You are on page 1of 17

PENYEWAAN RAHIM ATAU IBU TUMPANG.

1.0 MUQADIMMAH.
Penyewaan rahim atau ibu tumpangan merupakan istilah baru dalam peradaban
dunia moden. Permasalahan ini mengancam naluri keibuan wanita dengan
mengekplotasi mereka melalui manifestasi membantu pasangan mandul.
Penemuan teknologi perubatan ini turut memberi cabaran dan menyentuh
sensitivity kemuliaan manusia.

Zuriat ialah kurniaan Allah yang di berikan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Ada orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam perkahwinannya.
Ketentuan ini mempunyai hikmah tersirat yang hanya di ketahui oleh Sang
Pecipta yakni Allah Jala Waala. Walaubagaimanapun, ketentuan, menggalakkan
hambaNYA beriktiar bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Namun begitu penyelesaian yang di lakukan haruslah menepati spesifikasi yang
di tetapkan oleh syariat islam. Nasab keturunan dalam syariat islam bukan suatu
anugerah yang boleh di kongsi-bahagi sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh
di susun atur oleh manusia kerana ia adalah hak Allah secara mutlak.
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya
mempunyai titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan
sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA).
[Al-Furqan, Chapter 25, Verses 54]
Rasullullah turut bersabda di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Al-Imam
Bukhari dan Muslim yang berbunyi:
Anak di nasabkan kepada empunya ranjang (suami), dan perempuan sundal
hendaklah direjam.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

1.1 TAKRIF IBU TUMPANG.


Menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih wanita yang telah
disenyawakan dengan benih lelaki (kebiasaannya suami isteri), dan janin itu
dikandung oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak itu
diberikan semula kepada pasangan suami isteri itu untuk memeliharanya dan
anak tersebut dikira anak mereka dari sudut undang-undang.

Kaedah ini dikenali dengan sewa rahim kerana lazimnya pasangan suami isteri
yang ingin memiliki anak ini akan membayar sejumlah wang kepada ibu
tumpang atau syarikat yang menguruskan kerja mencari ibu tumpang yang
sanggup mengandungkan anak percantuman benih mereka dan dengan syarat
ibu tumpang tersebut akan menyerahkan anak tersebut setelah dilahirkan atau

pada masa yang dijanjikan.Penyewaan rahim dalam bahasa Inggeris dikenali


sebagai surrogate mother

1.2 PENYEWAAN RAHIM MENGIKUT HUKUM FIQH.


SEBAB-SEBAB PENYEWAAN RAHIM
Penyewaan rahim berlaku atas beberapa sebab:- Keadaan seseorang wanita yang mempunyai rahim yang lemah dan tidak
berupaya menyempurnakan kandungan.
-Wanita yang menghidap penyakit yang menyebabkan kematian janin sebelum
sepurna kandungan, atau pernah menjalani pebedahan yang kerap sehingga
berisiko kehilangan nyawa sekiranya mengandungkan anak.
-Kehidupan yang mewah sehingga tidak sanggup menanggung beban kesakitan
mengandung, melahirkan anak dan berpantang. Demikian juga dengan wanita
yang enggan hamil kerana ingin mengekalkan kecantikan diri yang mungkin
terjejas selepas melahirkan anak.
-Meraaikan keturunan untuk kegiatan hara, dengan menjadikan anak-anak
sebagai penghibur kelab malam (GRO).

1.3 BENTUK-BENTUK IBU TUMPANG DI LAKUKAN.

Bentuk pertama:
Benih isteri disenyawakan dengan benih suami,kemudian dimasukkan ke dalam
rahim wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih
yang baik , tetapi rahimnya dibuang kerana pembedahan , kecacatan yang
teruk, akibat penyakit yang kronik atau sebab-sebab yang lain.

Bentuk kedua:
Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan
dibekukan dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian
pasangan suami isteri itu.

Bentuk ketiga:

Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan
dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.Keadaan ini apabila suami mandul dan

isteri ada halangan atau kecacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam
keadaan baik.

