You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan kepada Kurikulum Sejarah

Latar belakang Kurikulum Sejarah

Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di Sekolah Rendah

14 Oktober 2008:

 Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah mula


diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika merasmikan
Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur.

 Menurut DS Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di


semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah
pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.

 DS Abdullah dipetik sebagai berkata, “Sejarah adalah elemen penting dalam peradaban
bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan
pembangunan negara.”

14 Jun 2009:

 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan hasrat
kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib di
sekolah rendah.

 Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dalam


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

 Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah perintis di
seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada ketika
itu.

 Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal menggantikan
mata pelajaran Kajian Tempatan.
25 Ogos 2010:

 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa


Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan mula
diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014.

 Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan pendekatan


education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan
rombongan ke Parlimen.

24 Oktober 2010:

 YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan keputusan kerajaan yang akan melaksanakan pengenalan mata
pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun
2014.

 Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal KSSR yang
dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2011 yang hanya akan
menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014.

 Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen Sejarah seiring dengan
hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013.

 Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan mata pelajaran
Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan
pertama KSSR tamat pada tahun 2016.
Latar Belakang Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah

 Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata
pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah
Rendah.

 Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat adalah
bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di
peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran
sejarah.

 Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada
pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri
penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.

 Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan kesinambungan ke


peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik.

Rasional Kurikulum Sejarah


 Pengenalan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah bertujuan untuk
menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping
penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lalu yang mempengaruhi masa
kini.

 Melalui pembelajaran Sejarah, murid dapat membina kerangka kronologi tentang


pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh terlibat. Murid dapat membuat
perbandingan pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka
secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.

 Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara
dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Huraian dan Perincian Kurikulum Sejarah

 Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah melibatkan tiga tahap bermula dari Tahun
Empat di Tahap II hingga ke Tahun Enam.

 Kandungan dan tema kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut tahun di mana murid
di Tahun Empat diperkenalkan dengan tema “Sejarah Awal Negara”, tema “Kedaulatan
Negara” di Tahun Lima dan “Kemakmuran Negara Kita” di Tahun Enam.

 Antara topik-topik yang dipelajari melalui Sejarah KSSR termasuklah:

1. Mari Belajar Sejarah


2. Kehidupan Zaman Air Batu
3. Kehidupan Zaman Prasejarah
4. Kerajaan-kerajaan Melayu Sebelum Kesultanan Melayu Melaka
5. Zaman Kesultanan Melayu Melaka
6. Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
7. Negeri-negeri di Malaysia
8. Sejarah Sabah dan Sarawak
9. Identiti Negara Kita
10. Sejarah Awal Negara Kita
11. Kedaulatan Negara Kita

Objektif Kurikukum Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid:

i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu; ii. mengenal pasti pelbagai
sumber dan maklumat sejarah;
ii. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah;
iii. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar
daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian;
iv. menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi
kajian sejarah.
v. menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global;
vi. memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan
masyarakat;
vii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di
Malaysia;
viii. memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai
pengukuhan kepada persefahaman kaum;
ix. memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi
pembinaan jati diri;
x. mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan
perasaan bangga dan hormat;
xi. menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Kandungan Kurikulum Sejarah

Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan pendekatan kronologi.


Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan dengan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid
tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Kandungan kurikulum Sejarah mencakupi beberapa
tema seperti berikut:

1) Tahun 4 (Sejarah Awal Negara)


2) Tahun 5 (Kedaulatan Negara)
3) Tahun 6 (Kemakmuran Negara Kita)

Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan murid
meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS juga membantu murid
memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan menggunakan
bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan
pemikiran kritis dan kreatif.
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah
adalah seperti berikut:

a) Elemen Asas Sejarah

i. Tokoh

ii. Tempat

iii. Peristiwa

iv. Tarikh / Masa

b) Konsep Masa

i. Tempoh

ii. Jarak masa

iii. Tarikh spesifik

c) Susunan Masa

i. Awalan, perkembangan dan akhiran

ii. Mengukur dan mengira kalendar masa

d) Konversi Masa

i. Membuat interpretasi garis masa

ii. Menerangkan perubahan dan kesinambungan dalam urutan masa

e) Isu dan Masalah Masa Lalu

i. Mengkaji sebab-musabab

ii. Melihat perubahan dan kesinambungan

iii. Melihat sebab dan akibat

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

 Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
 Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan
modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan
Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

 Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

 Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara


efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)


ELEMEN SEDIA ADA ELEMEN BAHARU DALAM KSSR
1. Bahasa; 1. Kreativiti dan Inovasi;
2. Pendidikan Alam Sekitar; 2. Keusahawanan;
3. Nilai Murni; 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
4. Sains dan Teknologi;
5. Patriotisme;
6. Kemahiran Berfikir;
7. Kepimpinan;
8. Kemahiran Belajar Cara Belajar;
9. Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial;
10. Pencegahan Rasuah;
11. Kajian Masa Depan;
12. Pendidikan Pengguna;
13. Keselamatan Jalan Raya
 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang boleh diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah
KSSR termasuklah elemen:

ELEMEN EMK CONTOH PENGGUNAAN DALAM SEJARAH


Bahasa  Kemahiran berbahasa dalam proses PdP;
 Aktiviti bahasa seperti pidato, debat, deklamasi
sajak dsb;
 Kemahiran menyebut dan memahami makna
istilah-istilah tertentu dalam Sejarah.

Pendidikan Alam Sekitar  Kepentingan menghayati alam sekitar;


 Penghargaan ke atas alam sekitar;
 Berkait dengan Bab Zaman Air Batu (Tahun Empat)

Nilai Murni  Penerapan nilai-nilai murni melalui penghayatan


peristiwa sejarah;
 Penekanan terhadap nilai-nilai bersama dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia;
 Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan

Sains dan Teknologi/  Penggunaan elemen teknologi dalam proses PdP;


Teknologi Maklumat dan  Inkuiri dan penerokaan maklumat menggunakan
Komunikasi (TMK) TMK

Kemahiran Berfikir  Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK);


 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT);
 Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Patriotisme  Elemen terpenting dalam Sejarah KSSR;


 Dipupuk melalui tujuh dimensi kewarganegaraan;
 Penghayatan terhadap kandungan kurikulum
Sejarah dalam menanam semangat patriotisme;
 Ditekankan secara langsung dan tidak langsung
Kepimpinan  Murid diberi peluang memimpin dalam
melaksanakan aktiviti PdP;
 Murid mengkagumi tokoh-tokoh terbilang dalam
sejarah negara.
Kemahiran Belajar Cara  Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) menjadi
Belajar satu alat berfikir dan alat belajar kepada murid
dalam meneroka dan menghayati setiap peristiwa di
sekeliling mereka dari konteks sejarah.

Kajian Masa Depan  Menjadikan pengetahuan sejarah sebagai asas


dalam menentukan masa hadapan;
 Berfikir tentang masa hadapan melalui iktibar
sejarah masa lalu;
 Mengaitkan kegemilangan masa lalu dalam usaha
memajukan masa hadapan.

Kreativiti dan Inovasi  Murid menghayati kreativiti masyarakat terdahulu


(Zaman Prasejarah);
 Murid diberi peluang mereka cipta alat-alat zaman
batu yang mudah;
 Murid diberi peluang mempersembahkan
kandungan sejarah mengikut kreativiti masing-
masing.

Keusahawanan  Murid diajak berfikir mengenai faktor-faktor dan


tindakan-tindakan para pemimpin zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehingga mampu
mewujudkan empayar perdagangan terkemuka di
dunia.
Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai sesuatu idea yang munasabah dan bersifat
evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif dan inovatif ialah kebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
idea-idea yang ada. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai perangsang dalam membantu
murid membuat pertimbangan secara logik dan rasional. Strategi berfikir pula merupakan proses
berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan
beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah membina dan memahami
konsep, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kaitan Kurikulum Sejarah dengan Kehidupan Individu, Masyarakat dan Negara

 Bagi melahirkan individu, masyarakat dan negara yang patriotik, terdapat beberapa
elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu memupuk
patriotisme dalam kalangan individu, masyarakat dan negara termasuklah:

1. Tujuh Dimensi Kewarganegaraan


2. Nilai Sivik
3. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah
4. Pendekatan PdP
5. Standard Prestasi

You might also like