You are on page 1of 6

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk

memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang


seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein
dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang
memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam
pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua
aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien
diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti
yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan
pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan,
obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang
seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah
mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-
jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke
dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50%
daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji
(tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam
bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein
sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas
pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi
daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya
lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di
dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara
purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga
mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada
penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada
pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan
unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti
hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia
juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia
membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein,
karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan
sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak
seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak
membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari
tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan
mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan
bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan
serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan
nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga
membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam
mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat
juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan
pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk


mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai
membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih
gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan


serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini
mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak,
termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak
kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan
normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien
seperti zat besi, kalsium, iodin.

Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-


kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh
menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan
mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum
adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan
lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap
jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil


terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam.
Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan
akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun
obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu
faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga
boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif
terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien
berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan
mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan,
tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti
vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan
ketoksikan.
Menurut Prof. Madya Norhashimah Hashim (2004), amalan pemakanan
berkhasiat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti pemakanan
mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta
kesihatan kanak-kanak pada masa depan. Peranan guru prasekolah bagi
menggalakkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak adalah
sangat penting. Hal ini adalah kerana, kanak-kanak perlu mendapat makanan
yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan yang tidak berkualiti
akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon, dan Siti Saleha samsuri (2006), Objektif
program nutrien kanak-kanak adalah merancang khidmat makanan. Ia
melibatkan penyediaan dan kelengkapan makanan berat dan ringan yang
berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada kepelbagaian makanan yang
disajikan. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat,
bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan
yang tinggi.

Oleh itu, peranan tadika amat penting dalam penyediaan diet yang
mengandungi nutrient yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan
makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat
memerlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka. Tambahan pula, pemakanan
seimbang dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada
jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak
yang sihat. Lantaran itu, menu untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang
terlebih dahulu demi menjaga kualiti makanan yang disediakan dan dihidangkan
oleh penyedia makanan.

You might also like