You are on page 1of 3

Perubatan

Para cendekiawab Islan di Andalusia telah menghasilkan banyak kemajuan yang membanggakan dalam
bidang perubatan dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan Timur. Cendekiawan
Islam menghasilkan teori-teori perubatan baharu dan melakukan pengelidikan-penyelidikan yang sukar
terutamanya dalam bidang etiologi, patologi dan terapeutik.

Selain itu, mereka juga menghasilkan karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat
pembedahan. Hal ini membuktikan bahawa para sarjana perubatan Islam telah memberikan sumbangan
yang besar dalam bidang perubatan dan dunia perubatan moden terhubung budi kepada mereka. Orang
Yahudi mempelajari ilmu daripada sarjana Islam Andalusia sehingga mereka menjadi terkenal di merata-
rata tempat.

Para sarjana perubatan turut menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti di seluruh Andalusia dan
mereka bertanggungjawab menganugerahkan diploma atau ijazah kepada para pelajar yang telah tamat
pengajian kedoktoran. Seseorang tidak dibenarkan mengajar atau mempraktikkan ilmu kedoktoran tanpa
diploma atau ijazah. Banyak hospital awan didirikan di semua bandar penting di Andalusia. Contohnya,
pada zaman pemerintahan Khalifah kerajaan Bani Umaiyah, terdapat sebanyak 40 buah hospital di
Cordova.

Antara tokoh perubatan Islam yang terkenal ialah Ibnu Sina (1025 Masihi) atay dikenal juga sebagai
Avicenna di negara Barat. Beliau telah menghasilkan sebuah karya, iaitu Qanun Perubatan yang
kemudiannya diterjemhkan kepada bahasa Latin dan disebarkan ke seluruh Eropah dalam bentuk
manuskrip dan percetakan. Pada kurun ke-15 dan ke-16, karya Qanun Perubatan telah diterbitkan
sebanyak 35 kali.

Ibu Sina melakukan kajian terhadap sifat menjangkit bagi beberapa penyakit berjangkit. Beliau
beranggapan bahawa jangkitan merebak melalui udara yang ditinggalkan oleh pesakit dan
membincangkan cara menguji perubatan baharu dengan efektif. Beliau juga menulis Kitab Penyembuhan
iaitu ensiklopedia sains dan falsafah yang lebih am sehingga menjadi buku teks yang masyhur dan
digemari di Eropah. Tokoh-tokoh perubatan yanv lain, iaitu Zakaria al-Razi, Abu al-Qasim al-Zahrawi dan
Ibn Zuhr turut memberikan sumbangan yang bermakna dalam dunia perubatan di Andalusia. Zakaria al-
Razi telah menghasilkan sebuah buku perubatan lengkap yang menjelaskan perbezaan antara campak
dengan cacar yang turut berpengaruh di Eropah dengan teliti. Abu Qasim al-Zahrawi pula menulis kitab
al-Tasrif, iaitu sebuah ensiklopedia perubatan yang terkenal dengan kaedah pembedahan. Manakala Ibn
Zuhr juga merupakan seorang pakar perubatan yang terkenal di Andalusia.

Politik dan pemerintahan

Dari perspektif politik dan pemerintahan, terdapat beberapa elemen atau ciri yang telah dikenal pasti
sebagai tunjang dan benteng keutuhan kerajaan Bani Abbasiyah. Antaranya ialah dasar terbuka dalam
pentadbiran. Sistem pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah memaparkan keadaan sebenar dalam
masyarakat majmuk. Kerajaan Abbasiyah didukung oleh mesyarakat pelbagai bangsa terutamanya
bangsa Arab dan Parsi serta bangsa-bangsa lain. Walaupun khalifah Abbasiyah berasal daripada
keturunan Arab pada peringkat awal, namun kedudukan khalifah dimantapkan oleh bangsa
berketurunan Parsi.

Elemen yang seterusnya ialah sistem biokrasi. Pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, semua hal
berkaitan pentadbiran dilaksanakan oleh sebuah birokrasi yang berbentuk hierarki. Sistem birokrasi yang
diamalkan adalah berpandukan kerajaan Sasanid. Majoriti pegawai diambil daripadakelas Mawali, iaitu
orang Islam yang bukan berketurunan Arab. Wazir pula merupakan ketua bagi seluruh jentera
pentadbiran. Dalam pentadbiran kerajaan Abbasiyah beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan
akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya.

