You are on page 1of 42

SUMBANGAN ISLAM DALAM

BIDANG PERUBATAN

SEJARAH PERUBATAN ISLAM

Perubatan,
rawatan dan
penyakit telah
wujud sejak
kewujudan
manusia
dimuka bumi.

Para nabi
terdahulu yang
membawa risalah
Islam serta umatumat ikutan
mereka juga telah
melaksanakan halhal yang berkaitan
dengan perubatan
dan rawatan
bersesuaian
dengan zaman
mereka.

Bermula dari Nabi


Adam AS sehinggalah
nabi yang terakhir,
Nabi Muhammad
SAW, semuanya
mempunyai kaedah
perubatan dan
rawatan yang boleh
dikatakan hampir
tiada percanggahan
syariat. termasuklah
bidang perubatan.

Sistem perubatan
Islam pada
permulaan adalah
cerapan daripada
pengaruh tamadun
kuno.

Unsur pengaruh
kuno ini
kebanyakannya
berasal daripada
ilmu perubatan
Yunani atau sistem
perubatan
Hipocrates dan juga
amalan-amalan
perubatan daripada
tamadun India dan
China.

Pengaruh-pengaruh
kuno ini kemudiannya
dimajukan lagi dengan
disiplin ajaran Islam
dan dibentuk dalam
acuan yang sejajar
dengan prinsip-prinsip
Islam.

Namun, kemajuan
perubatan yang dibina
sebelum Islam
berasaskan prinsip
penganalisaan dan
pengalaman yang
dibentuk daripada
konsep aliran Yunani
ini mulai lumpuh kirakira dua ratus tahun
sebelum Hijrah.

Kelumpuhan ini
berpunca daripada
peperangan, penyakit
yang merebak dan
melanda umatnya
serta serangan puak
Barbarian yang
merentas
pergunungan Alps
lalu menyerang Itali
dan meruntuhkan
empayar Rom.

Ilmu Perubatan Di Zaman Rasulullah SAW


Buku-buku berkaitan
sirah nabawiyyah serta
hadis telah banyak
menceritakan bahawa
Rasulullah SAW amat
menekankan soal-soal
yang berkaitan dengan
kesihatan diri .
Gaya hidup sihat
menjadi satu tuntutan
dalam ajaran Islam.

Rasulullah telah
berpesan tentang
nikmat kesihatan
dalam sabdanya yang
bermaksud Dua
nikmat yang selalu
disia-siakan keduanya
oleh kebanyakan
manusia iaitu sihat
dan waktu lapang.

Dua kaedah rawatan


yang ditinggalkan oleh
Rasulullah SAW iaitu
pencegahan dan rawatan
perlu diikuti oleh
generasi muslim
sepanjang zaman.

Hadis-hadis Rasulullah
perlu dijadikan
panduan oleh umat
Islam dalam menjalani
kehidupan yang sihat
sejahtera.

Perubatan Di Zaman Kerajaan-Kerajaan


Islam

Zaman Khulafa al-Rashidin


Para sahabat berpegang kuat
dengan wasiat dan nasihat Nabi
tentang perubatan. Ini terbukti
melalui tindakan Khalifah Umar
ketika melakukan ekspedisi
ketenteraan ke Damsyik.

Antara bukti lain lagi ialah kisah


Afranjah RA yang merupakan
salah seorang sahabat Rasulullah
SAW telah tercedera di dalam
satu peperangan. Beliau telah
kehilangan batang hidungnya.
Beliau akhirnya menggunakan
hidung palsu yang diperbuat
daripada perak. Setelah
digunakan, tempat kecederaan
tersebut telah mengeluarkan bau
yang busuk. Lalu Rasulullah SAW
telah mencadangkan agar beliau
(Afranjah) menggunakan hidung
palsu yang diperbuat daripada
emas.

Zaman Bani Umayyah : Perkembangan awal perubatan


berlaku ketika era pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah (661
720 M) tetapi kemajuan yang pesat dan menonjol berlaku
pada zaman Bani Abbasiyah (750 1258 M).

