You are on page 1of 13

Wanita Suri Teladan Ummah!

Saidatina Khadijah Permaisuri


Hati Nabi SAW
Nama Sebenar: Khadijah binti Khuwailid
Keturunan: Bangasawan Quraish
daripada suku Bani Asad
Gelaran: Al-Thohirah bermaksud
suci maruah diri
Perkahwinan: Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada
usia 40 tahun dan dikurniakan 6 orang
cahaya mata iaitu Al-Qasim, Abdullah,
Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalthum dan
Fatimah.
Kerjaya: Tokoh perniagaan yang kaya
dan berjaya
Keislaman: Orang pertama yang menerima
Islam
Kewafatan: Tahun kesepuluh kerasulan
pada usia 65 tahun
Sifat Utama
Saidatina Khadijah seorang yang bijak bertindak.
Beliau merujuk seorang yang berilmu iaitu Waraqah
bin Naufal serta memberikan kata-kata semangat
kepada rasulullah SAW ketika baginda menerima wahyu
yang pertama di Gua Hira'.
Saidatina Khadijah mempunyai semangat pengorbanan
yang tinggi. Banyak hartanya yang digunakan untuk
membantu umat Islam pada awal Islam, termasuklah
keluarga Bani Hashim semasa dipulau oleh Musyrikin
Quraish. Pada saat kematian beliau, keseluruhan
hartanya telah dibelanjakan ke jalan Allah.
Sumbangan
Saidatina Khadijah sentiasa bersama dengan suami yang tercinta dan memberi sokongan penuh dalam
semua tindakan rasulullah SAW. Sebagai contoh, beliau menyediakan bekalan kepada Rasulullah SAW
sewaktu di Gua Hira'.
Beliau menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam.
Beliau telah membelanjakan semua hartanya untuk Islam dan membantu orang yang kesusahan dengan
hasil perniagaannya.

Iktibar
Kita hendaklah bertindak dengan bijak.
Kita hendaklah Mendermakan harta
di jalan Allah.
Kita hendaklah Bantu membantu.
Kita hendaklah Istiqomah
memperjuangkan Agama Islam.
Saidatina Aisyah Srikandi Ilmu
Nama Sebenar: Aisyah binti Abu Bakar
Keturunan: Bangsawan Quraish daripada suku Bani Taimi.
Gelaran: As-Sidiqah yang bermaksud wanita yang berkata
benar dan Al-Humaira yang bermaksud putih
kemereah-merahan.
Perkahwinan: Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan
Syawal, tiga tahun sebelum hijrah.
Kewafatan: Tahun 58 hijrah pada usia 67 tahun.

Sumbangan
Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah
dalam pelbagai bidang.
Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas
kewafatan Rasulullah.
Pakar dalam pelbagai bidang ilmu.
Sifat Utama
Cerdas dan Pintar
Saidatina Aisyah mendapat didikan daripada ayahandanya
dan daripada Rasulullah. Beliau rajin bertanya dan
selalu mengikuti majlis ilmu Rasulullah. Antara ilmu
yang dikuasainya termasuklah Al-Quran, Hadis, Bahasa
Arab, Syair dan Perubatan.

Sabar dan Tabah


Apabila difitnah oleh golongan munafik dalam
peristiwa Hadithulifk. Beliau berserah diri
kepada Allah. Akhirnya turun ayat Al-Quran
membersihkan Saidatina Aisyah daripada fitnah tersebut.

Pemurah dan Lembut Hati


Saidatina Aisyah sangat dermawan. Beliau suka bersedekah
apa sahaja yang ada di tangannya. Beliau pernah
memberikan sebiji kurma kepada seorang wanita dengan dua
orang anaknya, sedangkan itu sahajalah makanan yang
beliau ada.
Iktibar
Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar dalam bidang yang
dipelajari.
Kita hendaklah bersabar dan berdoa serta berserah diri kepada Allah.
Kita hendaklah bersedekah dan suka membantu.
Saidatina Nama Sebenar:
Gelaran:
Fatimah binti Muhammad SAW
Al-Zahra' yang bermaksud
Fatimah Ratu putih-berseri.
Perkahwinan: Berkahwin dengan Saidina Ali dan
Syurga dikurniakan empat orang cahaya
mata, iaitu Hasan, Husin, Zainab
dan Ummu Kalsum.
Kedudukan dalam Keluarga: Puteri bongsu Rasulullah dan
Saidatina Khadijah.
Keislaman: Kanak-kanak perempuan pertama
yang menerima Islam.

Kewafatan: Enam bulan selepas kewafatan


Rasulullah pada usia 28 tahun
Sifat Utama
Kasih dan taat kepada AyahAndanya
Selain menyokong usaha dakwah, beliau juga juga mengurus
makan dan minum ayahandanya selepas kematian ibunya
sehingga digelar "Ummu Abiha" yang bermasud
"ibu kepada ayahnya".

Redha dan Tabah terhadap perkara yang berlaku


pada anggota keluarganya
Saidatina Fatimah Redha dengan dugaan yang dihadapi oleh
Rasulullah SAW dan tabah menghadapi kehidupan yang serba
kekurangan.
Sumbangan
Pendorong kepada Rasulullah ketika ditentang oleh
Kafir Quraish.
Menganbil berat terhadap ayahandanya dengan memberi
khidmat bakti dalam menyediakan keperluan harian.
Berjaya mendidik anak-anaknya menjadi muslim yang
soleh.

Iktibar
Kita hendaklah menjadi anak yang soleh dan solehah.
Kita hendaklah berkhidmat kepada ibu bapa di rumah.
Kita hendaklah mendorong mewujudkan keluarga yang
mentaati Allah.
Saidatina Sumayyah
Saidatul Syuhada'
Nama Sebenar: Sumayyah binti Hubbat
Status: Bekas hamba kepada Abu Huzaifah
Al-Makhzumi.
Perkahwinan: Berkahwin dengan Yasir bin Amir.
Anaknya bernama Ammar.
Kelebihan: Wanita pertama yang mati syahid.

Keislaman: Keluarga Sumayyah antara golongan


terawal memeluk Islam.
Kewafatan: Disula dengan tombak oleh Abu Jahal.
Kesabaran yang tinggi dalam mempertahankan akidah Islam
Sumayyah dan anggota keluarganya diseksa dengan kejam
Sifat Utama ditengah kepanasan padang pasir. Sumayyah dan keluarganya
disiksa untuk kembali kepada agama asal mereka tetapi mereka
tetap beriman kepada Allah. Sumayyah akhirnya mati disiksa
oleh Abu Jahal manakala suaminya syahid akibat disiksa.
Ammar pula terus bertahan walau disiksa dengan pelbagai cara
sehingga akhirnya dia terpaksa berpura-pura mengikut
kehendak Kafir Quraish.

Sumbangan
Menjadi contoh dalam mempertahankan Agama
Islam
Sanggup menggadaikan nyawanya demi Islam.
Memberi Imej yang baik dalam memperjuangkan
akidah Islam.
Iktibar
Kita hendaklah menghargai Akidah dan Iman.
Kita hendaklah memelihara Iman daripada perkara yang boleh merosakannya.
KIta hendaklah tegas menegakkan kebenaran.
KIta hendaklah bercita-cita untuk mati syahid.

You might also like