Elemen yang seterusnya adalah pentadbiran kehakiman. Dalam urusan kehakiman, segala urusan
diserahkan kepada ulama-ulama yang dilantik oleh ketua hakim. Hal-hal sivil berkaitan orang bukan Islam
diserahkan kepada ketua-ketua agama mereka sendiri manakala hal-hal orang-orang Islam akan
diuruskan oleh kadi. Perlantikan hakim berasaskan beberapa syarat iaitu lelaki dewasa, beragama Islam,
berfikiran waras dan berpengalaman dalam bidang ilmu pengetahuan.

Elemen yang seterusnya adalah dasar terhadap golongan orang bukan Islam. Dasar terhadapgolongan
zimmi (orang bukan Islam) adalah lebih terbuka. Mereka menikmati kebebasan dan mengamalkan
agama mereka sendiri. Mereka juga diambil berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Golongan ini
menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada zaman Abbasiyah berbanding dengan taraf sosial pada
zaman Umaiyah.

Berdasarkan huraian tersebut, dapat dirumuskan bahawa sikap keterbukaan pemimpin-pemimpin


kerajaan Abbasiyah terutamanya dalam perkara berkaitan orang-orang bukan Islam telah memberikan
implikasi yang sangat baik terhadap pihak pemerintah. Selain itu, kebijaksanaan dan kewibawaan para
pemimpin kerajaan Abbasiyah berjaya mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakat dan negara.

Sains Islam

Sumbangan tamadun Islam Andalusia dalam bidang sains telah memberikan impak yang sangat besar
terhadap tamadun Barat. Perkembangan dalam bidang sains telah menjadi pendorong kepada
perubahan dan kemajuan masyarakat Eropah daripada fasa kegelapan kepada fasa kemodenan pada
zaman pertengahan.

Kemajuan dan penemuan penting yang telah dicapai dan ditemukan oleh para cendekiawan Islam
terutamanya dalam bidang sains seperti algebra, kimia, geologi, trignometri, sfera dan lain-lain telah
disebar luas ke benua Eropah. Contohnya, buku Panduan Arab berkaitan teori perubatan telah
diterjemahkan kepada bahasa Latin oleh M.Stefan dan Pise pada tahun 1127.

Pengetahuan tentang perubatan Islam turut diperakui oleh tentera salib yang sering bergantung pada
kepakaran doktor Arab. Hal ini diakui sendiri oleh Jean de Joinville. Jean de Joinville pernah diselamatkan
oleh doktor Saracen yang berbangsa Arab pada tahun 1250. Pencarian ilmu oleh para sarjana Barat
seperti Gerard dari Cremona telah menyumbang kepada pertumbuhan sains di Eropah.
Perkembangan pesat bidang sains terutamanya di Andalusia dan Sicily dikaitkan dengan kebolehan para
sarjana yang dapat bertutur dalam beberapa bahasa. Aktiviti penterjemahan karya-karya sains dan
falsafah daripada bahasa Arab kepada bahasa Latim giat dijalankan. Gerard sendiri telah
menterjemahkan sebanyak 87 buah buku termasuk Almagest dan buku karya al-Khwarizmi.

Kemunculan mazhab

Zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah merupakan zaman keemasan bagi umat Islam mencapai tahap
ketamadunan yang tinggi dalam pelbagai displin ilmu pengetahuan. Zaman ini dikenal sebagai zaman
kematangan dalam bidang perundangan dan zaman kemunculan imam-imam mujtahid yang membentuk
mazhab-mazhab fiqah.

Berdasarkan anggaran, terdapat sebanyak 13 mazhab yang dianggap sebagai mazhab Ahli Suna
Waljamaah. Kemunculan mazhab-mazhab ini bukan berijtihad untuk memenuhi keperluan manusia
semata-mata malah turut memikirkan dan membayangkan permasalahan yang mungkin berlaku
seterusnya memberikan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Mazhab ialah aliran hukum yang menjadikan imam-imam mujtahid sebagai sumber rujukan dalam
menentukan kedudukan sesuatu hukum berdasarkan kaedah-kaedah tertentu yang bersumberkan al-
Quran dan hadis serta sumber-sumber sekunder.

Pada zaman tersebut dikatakan bemulanya pengumpulan dan penulisan al-Sunah dan mazhabazhab
fiqah. Terdapat mazhab-mazhab besar yang dikenal dan diterima sehingga ke hari ini. Antaranya ialah
mazhab Imam Abu Hanifah, mazhab Imam Malik, mazhab Imam Shafie dan mazhab Imam Ahmad bin
Hanbal daripada Ali Sunah Walajamaah. Selain itu, terdapat juga mazhab Zaidiyyah, Imamiyyah dan
Ibadiyyah yang berasal daripada pihak Syiah.

You might also like