Terjemahan teks perubatan ke dalam bahasa Arab sudah


bermula ketika ini. Abu Hasyim Khalid Ibn Yazid (cucu kepada
Muawiyah bin Abi Sufyan) diakui sebagai seorang penterjemah
yang gigih dan hebat

Beliau telah memberi perhatian serius serta mendalami selok


belok ilmu perubatan. Pengetahuan beliau tentang bidang ini
adalah hasil minat yang begitu mendalam terhadap ilmu
pengetahuan.

Dalam bidang perubatan ini, beliau telah mendalaminya


dengan bantuan Yahya al-Nahwi dan dikatakan beliau adalah
Muslim pertama yang mengambil usaha menterjemah bukubuku perubatan ke dalam bahasa Arab.

Hal ini menunjukkan bahawa bidang perubatan telah


berkembang setapak lagi pada zaman pemerintahan Bani
Umayyah.

Pusat-pusat pengembangan
perubatan Islam terserlah didua
buah wilayah yang besar iaitu di
Timur (Iraq, Afrika Utara dan
Mesir) dan Barat (Andalus).

Melalui pengaruh inilah, berlaku


proses pemindahan pusat ilmiah
dari Jundisabur ke Baghdad lalu
terbinalah institusi sains Baitul
Hikmah ketika pemerintahan
Khalifah Al-Makmun.

Zaman
Bani
Abbasiah

Pengaruh ilmiah Jundisabur ke


atas tamadun Islam berlaku dalam
tahun 765M apabila Jurjis
Bakhtishu diminta merawat
penyakit dispepsia yang dihidapi
oleh Khalifah Abbasiyyah yang ke2, Abu Jafar Al-Mansur.

Baghdad telah muncul sebagai


pusat ilmu dizaman
kegemilangan Jundisabur di
Iran.

Ketika kerajaan Islam di sebelah


Timur yang beribukotakan
Baghdad mencapai zaman
kegemilangannya, dibahagian
Barat pula, kegemilangannya
dicapai di Andalus terutamanya
ketika pemerintahan Abdul
Rahman al-Nasir (Abdul
Rahman III).

Cordova merupakan ibukota


yang terkenal di Eropah ketika
itu. Universiti Cordova yang
berpusatkan masjid ketika itu
menjadi pusat pengajian
manakala Toledo menjadi
sebuah pusat penterjemahan
yang hebat pada masa itu.

Zaman Bani
Umayyah di
Andalus

Kegemilangan ilmu pula


terserlah semasa pemerintahan
al-Hakam II. Ilmu perubatan
dan lainnya berkembang di
benua Eropah dari Andalus.
Muncul para doktor Andalus
yang terkenal seperti Urayb bin
Salah Al-Katib.

Tahap Perkembangan Perubatan Islam

Ilmu perubatan Islam


berkembang melalui dua
tahap iaitu: i) tahap
penterjemahan , ii) tahap
penghasilan karya.

Zaman kemerosotan bermula


apabila orang-orang Kristian
dan Moghul menyerang umat
Islam.

Pada peringkat
penterjemahan, muncul
beberapa tokoh yang
menghasilkan karya
antaranya Jabir Ibnu
Hayyan, Hunain ibn
Ishaq.

Peringkat kedua muncul


tokoh-tokoh yang
menghasilkan karya
sendiri antaranya ialah alRazi, Ibn al-Haitham, Ali
ibn Abbas al-Majusi dan
Ibnu Sina.

Kaum Moghul
kemudiannya memeluk
Islam dan menaungi
perkembangan perubatan
Islam.

Pada mulanya ilmu ini


telah dicedok dari
pengaruh tamadun kuno
dan kemudiannya
dimajukan lagi sejajar
dengan perkembangan
tamadun Islam.

Unsur dan pengaruh kuno adalah


kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan
Yunani atau sistem perubatan Hippocrates,
dan juga amalan-amalan perubatan dari India
dan China. Ibn Sina dan al-Razi telah
melakukan evolusi dan memberi suatu bentuk
dan corak tersendiri kepada disiplin ilmu
perubatan

TIBB AL-NABAWI

Rasulullah SAW
telah
menyatakan
bahawa setiap
penyakit ada
ubatnya
melainkan tua
dan mati.

Sebanyak mana
pun cabang
ilmu perubatan
yang ada masih
tidak mampu
merawat semua
penyakit.

