You are on page 1of 15

Sumbangan Tamadun Islam Pada Zaman

Bani Umayyah Di Sepanyol Dan Bani


Abbasiyah Di Baghdad Terhadap
Perkembangan Bidang Sains Dan Teknologi
PENGENALAN

Tamadun Islam merupakan pencapaian umat Islam dunia dan akhirat dalam aspek kebendaan dan kerohanian
dalam bentuk politik, ekonomi, sosial yang bersumberkan Al-Quran dan.

Tamadun Islam yang bermula dari zaman Nabi Adam AS sehingga Nabi yang terakhir Nabi Muhammad
SAW.

Selepas Nabi Muhammad SAW wafat kepimpinan Islam mula dipimpin oleh para sahabat yang dikenali
sebagai khilafah Al-rasyidin.

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah di Sepanyol pusat pemerintahan terletak di Damsyik (Syam) yang
dikenali sebagai Syria merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang unggul.

Pemerintahan Bani Abbasiyah berpusat di Baghdad merupakan zaman perkembangan ilmu, kebudayaan,
ekonomi dan politik yang gemilang kerana banyak melahirkan banyak sarjana dan tokoh Islam
Sumbangan Bani Umayyah Di
Sepanyol
Matematik
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Abd. Rahman III, terdapat seorang ahli matematik yang terkenal Abu
Habbah bin Ubaidah.

 Abu Ayyub merupakan sarjana terkenal dalam bidang geometri manakala ahli matematik yang masyhur
di Andalusia ialah Alkarmani dari Cordoba.

 Memperkenalkan kepada dunia metematik sejenis angka yang dikenal sebagai huruf al-ghubbaar yang
mempunyai perbezaan dengan bentuk angka Hindi yang lebih memudahkan sistem penulisan angka.

 Memperkenalkan trigonometri sfera yang tidak diketahui oleh orang Greek sebelumnya.

 Al-Jabar merupakan sarjana islam dikatakan sebagai nadi utama dalam bidang Arimetik iaitu cara-cara
untuk memanipulasikan simbol-simbol dengan hukum-hukum tertentu.
Zoologi dan Botani
 Zoologi merupakan kajian dan penyelidikan santifik mengenai haiwan yang bertujuan untuk
mengenalpasti jenis haiwan yang boleh dimakan oleh manusia.
 Ibn Baytar merupakan sarjana Islam yang terkenal dalam bidang ini seorang pengkaji ilmu
tumbuh-tumbuhan. Mempelajari dan menyelidiki daripada buku, pemerhatian dan eksperimen
sendiri
 Ibn Bassal merupakan ahli botani yang terkenal di Andalusia. Beliau telah menghasilkan
”Kitab Al-Qasd wa al-Bayan” yang digunakan dengan meluasnya oleh para penulis kemudian.
 Abu Zakaria Yahya merupakan seorang lagi ahli botani yang terkenal Beliau menghasilkan
sebuah ensiklopedia penting mengenai pertanian yang bertajuk ”Kitab al-Falahah.”
 Pada kurun ke 12 Sarjana Islam bukan sahaja menyumbangkan hasil karya sahaja bahkan ilmu
pengetahuan dalam sistem pertanian, pengairan, pembajaan, penanaman, pengenalan pokok
buah-buahan, dan tumbuh-tumbuhan yang dibawa dari timur serta pencantuman tunas-tunas
pokok dan penyakit-penyakit pokok serta cara-cara mengubatinya.
Astronomi
• Atas galakkan daripada pemerintah di Andalusia dalam ramai ahli astronomi menjalankan
kajian dalam bidang astronomi dan berjaya mencipta alat astronomi yang belum pernah
dicipta sebelumnya.
• Abu Mashar seorang geografi astronomi membuat kajian tentang teori pasang surut dan
panjang darjah bumi sehingga teori tersebut sampai ke dunia barat.
• Ma Sha’allah telah membuat penulisan tentan Astrolobe dan meteorologi dan hasil
kajiannya menjadi rujukan para ilmuan barat pada kurun ke-12 untuk menentukan saiz
bumi dengan lebih tepat.
• Al-Farghani yang telah membuat penulisan tentang bintang-bintang dan pengukuran
dataran serta permukaan sfera bumi.
• Al-Zarqali seorang ilmuan yang hebat telah berjaya membuat sebuah jam air yang
menentukan waktu malam dan siang dengan penyusunan hari dan bulan. Beliau juga telah
mencipta satu bentuk almanac yang mengandungi banyak jadual bagi menentukan hari
permulaan bagi bulan lunar, koptik, Romawi dan Parsi.
KIMIA

 Sarjana Islam Andalusia mempunyai kehebatan dalam kimia dengan memperbaiki pengetahuan kimia orang
Greek menjadi contoh kepada ilmuan dunia barat

 Geber seorang ahli kimia dari Seville menghasilkan penemuan asid sulfuric, asid nitric dan asid nitro muriatik
serta mencipta kaedah kimia.

 Beliau digelar bapa ilmu kimia moden atas kejayaannya mengemukakan proses pengewapan, penyaringan,
sublimasi, penyulingan, peleburan dan pengkristalan.

 memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti Antimoni, Alkali, Tutia realgar dan Aludel yang diguna pakai
sehingga ke hari ini.