Bentuk keempat:
Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain , kemudian dimasukkan
ke dalam rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit
pada ovari dan rahimnya tidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri
telah mencapai tahap putus haid (menopause).

Bentuk Kelima :
Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan , kemudian dimasukkan ke dalam
rahim isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain
sanggup mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.

1.4 HUKUM SYARAK TERHADAP PENYEWAAN RAHIM.


Islam tidak mengharuskan penyewaan rahim berdasarkan beberapa perkara:
-Tiada ikatan perkahwinan antara empunya sperma dengan ibu tumpangan.
-Bagi menghasilkan zuriat yang halal di sisi syariat, perlu ada ikatan perkahwinan
yang sempurna meliputi segenap rukun dan syarat antara lelaki dan perempuan.

Firman Allah yang bermaksud:


Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan
Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan
[Ar-Rad, Chapter 13, Verses 38]

Firman Allah lagi yang bermaksud:


Dan Allah menjadikan pasangan-pasangan (isteri) bagimu dari golongan sejenis
denganmu dan dijadikan daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit,
serta dikurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik lagi halal. Maka patutkah
mereka (yang ingkar) itu percaya kepada perkara yang salah (penyembahan
berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah
[An-Nahl, Chapter 16 , Verses 72]

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa ikatan perkahwinan yang


menghasilkan keturunan merupakan suatu nikmat kurniaan-Nya yang wajib
disyukuri. Nilai syukur pula terhasil daripada kepatuhan terhadap suruhan-Nya.

Oleh itu anak yang terhasil tanpa ikatan perkahwinan adalah bercanggah dengan
syariat.

Kesimpulan kepada permasalahan ini, perempuan yang menjadi ibu tumpangan


tidak mempunyai sebarang hubungan yang mengharuskan lelaki empunya
sperma bersetubuh dengannya. Maka, penggunaan rahim perempuan asing
untuk mengandungkan anak hasil persenyawaan sperma dan ovum pasangan
suami isteri lain tidak diharuskan syarak.

1.5 PANDANGAN PARA ULAMA MENGENAI IBU TUMPANG.

Para Ulama bersepakat tentang pengharaman ibu tumpang dalam keadaan


berikut :

-menggunakan rahim wanita lain selain isteri.

-percampuran benih antara suami dan wanita lain.

-percampuran benih isteri dengan lelaki lain,

-Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami


isteri,melainkan satu bentuk penyewaan rahim yang ulama berselisih pendapat
tentang pengharusannya yang akan dibincangkan nanti.

Antara ulama yang berpendapat haram menggunakan ibu tumpang:-

1.Sheikh Mahmud Shaltut:


(Dirasat Fiqhiyyah Muasirah,Kaherah, Universiti Al-Azhar)
Persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah
adalah jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip
dan kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat
mendapat anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan
perkahwinan.

2. Syeikh Prof. Dr. Mohammad Raafat Othman:

Perbuatan meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan


pernikahan bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun
benih yang dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan
pasangan suami isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam
rahim perempuan yang bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan
setiap perkara yang boleh membawa kepada kekecohan dan perselisihan
anatara manusia.

3. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi:


Beliau mengulas pandangan mengenai masalah ibu tumpangan yang kian
menular di Barat dengan memberi kritikan yang berbentuk sinis. Beliau
menyatakan apakah dengan tidak berpantang, mengidam serta melalui perit
getir melahirkan, dia (wanita) layak digelar sebagai ibu. Cukuplah hanya
mempertaruhkan sel telur yang di tumpangkan sebagai sewaan. Walaupun sel
telur itu penting untuk menghasilkan genetic tetapi ia tidak cukup meghasilkan
nilai keibuan. Beliau mengatakan nama ibu itu di ambil daripada perkataan arab
walidah yang bererti perempuan yang melahirkan. Manakala anak adalah awlad
yang bererti di lahirkan. Ini bertepatan dengan;

Firman Allah Taala yang bermaksud:


Dan kami wajibkan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman, Chapter 41, Verses 14]

Dalam Firman Allah Taala yang lain:


Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang
yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu
mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan
mereka.
[Al-Mujadala, Chapter 58, Verses 2]

Terdapat juga pandangan ulama yang mengatakan harus dalam penggunaan ibu
tumpang. Namun begitu mereka meletakkan syarat-syarat yang amat ketat.
Antaranya:

- hendaklah berhati-hati dalam menggunakan kaedah ini supaya benih tidak


bercampur.