Kesihatan
adalah
sebahagian dari
rutin kehidupan
harian manusia.

Islam
menganggap
kesihatan dan
rawatan adalah
perkara penting
yang perlu
diberi perhatian
demi
kesejahteraan
hidup.

Rasulullah SAW
menganjurkan
umatnya agar
merawat
penyakit dan
berubat. Sabda
baginda yang
bermaksud
Sesungguhnya
Allah
menurunkan
penyakit dan
ubat dan
menjadikan
setiap penyakit
ada ubatnya,
maka
berubatlah dan
janganlah
kamu berubat
dengan benda
yang haram.

Pengertian Tibb al-Nabawi


Al-Tibb al-Nabawi
atau rawatan Nabi
merujuk kepada katakata dan tindakan
Nabi terhadap
keadaan penyakit
serta rawatan
mengubati penyakit
dan juga pesakit.
Hakikatnya ia berbeza
kerana ia merangkumi
pencegahan, rawatan
penyembuhan,
kesejahteraan mental,
rawatan spiritual atau
ruqyah (jampi) dan
pembedahan yang
sekaligus mampu
mengintegrasikan
fikiran dan tubuh,
badan serta roh.

Al-Tibb al-Nabawi
bukanlah suatu sistem
perubatan sehala atau
semata-mata rawatan
fizikal sepertimana
sangkaan sesetengah
orang.
Tradisi

perubatan nabi
tidaklah menuntut kita
memfokuskan pada
ajaran perubatan dari
Nabi semata-mata,
tetapi ia juga
mendorong dan
menggalakkan
manusia untuk
mencari dan
melakukan
eksperimen dengan
kaedah-kaedah
rawatan baru.

Sumber al-Tibb al-Nabawi


Al-Tibb al-Nabawi mempunyai beberapa sumber iaitu wahyu serta pengalaman emperikal Nabi mengubat
masyarakat yang berada di Semenanjung Arab ketika itu.

Sumber rujukan dari hadis diperolehi dari kitab-kitab hadis dan sirah.

Beliau memperuntukkan dua bab berkaitan khusus dengan perubatan iaitu Kitab al-Tibb dan Kitab al-Marda.

Di dalam al-Kutub al-Sittah juga, semua pengarangnya mengkhususkan satu bab untuk perubatan Nabi.
Al-Tibb al-Nabawi seperti yang dinyatakan di dalam riwayat-riwayat hadis tidaklah meliputi serta
merangkumi setiap penyakit yang wujud pada zaman Nabi dan juga tidak merangkumi semua penyakit yang
ada pada hari ini mahu pun dimasa hadapan di dalam dunia yang pelbagai bentuk dan ragam.

Bentuk-bentuk Rawatan Yang Diberikan Oleh Rasulullah SAW

Rasulullah
mengubati pesakit
Rasulullah
mengajar Aishah
RA merawat
baginda

Rasulullah
mendapat rawatan
dari malaikat
Jibril

Rasulullah merawat
pesakit disamping
meminta sahabat
memberikan ubat

Rasulullah
meminta pesakit
memakan ubat

Rasulullah
mengajar pesakit
merawat diri
sendiri dengan
jampi (ruqyah)

Rasulullah
menyuruh pesakit
menemui tabib yang
pakar dan mahir

Himpunan Hadis Dari al-Tibb al-Nabawi

Larangan berubat dengan benda yang haram

Rasulullah SAW melarang keras umatnya berubat dengan bahan-bahan yang


diambil dari unsur yang haram. Baginda bersabda :


Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan
Ia menjadikan bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka hendaklah kamu
berubat tetapi jangan sesekali berubat dengan sesuatu yang diharamkan.

Rawatan menggunakan al-Quran

1) Rasulullah menyebutkan sesiapa yang tidak meminta kesembuhan


dengan al-Quran maka Allah tidak akan menyembuhkannya.
2) Rasulullah juga menegaskan tentang keutamaan menggunakan alQuran sebagai rawatan dalam sabda baginda yang bermaksud : sebaikbaik ubat itu ialah al-Quran dan hendaklah kamu menggunakan
dua bentuk penyembuhan, al-Quran dan madu lebah.