 Sarjana Islam juga mencipta alambique merupakan alat untuk eksploitasi susu getah dari pokok. Mereka juga
menghasilkan pelbagai jenis dadah untuk perubatan, farmakopi dan kedai apotekaris.
Bidang Perubatan
 Pada kurun ke-8, sarjana Islam banyak membuat kemajuan dalam bidang perubatan berdasarkan tajribah
(eksperimen), qiyas(taakulan) dan pemerhatian. Mereka menggunakan mayat monyet yang diimport dari
Afrika sebagai bahan ujikaji.
 Antara tokoh perubatan Islam seperti al-Razi, Haly Abbas dan Ibn Sina dan Yunus al-Harrani cucunya Ahmad
dan Umar merupakan guru kepada Abu al-Qasim al-Zahrawi seorang tokoh perubatan Islam.
 Gharib bin Said telah menulis sebuah karya perubatan yang disimpan di Perpustakaan Escorial, Portugal.
 Abd Rahman Ishaq bin Haitham menghasilkan karya ringkas tentang muntah-muntah dan ubat julap.
 Abu Marwan ibn Zuhr yang dikenali Avenzoarc di barat yang hebat dalam bidang farmasi perubatan banyak
melakukan eksperimen perawatan dan penyakit tumor.
 Dengan kemunculan banyak sarjana perubatan Islam menyebabkan banyak hospital dibina di Andalusia
sehingga istilah perubatan Islam digunakan di dunia perubatan barat.
Sumbangan Bani Abbasiyah
di Baghdad
 Sarjana ilmuan Islam yang mengasaskan bidang ini bermula dengan
penemuan teori kanta pembesar , pengaliran dan biasan cahaya.

 Oftalmologi ialah perubatan Islam mengenai retina dan katarak


merupakan teori baru yang menyatakan saraf optik atau retina yang
OPTIK menerima kehadiran cahaya daripada objek bagi menterjehmakan apa
yang dilihat.

 Sarjana Islam menyatakan bahawa katarak yang terjadi disebabkan


bocornya humor dalam anak mata.
PERUBATAN
 Ibn Sina atau ‘Avicenna’ merupakan tokoh perubatan yang agung dengan karyanya al-Qanun Fit Tibb
(Canon of Medicine).

 Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi merupakan sarjana Islam yang menyelesaikan penyakit cacar
(demam berterusan, lenguh sendi, sakit pinggang, gatal di hidung dan tidur tidak nyenyak).

 Al-Razi pengasas Kitab al-Hawi mengenai teraputik diguna sebagai rujukan di dunia perubatan sehingga ke
hari ini. Berjaya membuat penemuan dalam mengasingkan alkohol dan menjadikannya sebagai bahan
antiseptik.

 Digelar bapa ilmu kimia moden atas hasil kejayaannya dalam mengemukakan proses pengewapan,
penyaringan, sublimasi, penyulingan, peleburan dan pengkristalan.
MATEMATIK

 Sumbangan teragung sarjana Islam ialah menggabungkan geometri yunani dan sistem
nombor Hindu dengan pengenalan kepada nombor sifar (0) atau “null” seterusnya
dikembangkan dengan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan.

 memperkenalkan simbol matematik dan angka sifar telah mengagumkan para sarjana
barat.

 Berjaya menemui persamaan antara xn=a yang merujuk kepada interger yang
membawa nombor dan bukannya nisbah atau nombor nyata dan orang pertama
memperkenalkan teori sinus, kosinus, kotangen dan tangen tokoh ilmuwan.
 Fizik Islam berpegang kepada konsep “Fizik tidak menafikan
metafizik” membawa erti sesuatu perkara yang tidak dapat
dibuktikan kebenaranya melalui kaedah fizik bukanlah tidak
bersifat metafizik.
FIZI
K jasas yang jatuh dan hancur melalui bukunya Kitab al-
 Al-Barakh al-Baghdadi membuat kajian tentang gerakkan

Mu’labar.

 Surahwadi telah membuat kajian tentang had laju cahaya dan


membuat teori cahaya dan gerakan serta berpendapat bumi
dan planet beredar mengikut hokum yang sama iaitu.
BIOLOGI
 Ilmu Biologi sarjana Islam diwarisi dari Yunani, Roman, Parsi bagi
meningkatkan kualiti dan kuantiti aktiviti pertanian, perubatan dan
penternakan haiwan dengan membawa hasil penemuan yang baru sehingga
dipelajari oleh dunia barat.

 Al-Asma’l telah berjaya menghasilkan beberapa penemuan dan beberapa


buah kitab hasil karyanya seperti Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-
wahusy dan Kitab al-Sya’ menceritakan tentang biologi haiwan.

 Al-Jahiz, al-Jawaliqi, al-Damiri dan al-Batar yang terkenal dalam


penemuan biologi botani dan farmakologi .Kesemua tokoh yang disebutkan
ini telah banyak menyumbang pada kejayaan dalam ilmu biologi yang
sekaligus telah mencorakan ilmu pengetahuan pada masa tersebut.
PENUTUP

 Pencapaian para sarjana Islam pada zaman bani Umayyah dan zaman bani Abbasiyah sangat
membanggakan dari segi semua aspek dan bidang mereka kuasai.

 Sumbangan para sarjana Islam ini merupakan titik tolak kebangkitan ilmu pengetahuan di
dunia Barat setelah menghadapi zaman kegelapan.

 Namun karya dan ilmu pengetahuan ini dimanfaatkan oleh dunia barat dalam
membangunkan tamadun mereka selepas zaman kegelapan.

 Kebanyakkan karya dan khazanah ilmuan orang Islam mereka takluki dan mereke pelajari
bagi pembinaan semula tamadun mereka.

You might also like