You are on page 1of 6

http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/bagaimana-al-arqam-membina-network-bisnes.

html/

http://www.academia.edu/9924120/ISU-ISU_AKIDAH_IUS_4193_TAJUK_AL-
ARQAM_DI_SEDIAKAN_UNTUK_USTAZ_MOHD_FAIZ_HAKIMI_BIN_MAT_IDRIS_DI_SEDIAKAN_OLEH
_NUURUL_ATIYYAH_BINTI_ABDUL_RAZAK_023074_NORHUMAIRAH_BINTI_NAMAT_RAMLI_023058
_NOR_SAADAH_BINTI_TULUS_023068

http://pegangan-rufaqa.blogspot.my/

http://as-suhaime.blogspot.my/2014/06/arqam-rufaqa-global-ikhwan-hashim.html

http://rufaqa-sesat.blogspot.my/2006/06/asaari-dan-taqiyyah.html

https://books.google.com.my/books?
id=miyjWpt7gDwC&pg=PA1&lpg=PA1&dq=sejarah+penubuhan+al+arqam&source=bl&ots=gBDOdc6
Ouf&sig=RNHNuqrp4Lz1vPRDZDr2Dx_CSzY&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=sejarah
%20penubuhan%20al%20arqam&f=false

https:/s.com/2010/05/14/ustaz-ashaari-al-arqam-ke-rahmatullah//inijalanku.wordpres

https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=miyjWpt7gDwC&oi=fnd&pg=PR7&dq=gerakan+al-
arqam+1970&ots=gBDOff6Ozn&sig=_MOrS47SeTCP1dd_Ni9IJzMXOak&redir_esc=y#v=onepage&q=
gerakan%20al-arqam%201970&f=false

AL-AQRAM
-Neo-kebangkitan semula
-Sufi diilhamkan
-Berkembang keahlian kepada beribu-ribu bc pemimpin membawa pengikut mereka berharap
untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam
-Menggalakkan cara hidup Islam yang sahih dan meninggalkan gaya hidup moden dan
budaya hedonistik lain.

Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1992. Gerakan Islam Tradisional di Malaysia : Sejarah dan
Pemikiran. Kuala Lumpur: Kintan Sdn.Bhd. hlm
Farahwahida Yusof, 2007. Al- Arqam & Ajaran Aurad Muhammadiah : Satu Penilaian. UTM
: Skudai. Hlm
PENGENALAN
Al Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari
Muhammad bersama beberapa orang sahabat beliau pada tahun 1968 di Kampung Datuk
Keramat, Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah
mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh
Malaysia. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang
menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan
diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan
kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan,
perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad adalah bekas seorang guru Agama yang berkelulusan
Sekolah Menengah Maahad Hisyamuddin, Kelang Selangor dan meninggal dunia di Hospital
Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau,
Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.
SEJARAH
Nama Al-Arqam diambil daripada nama sahabat Nabi, Arqam bin Abi Arqam. Bermula
dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968, kemudian bertambah kepada 40
orang ahli (1976). Menurut Ann Wang Seng keahlian Al Arqam bertambah secara mendadak
pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 Al Arqam mencatat sekitar 5,000
hingga 6,000 keahlian. Bancian Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada
tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan
Melayu  (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan mendapat
perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di kawasan seluas 5 ekar di Kampung
Sungai Pencala, Damansara pada 1973-75.
Al Arqam telah berjaya mempengaruhi golongan Muda dan Dewasa yang berminat untuk
mengamalkan ajaran Islam. Pada Disember 1985, Al Arqam telah berpindah ke Kampung
sempadan, Karak, Pahang. Tempat ini dijadikan tempat kediaman tokoh-tokohnya dan tapak
Sekolah Al Arqam. Tapaknya di Sungai Pencala digunakan sebagai Pusat Operasi
Penerbitan dan ekonomi. Mengikut Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri,
Al Arqam tidak pernah berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan mempunyai
cawangan hampir di seluruh Negeri di Malaysia.
PIMPINAN AL-ARQAM
Berikut beberapa pemimpin kanan Al-Arqam yang menjadi tulang belakang kejayaan
pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 – 1994.
1. Ustaz Ashaari Muhammad – pengasas pertubuhan Al-Arqam
2. Ustaz Haji Abdul Halim Abbas – Timbalan Syeikhul Arqam
3. Akhbar Anang – Bekas Timbalan Ustaz Ashaari
4. Ustaz Mohktar Yaakob – sarjana syariah
5. Zabidi Mohamed – Penasihat undang-undangAl-Arqam II
6. Haji Hassan Mokhtar – Setiusaha Majlis Syuyukh
7. Khairil Anuar Ujang – Penasihat Undang-undang Al-Arqam I
8. Shuib Sulaiman – Mudir Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-
Arqam
9. Ibrahim Mohamad – Mudir Syukbah Mal (Kewangan) Al-Arqam
10. Jailani Kasmani – Setiausaha Akhbar Ustaz Ashaari
11. Khadijah Aam – Isteri Ustaz Ashaari
12. Khadijah Din
13. Pak Salleh
14. Ustaz Yusof Din – Timbalan Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-
Arqam.
AJARAN
Di antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi
yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup.
Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika
sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Ustaz Ashaari mengqiyaskan
(menganalogikan) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir.
CIRI-CIRI
Pegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ustaz  Ashaari Muhammad dan
pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah, ia merangkumi beberapa
perkara utama iaitu :
1) Manaqib dan Salsilah.
2) Aurad Muhammadiah.
3) Tahlil, Maulid Berzanji, Maulid Daiba`i dan Nazam amalan Syeikh Suhaimi.
4) Amalam Pencak Sunda (silat ghaib).
Perkara – perkara di atas terangkum dalam Tarikat Muhammadiah tetapi ltidak
menamakannya dengan Tarikat Muhammadiah sebaliknya lebih dikenali sebagai Aurad
Muhammadiah kerana pihak Al Arqam memberi alasan dan membuat pengakuan pada tahun
1979, bahawa Tarikat adalah suatu amalan yang mempunyai salsilah amalan kepada
Rasulullah SAW sedangkan Tarikat Muhammadiah tidak mempunyai hubungan salsilah ini,
ini adalah sebab utama  dinamakan sebagai Aurad sahaja. Aurad Muhammadiad bererti
Aurad yang diasas dan diamalkan oleh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi.
Isi kandungan aurad ini memberi ajaran dan fahaman tentang :
 Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa
Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda
Rasulullah saw di dalam Kaabah
 Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula
sebagai Imam Mahdi.
 Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan
setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
 Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis
yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu yang
diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat
dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
 Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila
diseru namanya.
 Ustaz Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang
mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
 Ustaz Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun
dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.
MELUASKAN PENGARUH
Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai
yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan
aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi
faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan
keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya.
Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah
pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-
Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia. Menurut laporan
Rufaqa`( 2007 ), kini mereka telah menguasai 700 buah projek perniagaan.
 Al-Arqam melebar luaskan sayap pengaruhnya dengan mengambil langkah yang drastik
dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan
menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak
syarikat milik Al-Arqam.
Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-
Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya
Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.
Delegasi ke Luar Negara menjadi agenda utama Al Arqam ketika  era antarabangsa untuk
mengaitkan Al Arqam dengan Organisasi Islam di Negara-negara terbabit seperti
TimuTengah dan Uzbekistan.
Al Arqam mengorak langkah ke Timur Tengah sehingga mendapat naungan di bawah
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah kerana Al Arqam antara komponen PPMM (Persatuan
Pelajar-pelajar Malaysia Mesir) iaitu sebuah Persatuan yang ditubuhkan oleh Kedutaan Besar
Malaysia di Kaherah pada tahun 1992.;
KRISIS KEPIMPINAN
Krisis kepimpinan Al-Arqam bermula pada tahun 1979 setelah berlakunya pemecatan tanpa
alasan 6 orang pemimpin kanan Al Arqam termasuk Akbar Anang  yang merupakan Ketua
Biro Ekonomi Al Arqam. Menurut Akbar Anang, beliau dipecat atas sebab beliau
mempersoalkan ajaran Al-Arqam , namun menurut Ustaz Ashaari, Akbar Anang disingkirkan
kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ustaz Ashaari
daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam.
Akbar Anang memberontak dan mendedahkan hakikat  Aurad Muhammadiah sehingga
dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ustaz Ashaari dilaporkan menafikan Kiyai Syeikh
Muhammad As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam
daripada kesangsian asas. Tetapi Al Arqam masih menjalankan aktivitinya dan telah melantik
Ustaz Mokhtar Yaakub (M.A. Universiti Al Azhar) yang masih baru dalam Al Arqam
sebagai Tim.Syeikhul Arqam. Isu Akbar Anang dilupakan.
Pada sekitar bulan Jun 1986, Al Arqam telah digemparkan dengan isu yang sama apabila
Tim.Syeikhul Arqam Ustaz Mokhtar Yaakob dan beberapa orang anggota kanan yang lain
telah mengistiharkan keluar daripada Al Arqam. Isu perpecahan Al Arqam pada kali kedua
ini sebagaimana 1979 telah menjadi isu hangat dalam Akhbar Tempatan.
Rentetan peristiwa ini, Ustaz Ashaari Muhammad telah menerbitkan sebuah buku khusus
penerangan isu ini yang bertajuk ” Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam “ ,
sekaligus menjawab tuduhan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang diterbitkan oleh
Penerangan Al arqam dan mula diedarkan pada 30 Ogos 1986.
DIHARAMKAN
JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ) telah melihat adanya penyelewengan akidah
dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ustaz Ashaari
Muhammad, tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku ”
Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” pada tahun 1986.
Sebagai pencerahan dan penjelasan terhadap kes ini, Bahagian Hal Ehwal Islam  di Jabatan
Perdana Menteri telah menerbitkan buku
“Pejelasan Terhadap Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” pada 6
November 1986.
Di Timur Tengah, Al Arqam terus berusaha menjalankan aktivitinya sehinggalah berlaku
peristiwa penangkapan 19 orang anggota Al Arqam oleh Pihak Keselamatan Mesir pada 14
April 1994 ketika mereka membuat persembahan haram memperkenalkan Al Arqam di
Taman Antarabangsa Madinet Nasr,Kaherah. Pihak Keselamatan Mesir menganggap Al
Arqam sebagai pelampau.
Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun
1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa’ kemudian bertukar kepada nama Global
Ikhwan Sendirian Berhad (GISB).
Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa
Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan
bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah
Islam sekali gus mengakibatkan  syirik.
Berikutan itu  Ustaz Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu
mengikut  Aklta Keselmatan Dalam Negeri (ISA)  telah membuat pengakuan terbuka
mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di
Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.
Wallahu A’lam..
Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya
_________________________________________________________
Rujukan :
1. Buku “Penjelasan Terhadap Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam”
(Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri)
2.   Wikipedia, ensiklopedia bebas.
– Pengasas Al Arqam Meninggal Dunia.
– Majlis Penerangan Mengenai Kumpulan Rufaqa`
– Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim.
– Penyelewengan Jemaah Al-Arqam dan Usaha Pemurniannya oleh Mohd. Lazim
Lawee,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, 2004. 223
halaman + indeks. ISBN 967-942-682-3.
– Tersungkur di Pintu Syurga, Zabidi Mohamad]] , Zabidi Publication, Kuala Lumpur 1998
– Organisasi Ajaran Sesat
– Rufaqa`
– Ikhwan Today
– Jabatan  Penerangan Malaysia
– Malaysia-today net/blog
– Al Arqam founder Ashaari dies (The Star 13 Mei 2010)
3. Rufaqa`@Jemaah Aurad Muhammadiah (al Arqam) SESAT LAGI MENYESATKAN
net/blog.
4. Memorandum Penjelasan PMRAM terhadap Kenyataan Akhbar  Utusan Malaysia
April – Mei 1994.

You might also like