Rawatan menggunakan air zamzam

1) Rasulullah SAW menyatakan khasiat air zamzam dalam sabda Baginda


yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA yang bermaksud : Air
zamzam mengikut niat orang yang meminumnya. Di dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bermaksud : Sebaik-baik air di atas
muka bumi ini ialah air zamzam kerana di dalamnya terdapat
makanan yang diperlukan dan penyembuh dari penyakit. Ia mampu
mengenyangkan manusia serta menyembuh dan menghilangkan sakit.

Rawatan Jampi (ruqyah)


1) Ia termasuk rawatan spiritual yang pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW terhadap
para sahabat. Antara bentuk jampi yang pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dikenali
sebagai ruqyah Jibril . Jibril telah merawat Rasulullah dengan bacaan jampi berikut:

Terdapat juga jampi yang menggunakan ayat al-Quran seperti al-Fatihah, al-Muawwizat
dan al-Ikhlas yang biasanya digunakan untuk rawatan disengat kala jengking.

Berbekam dan minum madu

1) Amalan berbekam iaitu mengeluarkan darah kotor dari tubuh badan pernah
diamalkan oleh Nabi. Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda
"Penyembuhan ada pada tiga perkara: Pertama, berbekam (untuk mengeluarkan
darah), Kedua, minum madu dan yang ketiga, al-Kayy (tuaman dengan api). Aku
menegah umatku dari tuaman dengan api ( Al-Bukhari, Kitab al-Tibb)

2) Manakala khasiat madu lebah telah banyak diketahui umum. Keutamaan


meminumnya disebut oleh Allah di dalam surah Al-Nahl; 68-69:

f.

Habbatus Sawda

1) Habbatus Sawda adalah bijirin hitam (black seed) yang telah masyhur
serta popular penggunaannya pada masa kini.Sabda Nabi SAW :


Maksudnya: Hendaklah kamu mengamalkan memakan Habbatus
Sawda, kerana padanya terdapat penyembuhan dari segala jenis
penyakit kecuali mati (Al-Bukhari dan Muslim)

ISLAMempayar
KEPADA
SAINS
PERUBATAN
DAN
PadaSUMBANGAN
tahun 900 hingga 1300M,
Islam telah
berkembang
secara meluas
dariFARMASI
Asia Barat ke benua
Eropah dan bertapak kuat di Sepanyol.

Islam telah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam arena sains dan teknologi, terutamanya dalam
bidang perubatan.
Tokoh-tokoh cendekiawan dalam bidang perubatan Islam seperti al-Razi, al-Zahrawi, Ibnu Sina.
Aspek-aspek bidang perubatan yang diliputi agak meluas seperti anatomi, oftalmologi, surgeri dan
penghasilan pelbagai ubatan.
Pengasas-pengasas perubatan Islam ini juga banyak menjalankan penyelidikan dan menghasilkan karyakarya perubatan yang penting dan berpengaruh.
Misalnya kitab al-Hawi dan al-Mansur oleh al-Razi, al-Qanun Fi al-Tibb dan al-Safa oleh Ibnu Sina dan
kitab-kitab perubatan lain yang dikarang oleh Al-Zahrawi dan Ibnu al-Nafis.
Karya-karya ini juga diterjemahkan kepada beberapa bahasa lain untuk dijadikan sebagai buku teks
perubatan dan buku rujukan dinegara-negara Eropah.
Walau bagaimanapun, apabila tamadun Islam mengalami kemerosotan selepas tahun 1300M, ilmu perubatan
Islam juga mengalami nasib yang sama.
Kepimpinan ilmu dan perkhidmatan perubatan telah diambil alih oleh sarjana Barat yang membawa
kemajuan yang serba canggih dalam bidang tersebut.

Bidang Perubatan
Perubatan merupakan suatu keperluan manusia di dunia ini tanpa mengira
bangsa, keturunan atau agama kerana sesiapa sahaja boleh terkena
penyakit. Tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting:
a) Dalam bidang ubat-ubatan kimia, tokoh-tokoh Islam telah
memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian,
kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada
prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan
menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.
b) Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari
(farmasi) dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.
c) Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan
pengawalan etika farmasi melalui undang-undang pemeriksaan.
Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan
menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat

Bidang perubatan yang telah disumbangkan


serta dipelopori oleh tokoh-tokoh perubatan
muslim
Oftalmologi

Oftalmologi adalah bidang penyelidikan saintifik berkaitan mata dan penyakit mata.

