You are on page 1of 1

Latar belakang ibnu sina

Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain bin Abdullah bin Al-Hassan bin Ali bin
Sina, dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara,
Turkistan. Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna. Beliau merupakan
seorang yang berbangsa Parsi . Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada
masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390
Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan
Hamadan.
Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran
ketika berusia 10 tahun. Beliau mempelajari limu Fikah dan Tasauf daripada Ismail
Zahid,ilmu Hisab dan prinsip-prinsip Geometri daripada Mahmud Al-Masah, ilmu Falsafah
daripada Abu Abdullah Al-Natili serta ilmu Sains dan ilmu Astronomi daripada Al-Biruni.
Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia 16 tahun. Beliau Menguasai pelbagai bidang
ilmu seperti perubatan,falsafah dan sastera. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
sehingga dilantik sebagai perdana menteri.
Dalam sekitar satu hingga lima tahun selepas itu, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah
dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau
berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu
beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan
kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya
dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan
menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu
guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “Doktor Diraja” dan “raja ubat”.
Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran.
Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat
dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai
menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina
meninggal pada 428H/ 1037M ketika usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja
Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan, Iran. Kehilangan Ibnu Sina merupakan kehilangan
yang sangat besar kepada umat Islam terutama dari segi ilmu perubatan.

You might also like