung, diabetes dan lain-lain. Oleh itu, jelaslah bahawa konsep
makanan berkhasiat amat penting untuk difahami agar tahap kesihatan tubuh badan dapat
ditingkatkan.

You might also like