Pada abad kesembilan, Hunayn Ibn lshak menterjemahkan karya Yunani berkaitan mata ke
dalam bahasa Arab.

Pada tahun 1050M, Ali Ibn Isa menulis buku klasik berkaitan oftalmologi yang diberi nama
Tadhkirat al-Kahhalin di Baghdad.

Pada abad ketiga belas, Ibnu Abu Al-Kawafir menulis sebuah buku tentang terapi oftalmologi
berjudul Natijah al-Fikr fi Ilaj Amrad al-Basar.

Pembedahan

Pembedahan dianggap berbeza dengan rawatan perubatan umum


yang lain kerana ia tertumpu kepada rawatan kecederaan luar dan
dalam atau rawatan penyakit dengan mengeratkan atau memindahkan
bahagian-bahagian badan secara fizikal.
Karya al-Zahrawi, al-Tasrif pada abad ke-10 dianggap sebagai
ensiklopedia perubatan agung yang menerangkan tentang
pembedahan secara terperinci dan dianggap sebagai sumbangan
terpenting kepada dunia perubatan khususnya pembedahan.

Farmakologi
Kajian mengenai bahan ubat
yang dipanggil farmaseutikal.
Bidang ini menyentuh komposisi
dadah, kandungan dadah,
interaksi, toksik, dan kesankesan yang diingini serta boleh
digunakan dalam terapi penyakit.
Bidang farmakologi menguatkan
kedudukan perubatan Islam pada
abad ke-9 apabila Yuhanna bin
Masawayh (777-857 M)
memulakan aplikasi terapi
saintifik dan sistematik di ibu
kota Baghdad.

Dan selepas itu, penamaan tumbuhtumbuhan perubatan telah diteruskan


oleh tokoh-tokoh lain sehingga abad ke14 berdasarkan fakta-fakta asli dan
sebahagian data yang dipinjam dari
tempat lain.

Pada abad ke-9, Abu Hanifah alDinawari mengumpulkan data-data


berkaitan tumbuh-tumbuhan
perubatan yang diketahui pada zaman
pra Islam untuk memberi istilah atau
nama kepada tumbuhan tersebut.

Botani
Konsep serta sifat ubat-ubatan yang
ringkas yang dibawa dari Parsi dan
India digunakan di tanah Arab.

Dalam perusahaan mereka, orang Arab


telah mengkaji suatu sistem
pengkelasan dan pengkajian
berdasarkan lima buah buku karya
Dioscorides.

Anatomi

Anatomi merupakan
satu cabang biologi
yang membincangkan
struktur dan
penyusunan organorgan tubuh makhluk
hidup.

Ia boleh dibahagikan
kepada anatomi haiwan
(zootomi) dan anatomi
tumbuhan (fitotomi).
Anatomi boleh
dipelajari mengikut
kawasan atau sistem,
contohnya dengan
mengkaji kepala dan
dada (kawasan) atau
sistem saraf dan
pernafasan. Antara
bidang utama anatomi
ialah anatomi
perbandingan, histologi
dan anatomi manusia.

Tokoh-Tokoh Perubatan dan Farmasi

Al-Razi
(Biografi)
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau
dikenali sebagai Rhazes di dunia Barat merupakan
salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran
yang hidup antara tahun 865M 925M.
Beliau telah menyumbang dalam bidang
perubatan, kimia dan falsafah.
Al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865M
(251H), dan meninggal di Rayy 925M (313H).

Sumbangan
Sebagai ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam
bidang perubatan, kimia (Alchemy), dan falsafah yang ditulis di dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam
pelbagai bidang sains.
Satu karya terbesar beliau ialah al-Hawi yang merupakan ensiklopedia perubatan merangkumi amalan terapi .

Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari
pemerhatiannya sendiri.
Al-Razi diakui telah menjumpai asid sulfurik, yang digunakan secara meluas bagi kejuruteraan kimia dan
kimia moden.

