You are on page 1of 14

IBN SINA

DISEDIAKAN OLEH: NUR IZZAH HADIRAH


BINTI ZAWAWI

NAMA GURU: CIKGU MUHD KHAIRUDDIN


BIN ABD HAMID
LATAR BELAKANG IBN SINA
Nama Abu Ali Al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hassan bin Ali bin Sina
Sebenar
Gelaran Ibnu Sina (di Timur) Avicenna (di Barat), dan bapa perubatan Islam.
Tarikh Lahir 980 Masihi bersamaan 370 Hijrah
Tempat Lahir Bukhara, Turkestan
Keturunan Turki
Bidang Perubatan, astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains, Teologi
Karya Alqanun fi attib, Kitab al-syifa, al-Najab
Wafat 1037 masihi bersamaan 428 Hijrah
LATAR BELAKANG IBN SINA
• Beliau merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari pelbagai ilmu.

• Umpamanya, beliau pernah membaca buku metafizik karangan Arist0tle sebanyak 40 kali.

• Beliau Berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu naqli (agama) Ketika berusia 18 tahun.

• Sebagai penganut agama yang taat, beliau sering kali berdoa kepada Allah SWT Ketika
menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

• Semasa beliau berusia 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan.

• Beliau telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang kedoktoran dan mendapat
pengiktirafan daripada orang-orang Barat yang mengenalinya sebagai Avicenna.
SUMBANGAN-
SUMBANGAN
IBN SINA
SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Pengiktirafan dan penghargaan
 Beliau merupakan tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke-ll. Beliau mendapat sanjungan di Barat
sehinggakan lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti Paris.
 Para penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai 'Bapa Doktor Perubatan' kerana Ibn Sina telah berjaya
menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan
dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri.
 Ibn Sina pemah diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal' atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin
Skolastik.
 Gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya ialah Raja Ubat.
 Dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai "Zenith", iaitu tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran.
 Kejayaan Ibnu Sina menyembuhkan Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijran/997 Masihi
menyebabkan beliau dianggap “Doktor DiRaja”.
 Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan beliau tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan
gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN
2. Penghasilan Karya Teragung, Qanun fi al-Tibb
 Khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah. Segala
rumusan yang terdapat di dalam karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden pada hari ini. Gerard
Cremona telah menterjemahkan buku Ibn Sina ke dalam bahasa Latin.
 Buku yang menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 ini telah dicetak sebanyak 16
kali; 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).
 Buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
 Karya ini juga membincangkan mengenai penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh dan juga
penghasilan ensiklopedia perubatan.
 Pada usia 2l tahun, ketika berada di Kawara.an, beliau mula menulis karya pertamanya berjudul al-Majmu yang
mengandungi pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang lengkap dan diikuti dengan buku-buku lain.
 Prof. William Osler menganggap karya ini amat berpengaruh berbanding buku-buku perubatan yg lain, sehingga
menggelarkannya Medical Bibble.
SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN
3. Teori anatomi dan fisiologi.
 Individu terawal yang mengemukakan teori-teori anatomi dan fisiologi. Teori-teori yang terdapat di dalam buku beliau
menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makro
kosmos (dunia besar).
 Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya yang menggambarkan keterangan-keterangan yang lengkap di
samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa tertentu.
 Melalui pengetahuan dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi tiga injap yang terbuka
dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.impak penyelidikan yang dilakukannya.

4. Penghasilan karya-karya perubatan.


 Ibnu Sina juga menghasilkan sebuah buku yg diberikan judul Remedies For The Heart yg mengandungi sajak perubatan.
 Dalam karya ini, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit dan cara mengubatinya.
 Kitab-kitab lain yg dihasilkan oleh tokoh ini yg menjadi rujukan sehingga hari ini ialah iaitu Kitab al-Majmu dan Kitab al-
Syifa.
 Kitab al-syifa membicarakan mengenai cara-cara rawatan berserta ubatannya. Kitab ini terbahagi kpd 18 jilid.
 Kitab ini juga dikenali sbgai ensiklopedia perubatan dan dlm Bahasa Latin yg dikenali sbgai Senatio.
SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN
 Segala karya atau cetusan idea Ibn Sina termasuk berbentuk risalah berukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku
besar yang berjudul Essai de Bibliographie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo.

5. Penemuan penyakit-penyakit baharu.


 Ibnu sina menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit.
 Contohnya, beliau menemui jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), diabetes, dan
seumpamanya.
 Ibnu sina mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit.
 Beliau juga mengenalpasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya.
 Beliau berpendapat air merupakan punca penularan kebanyakan penyakit.
 Hasil penyelidikannya, Ibn sina telah menjelaskan simptom-simptom penyakit kencing manis dan masalah yang akan
timbul daripadanya.

6. Penemuan dalam bidang farmasi dan pembedahan.


 Ibnu Sina juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka.
 Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab bagi pelbagai
jenis penyakit.
 Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius.
SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN
 Beliau telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari, dan lain-
lain.

7. Memperkembangkan ilmu psikologi.


 Ibnu Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosmatis, iaitu perkaitan antara
psikologi dengan kesihatan.
 Ibnu Sina telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami
gangguan psikologi.
 Minatnya yang mendalam dalam kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak karyanya
berkisar mengenai gangguan psikologi.
SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH
 Pandangan falsafah Ibn Sina yang terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama, iaitu logik, psikologi dan
metafizik.

 Beliau telah menghasilkan karya falsafahnya untuk dimuatkan bersama-sama persoalan lain dalam karya yang bercorak
ensiklopedia, iaitu Kitab al-Shifa’.

 Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal oleh
ilmu kalam.

 Kitab ini amat berpengaruh dalam kalangan para sarjana dalam bidang falsafah di Eropah. Ibn Sina cuba mengharmonikan
antara falsafah dengan agama.

 Beliau menjelaskan dogma-dogma agarna dengan menggunakan akal dan yakin bahawa roh tidak pernah musnah.
SUMBANGAN DALAM BIDANG geologi dan kimia
 Sumbangan Ibn Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi.

 Menurut A. M. A. Shushtery, karangan Ibn Sina mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi di Eropah

 Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat.

 Menurut Reuben Levy, Ibn Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu
dengan yang lain dan Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis.

 Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir bin
Hayyan, iaitu "Bapa Kimia Muslim.”
SUMBANGAN DALAM BIDANG Geografi
 Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan
dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.

 Beliau juga mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli
Yunani dan Romani sejak dari zaman Heredotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious.

 Menurut Ibn Sina, kesan daripada hakisan aliran sungai terhadap kawasan berbukit/bergunung-ganang telah
menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai yang produktif.

 Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa-apa yang dikenali sebagai lembah-lembah.
KESIMPULAN
 Sumbangan Ibnu Sina begitu besar dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
perubatan. Banyak penghargaan yang beliau terima yang menjadi bukti, antaranya lukisan
wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti Paris dan dikenali
dengan pelbagai gelaran seperti Medicorum Principal atau Raja Diraja Doktor, Raja Ubat.

 Malah kehebatan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikhal Rais (Mahaguru Pertama).
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like