You are on page 1of 21

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA

DAN SUMBANGANNYA
DALAM TAMADUN ISLAM
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAHIRA BINTI ISMAIL
2009211392

ABSTRAK
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di
Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin
Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-
Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika
berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam
belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan
metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal
sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi
doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah
berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin
Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai
menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia
dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri.
Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau
yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul
Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di
dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam.
Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan
tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina
merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau
banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam
pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu,
Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau
adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan
tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu
khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam
mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah
mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti
Ibnu Sina.

PENDAHULUAN:
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai
nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.
Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di
Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina
merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M
1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah
bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi,
Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.
Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran
dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula
belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah
menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun.
Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang
mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji
bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik,
politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat
meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga
lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di
Bukhara.

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya
menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah
dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan
tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah
diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat
kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan
dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di
perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan
Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla
dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Rais iaitu guru para raja. Dalam bidang
kedoktoran, beliau digelar pangeran para doktor dan raja ubat.
Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran.
Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali.
Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan
dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh
Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku.
Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya
tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah
satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan
kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi
rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul
Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang
perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti
Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford
di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina
dinyatakan bahawa darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran
dan tidak pernah berhenti. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18
Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasail,
iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-
Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup;
dan Risalah al Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan.
Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya
yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang
mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian
beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang
pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran
kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul
"Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater
Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut
termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit
Tibb.
Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan
ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu
ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam
diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina
juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan
kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang
terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham,
sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah
menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi.
Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya
dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang
perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya
melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama,
penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit
yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit,
jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan
(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya.
Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat
menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain
itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina
membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang
khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan
lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang
dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah
berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada
masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan
analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju
hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for
the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan.
Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan
menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah
merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak
mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga
banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah
menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut
telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di
Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu
Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti
pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau
iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina).
Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan
bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu
Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam
terutama dari segi ilmu perubatan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan
terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau
seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha
bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif
kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu
terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering
berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk
memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang
cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca
buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga
mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh
manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata
iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal
dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti
matematik, falsafah dan agama.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat
berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina.
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang
perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya
sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).


Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar
Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah.
Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:
1. Kitab Al Majmu , tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau
berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang
cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi
ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan
nama Sanatio.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang
sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir
terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak
zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya
perubatan cina.

Bab Mata dalam buku Qanun at thib.
4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-
sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara
pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh
manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat
unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa
bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu
diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara
pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-
benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus.
Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau
dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir
Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa Darah
mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences)
tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence)
buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan
Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica
menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan
di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).
Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah
digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis.
Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu,
Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia
Perubatan. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit
saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang
menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku
tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-
gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi
Ibnu Sina yang luas.
Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Perubatan
kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan
Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta
pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa
kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal,
namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan
berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.
Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus
meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia
dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa Kita boleh seperti
beliau, beliau boleh begitu juga kita. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita
tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau
tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang
barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai
kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.




Assalamualaikum w.b.t.

Seringkali kita diperkenalkan dengan ahli-ahli ilmuan Islam yang telah
memberi impak yang besar dalam kehidupan kita hari ini. Namun demikian,
kenalkah kita dengan mereka? Apabila kita diterjah dengan soalan-soalan
mengenai ilmuan Islam, kadang kala kita hanya mampu menyebut nama
mereka tanpa mengatahui dengan lebih dalam tentang sumbangan mereka
pada kita. Ayuh, kita mengenali serba sedikit mengenai ilmuan Islam ini.

Ibnu Sina


Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin
Ali bin sina.
Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980
Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
Beliau berasal daripada keturunan Turki.
Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun
1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan
Hamazan.
Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah
Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan
tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU SINA


Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu.
Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak
40 kali.
Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada
Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk
menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk
memohon petunjuk daripada Allah SWT.
Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu
naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun.
Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan
dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang
perubatan.
Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan
semua bidang ilmu
-Ibnu Sina-

PENDIDIKAN IBNU SINA


Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid,
ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-
Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu
sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu
perubatan.
Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul
sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN


Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat
pengiktirafan dunia.
Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa
Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali
Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang
perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah,
dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.
Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang
perubatan


-Penemuan penyakit baru serta puncanya.
-Pengaruh kuman dalam penyakit.
-Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.
-Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit
jiwadan seumpamanya
-Penemuan dalam bidang farmasi
-Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit.
-Ubat bius
-Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
-Mencipta picagari dan lain-lain



KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU
PERUBATAN


Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali
bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.
Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan
analisis.Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju
hingga ke hari ini.
Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit
danmenyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah
merawatnya.
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi
perkembangan ilmu perubatan moden.
Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah
muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan
peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh
dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu
penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih
cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN
PEMIKIRAN


Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti
falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains
politik.
Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For
Orental Studies di kaherah, Mesir.
Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-
karya Ibnu Sina)
Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di
Hungary telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna
College (Kolej Ibnu Sina)


Begitulah Ibnu Sina dikenali di Russia

Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak
memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak
menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib
menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina
merupakan orang yang pertama memperkenalkan method pemerhatian
dan anlisis dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai
seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/39653677/Ibnu-Sina-Bapa-Perubatan-
Dunia


BIODATA RINGKAS

Nama penuh Ibnu an-Nafis ialah Alauddin abu al-Hasan ali ibn abi al-
Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah
dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).Di
situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan,
termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-
Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini
termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim
ibn Ali al-Dakhwar dan Imran al-Israili.

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin Abu AL-
Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi
Usaibaah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang
kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya
berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital
inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital
berkenaan, sementara Ibn Abi Usaibaah menumpukan perubatannya
kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga
beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M) sewaktu umur beliau 80
tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn
al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu
kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau
dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa
beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam
yang ada.

SUMBANGAN

Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem
peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenals
ebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Selain itu juga Ibnu al-Nafis
juga melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau
meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.

i) Bidang Pembedahan

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan
pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah
percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan
denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu
al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat
dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah
seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam
tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam
tubuh manusia.

ii) Memerangi Wabak.

Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan
kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada
kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama
enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis.
Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk
di negara Mesir.

iii) Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.

Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam
syarahnya dalam kitab anatomi ibn Sina iniialah teori tentang
peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan darah
dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang
sebagai sistem sirkulasi pulmonari. Orang zaman dahulu
mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam
jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi.
Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani yang
mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung
menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.
Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan
Mesir kuno.

ManuskripSistem Peredaran Darah Kecil
Ibnu Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran
darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi
Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis ruang
jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu
Sina.

Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada
paru-paru. Dalam paru-paru, udara bertemu dengan darah. Darah itu
kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-
paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantung dan dari sini,
darah disebar keseluruh badan. Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-
Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini
menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-
paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah
mengasaskan teori sirkulasi pulmonari. Akan tetapi Ibnu al-Nafis
tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh
dalam waktu yang sama.

iv) Membina Sebuah Hospital

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah
ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru
di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan
perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad,
farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor.

Ibn Al-Nafis menjadi Pengarah pertama untuk Hospital Al-Mansouri yang dibina oleh Sultan Qalaoun al
Mansour, di Kaherah.

Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital.
Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya
dengan al-Mansuri.

Ibn Al-Nafis menjadi Pengarah pertama untuk Hospital Al-Mansouri
yang dibina oleh Sultan Qalaoun al Mansour, di Kaherah

KARYA ILMIAH

Sebagaimana para sarjana islam yang lain, Ibnu al-Nafis telah menulis
banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimana pun,
kebanyakannya telah hilang. Antara buku beliau yang masih ada
termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb tentang ensiklopedia
perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi, al-
Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang
mengatakan tentang pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan
terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-Risalah al-
Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah
hidup Nabi Muhammad.

Muka depan manuskrip Kitab Sharh Tashrih Al-Qanun yang diterbitkan semula (A Commentary on the
Anatomy of the Canon of Ibn Sina) ditulis oleh Ibn Al-Nafis (1210-1288 AD) dan mengandungi
penjelasan pertama tentang sistem peredaran darah dan penjelasan pertama tentang mengenai pembuluh
darah disamping beberapa penemuan asli yang lain
Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun.
FiI-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu
Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya
Aristotles tentang logik.

Muka depan manuskrip Kitab Sharh Tashrih Al-Qanun yang diterbitkan
semula (A Commentary on the Anatomy of the Canon of Ibn Sina)
ditulis oleh Ibn Al-Nafis (1210-1288 AD) dan mengandungi penjelasan
pertama tentang sistem peredaran darah dan penjelasan pertama
tentang mengenai pembuluh darah disamping beberapa penemuan asli
yang lain

Ibn-al-Nafis on the Art of Medicine (Circa 1280)
Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang
mewakili zamannya pada zaman iti. Beliau seorang yang mempunyai
pandangan yang luas dan juga berfikiran kreatif dalam membuat
kerjanya.di dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering
dilantik sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah.

Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat
meskipun yang paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau
seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang
lain.

Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia
adalah sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan
sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat
dalam sejarah tamadun Islam.

Sumber rujukan:
http://irfanirsyad.wordpress.com
http://historyindepth.com/ibn-al-nafis-and-the-blood-circulation
http://www.historyofinformation.com/expanded.php?id=1660
- See more at: http://waazin.blogspot.com/2012/11/ibn-nafis-tokoh-
perubatan-islam.html#sthash.hrl7LDAy.dpuf

You might also like