Dia juga telah menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, serta kegunaannya dalam perubatan.

Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah
terutamanya di Baghdad di mana dia mendirikan makmalnya.
Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak
hospital al-Adudi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat.

Ibnu Sina
Biografi
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husayn
ibnn Abdullah.
Dikenali sebagai Avicenna di dunia Barat. Ibnu
Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah
bersamaan dengan 980M di Afshana.
Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara
dalam bidang bahasa dan sastera.
Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu
lain seperti geometri, logik, matematik, sains,
fiqh, dan perubatan.

Sumbangan
dan karya
Bukunya al-Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.
Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas
diuniversiti-universiti Itali dan Perancis.
Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh
para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan.
Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja.
Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi,
philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak


(zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik
sehingga digelar guru ketiga.
Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya
termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan
persoalan falsafah.
Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi
yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle.
Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas
dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Falsafah dan Kepercayaan

Ibnu Sina mempercayai bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah,
air, api dan angin.
Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan
penyakit.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai
kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah.
Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.
Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras
untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himmah
Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu
percubaan untuk membahaskan zat Allah.

Al-Zahrawi
Biografi
Nama sebenar beliau ialah Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi.
Beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam dunia Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah
Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Bandar Diraja Al-Zahrah, Cordova, ibu negeri
Sepanyol(Ab. Aziz, 2008).
Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di
Sepanyol pada abad ke-10.
Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak
mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan
Moden".
Sumbangan
Penghasilan karya yang berjudul al-Tasrif Liman Ajaza An al-Talif yang memakan masa
selama 30 tahun dalam 30 jilid.
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alatalat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing.
Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai
hemofilia.
Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik
dalam pembedahan.
al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai caracara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan
kesakitan.
Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut.

Ibnu al-Nafis
Nama sebenar beliau ialah Ala al-Din Ibn Nafis.
Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria dan meninggal dunia di
Kaherah.
Beliau turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan.
Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui ronggarongga jantung dan paru-paru.
Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru.
Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria.
Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan
Antara karya beliau ialah kitab Al-Shamil fi al-Sinaat al-Tibbiyah yang merangkumi
bidang pembedahan, kitab al-Mukhtar fi al-Ughdhiyah, yang mengupas tentang
kesan diet terhadap kesihatan dan kitab al-Shamil fi al-Tibb yang menjadi sebuah
ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid tetapi terhenti di pertengahan jalan karena
kewafatannya.

Hunayn Ibnu Ishaq


Beliau merupakan seorang pengamal perubatan dan
penterjemah yang terkenal.
Beliau juga dikenali sebagai Joannitius yang dilahirkan di Hirah
(Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad.
Khalifah al-Mamun (813-833 M ) melantik beliau menjadi
pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah alMutawakkil (847-861 M) beliau dilantik sebagai doktor istana.
Hunayn Ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia
Medica oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan
hampir semua karya Galen.
Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah sangat
berguna untuk pendidikan perubatan asas.

Ali bin Al-Abbas


Beliau dilahirkan pada tahun 994M.
Beliau telah menulis sebuah buku yang bernilai dalam ilmu
perubatan berjudul al-Kitab al-Malaki.
Buku ini telah mengalami proses penterjemahan lebih dari
sekali ke bahasa Latin dan disebar ke Eropah.
Di antara pembicaraan yang amat berguna dalam buku itu
ialah mengenai ilmu makanan-makanan yang berzat dan ilmu
membuat ubat-ubat.
Dan di antara penemuannya ialah penjelasan beliau tentang
adanya gerakan darah serabut saraf, juga pembuktiannya
bahawa kelahiran bayi itu bukanlah keluar dengan sendiri,
malah dengan kekuatan kerut dan denyut otot-otot di dalam
rahim.

