You are on page 1of 5

Ibnu Sina Tokoh Perubatan Dunia

6 Replies

BIODATA / RIWAYAT HIDUP

Nama: al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina

Dikenali dibarat: Avicenna

Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi

Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan

Bangsa: Parsi

Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan

Usia ketika wafat: 57/58 tahun

IBNU SINA SEMASA KECIL

Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur
10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains
dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

PERIBADI IBNU SINA

Tekun mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40
kali.
Taat beragama

Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan
dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.

Pintar

Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.

Berinovatif

Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu
terutamanya perubatan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

1. Karya dalam Perubatan

Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti al-Qanun fi al-Tib, al-Adwiyah al-
Qalbiyyah, dan al-Alfiyyah al-Tibbiyyah. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti
Inggeris, Hebrew dan Latin.

Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap
sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat
pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke
dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang
berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini
menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah
diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa
Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis
seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan
rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut
sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada
abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan
Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan
digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di
seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan
Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga
mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di
dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan
pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan
menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.

2. Pencapaian Dalam Bidang Perubatan

** Penemuan penyakit baru dan puncanya

pengaruh kuman dalam penyakit

jangkitan virus seperti TB

Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

** Penemuan dalam bidang farmasi

menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit

menghasilkan ubat bius

** membangunkan teknologi perubatan

mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan

mencipta picagari

** kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan

memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku
berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di
Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul Al-Majmu yang
mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan
penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah,
mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah
dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-
karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk
Muallafat Ibnu Sina. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga
sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai Avicenna College.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia
ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.

Bidang Geografi

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-
sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah
membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu,
yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles.

Bidang Geologi, Kimia

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi.
Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi
sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat
dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda
logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis.
Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh
Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:

1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian
ilmu-ilmu rasional.

2.Bidang metafizika , Ilahiyyat (Ilmu ketuhanan)

3.Bidang psikologi , Kitab an-Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

4.Bidang sastera arab Risalah fi Asab Huduts al-Huruf ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya
huruf.

5.Bidang syair dan prosa Al-Qasidah al- Aniyyah syair-syair tentang jiwa manusia.

6.Bidang politik Risalah as-Siyasah (Book on Politics) Buku tentang politik.

KEWAFATAN IBNU SINA

Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina,
yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota
Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada
tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai Father of Doctor untuk selamanya-selamanya.
Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu
kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan
tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka
dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.

You might also like