INSTITUSI-INSTITUSI
PERUBATAN ISLAM
Hospital
Ia dikenali sebagai bimaristan yang memberi maksud rumah pesakit.
Penubuhan hospital ini dilaksanakan oleh Khalifah Al-Walid ibn Abdul Malik, khalifah ke-6 dari
Kerajaan Bani Umayyah.
Ia didirikan di kota Damsyik pada tahun 88H/707M di bawah pembiayaan Baitul Mal.
Pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah, banyak hospital telah didirikan.
Antaranya ialah :a)
b) Hospital Al-Muqtadiri : Diasaskan pada 306H/918M oleh al-Muqtadir billah setelah mendapat
nasihat daripada Sinan ibnu Thabit ibnu Qurrah (331H/942M)
c) Hospital Al-Adudi di Baghdad : Diasaskan pada 372H/983M oleh Adud al-Daulah Ibnu
Buwaih
d) Hospital Al-Nasiri atau Al-Salahi di Fustat, Kaherah. Diasaskan pada tahun 577H/117M oleh
Salahuddin al-Ayyubi
e) Hospital Al-Atiq telah dibina di Fustat pada tahun 259H/872M oleh Ahmad ibn Tulun
f) Hospital Al-Mansuri di Kaherah : Diasaskan oleh Al-Mansur ibnu Qalawun pada 675H/1276M.
g) Hospital Qayrawan. Dibina pada tahun 830M di Tunisia. Dikenali dengan keluasannya,terdapat
ruang meunggu bagi pengunjung dan pesakit. Jururawat terdiri dari wanita Sudan dan pertama
dalam sejarah Arab. Hospital ini juga menyediakan kemudahan untuk melakukan doa

Bilangan hospital di Baghdad pada ketika ini mencecah 60 buah manakala di


Cordova sekitar 50 buah.
Hospital ini dibina berdekatan madrasah tempat pakar perubatan mendidik siswasiswa mereka.
Hospital turut dilengkapi dengan bilik mandi dan air panas yang bersambungan
dengan masjid.
Pentadbiran diketuai seorang ketua dan beberapa pembantu.
Petugas perubatan dipilih yang berprestasi tinggi tanpa mengira jantina dan
kedudukan sosialnya. Adud al-Daulah hanya memilih 3 orang sahaja daripada lebih
100 senarai yang dikemukakan.
Al-Razi sebagai contoh yang paling terkemuka dan dipilih mengetuai hospital
Al-Adudi.
Sebelum dimasukkan ke hospital, pesakit diperiksa di dewan luar hospital oleh
doktor yang menunggu dibangku.
Pesakit ringan diberi ubat dari farmasi hospital.
Pesakit yang memerlukan rawatan akan dicatat namanya dalam buku pendaftaran.

Sistem syif telah diperkenalkan tanpa mengira kedudukan seseorang doktor.


Hospital turut mempunyai dana wakaf yang mampu menampung keperluankeperluan hospital serta membiayai doktor-doktor yang memberikan
pengajaran.
Setiap tahun, dewan-dewan dikhaskan untuk kuliah-kuliah perubatan, para
pelajar menghadiri perundingan-perundingan rawatan dan memerhatikan
cara-cara rawatan doktor dan kaedah rawatan yang diberikan.
Mereka dibimbing oleh tokoh-tokoh yang terkenal.
Pada zaman Khalifah al-Muqtadir (295-320H/906-913M) dikeluarkan
arahan seseorang dibenarkan menjadi pengamal perubatan setelah diperiksa
dan diluluskan oleh doktor khasnya Sinan ibn Thabit ibn Qurrah. Farmasi
pula diawasi oleh Majlis Pengawasan.
Setiap ketua farmasi yang dilantik bertanggungjawab mengawasi dan
menyelia farmasi.

Pusat rawatan kecemasan


Orang pertama menjadikannya
sebagai pusat rawatan ialah
Ahmad bin Tulun (254270H/868-883M) terutamanya
pada hari Jumaat dan hari raya
dan disifatkan sebagai pusat
rawatan kecemasan

Rawatan perubatan dijalankan oleh para


doktor dan pakar ubat untuk merawat orangorang sakit dan orang-orang yang mengalami
kecederaan. Manakala pengajian perubatan di
masjid ini dilakukan oleh Omar bin AlMansur.
Al-Maqrizi menggambarkan masjid Ibn
Tulun di dalam Khutatnya sebagai
...dihujungnya terdapat tempat air yang
didalamnya terdapat berbagai-bagai
minuman dan ubatan. Di sana juga
terdapat seorang doktor dan seorang
pembantu duduk di dalamnya pada hari
Jumaat sekiranya berlaku sesuatu
kemalangan kepada para jemaah yang
datang bersolat.

Ketika pemerintahan
pemerintahan
Ketika
Al-Makmun, Baitul
Baitul
Al-Makmun,
Hikmah telah
telah menjadi
menjadi
Hikmah
pusat penyelidikan
penyelidikan
pusat
perubatan dimana
dimana
perubatan
banyak karya-karya
karya-karya
banyak
perubatan berjaya
berjaya
perubatan
diterjemahkan.
diterjemahkan.

Lembaga pendidikan
pendidikan
Lembaga
ini didirikan
didirikan berkat
berkat
ini
adanya usaha
usaha dan
dan
adanya
bantuan dari
dari orangorangbantuan
orang yang
yang memegang
memegang
orang
kepimpinan dalam
dalam
kepimpinan
pemerintahan.
pemerintahan.

Pada waktu
waktu itu
itu pula
pula
Pada
berkembang berbagai
berbagai
berkembang
disiplin ilmu
ilmu
disiplin
pengetahuan dan
dan
pengetahuan
peradaban yang
yang
peradaban
ditandai dengan
dengan
ditandai
tertubuhnya Baitul
Baitul
tertubuhnya
Hikmah, perpustakaan
perpustakaan
Hikmah,
besar sekaligus
sekaligus pusat
pusat
besar
kajian ilmu
ilmu
kajian
pengetahuan dan
dan
pengetahuan
peradaban teragung
teragung
peradaban
pada masanya.
masanya.
pada

Tujuan utama
utama
Tujuan
didirikan Baitul
Baitul
didirikan
Hikmah adalah
adalah untuk
untuk
Hikmah
mengumpulkan dan
dan
mengumpulkan
menyalin ilmu-ilmu
ilmu-ilmu
menyalin
pengetahuan asing
asing ke
ke
pengetahuan
dalam bahasa
bahasa Arab
Arab
dalam

Pada waktu
waktu itu,
itu,
Pada
gerakan intelek
intelek yang
yang
gerakan
hebat telah
telah bangkit
bangkit
hebat
dan mendorong
mendorong kaum
kaum
dan
muslim untuk
untuk
muslim
memperoleh ilmuilmumemperoleh
ilmu pengetahuan
pengetahuan
ilmu
zaman kuno.
kuno.
zaman

Baitul Hikmah
Hikmah
Baitul
didirikan pada
pada tahun
tahun
didirikan
832 M
M di
di Baghdad
Baghdad
832
ketika pemerintahan
pemerintahan
ketika
Dinasti Bani
Bani
Dinasti
Abbasiyah, lebih
lebih tepat
tepat
Abbasiyah,
lagi semasa
semasa
lagi
pemerintahan
pemerintahan
Khalifah Harun
Harun AlAlKhalifah
Rasyid (786
(786 M
M -- 809
809
Rasyid
M) manakala
manakala
M)
pembinaan awal
awal sudah
sudah
pembinaan
pun dimulai
dimulai ketika
ketika
pun
pemerintahan
pemerintahan
Khalifah Abu
Abu Jafar
Jafar alalKhalifah
Mansur, khalifah
khalifah
Mansur,
kedua Bani
Bani Abbasiyah.
Abbasiyah.
kedua

Baitul Hikmah

Kolej Perubatan
Ia biasanya diletakkan di bawah pentadbiran hospital.

Di antara kolej perubatan yang dibangunkan di era pemerintah Islam ialah kolej yang didirikan
oleh Abu Bakar ibn Fuwruk Al-Asbahani (406H).
Menteri Nizam Al-Mulk (408-486H) juga telah mendirikan kolej perubatan di Iraq dan
Khurasan.
Kolej perubatan juga ditubuhkan bersama bimaristan seperti kolej Hospital Al-Muqtadiri di
Baghdad yang ditubuhkan pada tahun 306H.
Untuk menghasilkan pendidikan perubatan yang tepat, Khalifah Al-Muqtadiri memerintahkan
supaya tidak ada seorang pun yang akan dibenarkan untuk mempraktikkan amalan perubatan
kecuali setelah diuji oleh bin Sinan bin Thabit Ibn Qurra.

You might also like