- kaedah ini boleh di gunakan dalam keadaan darurah sahaja.

- wanita yang menbuat pensewaan rahim itu hendaklah mempunyai hubungan


sah dengan si suami atau lebih mudah kita kata suami itu mempunyai dua isteri.

Antara ulamayang mengatakan harus menggunakan ibu tumpang:

1. Dr Muhammad Bakar Ismail (Kaherah, Dar Al-Manar)


Beliau berpendapat penyewaan rahim bagi bentuk ini adalah harus kerana
kedua-dua wanita tersebut adalah isteri bagi suami yang sama dan isteri yang
lain secara sukarela mengandungkan anak bagi madunya. Dalam keadaan ini ,
bapa anak tersebut telah pasti dan ikatan kekeluargaan wujud dalam lingkungan
yang baik, begitu juga tidak wujud pencampuran nasab dari sudut suami dan
isteri jika sikap berhati-hati diambil kira bagi memenuhi syarat-syarat yang
menjamin tidak berlaku percampuran nasab. Oleh sebab itu, Al- Mujamma AlFiqhi li Rabitoh Al-Alam al-Islami secara majority mengharuskan penyewaan
rahim bentuk ini dalam daurah ketujuhnya, dengan syarat pengawasan yang
betul-betul sempurna agar tidak berlaku percampuran benih, kerana kesilapan
dalam percampuran benih dengan yang lain akan member kesan kepada
generasi demi generasi.

Adapun ulama mengatakan harus pada sesetengah masalah ini, namun mereka
juga turut tidak mengalakkan kita mencubanya hatta mereka lebih cenderung
kepada pengharaman secara langsung kaedah ini kerana satu nas yang amat
kuat dari;

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:


Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas dan di antara
keduanya perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahui kebanyakan daripada
manusia. Barangsiapa yang
menjauhi syubhat (kesamaran), maka dia telah membebaskan agama dan
kehormatannya. Barangiapa melakukan perkara kesamaran itu, dia mungkin
akan terjatuh kepada perkara yang

haram.Seumpama pengembala yang mengembala berhampiran taman larangan


mungkin gembalaannya diragui akan ke sana. Bukankah bagi setiap raja ada
taman larangannya? Sesungguhnyakawasan larangan Allah SWT ialah perkaraperkara yang diharamkannya.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

BAYI TABUNG UJI


2.0 MUQADDIMMAH
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan
dia jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenarbenarnya tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan
tiada seprang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya esok
(sama ada baik atau buruk) . dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di
bumi mana dia akan mati.
(Surah Luqman,ayat 34)
Ilmu Allah adalah ilmu yang berbentuk azali dan sarmadi, iaitu tidak terbatas dan
tidak disempadani tempat dan masa tertentu.
Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan
zuriat mula disentuh oleh sarjana islam,Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal
tahun 70-an. Tulisan beliau mengenai perkara itu disiarkan dalam salah satu
keluaran majalah AL-Waayu AL-Islami yang diterbitkan di Kuwait pada masa itu.
Dalam keadaan isu tersebut masih begitu baru dan belum mendapat perhatian
ahli fikah,tuntutan bagi mendapatkan penjelasan terhadap persoalan tersebut
begitu diperlukan bagi mengimbangi kemajuan sains dalam kehidupan yang
cukup mencabar.
Proses reproduksi buatan yang dinamakan juga bayi tabung uji
mengajak kita untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha
bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
Kami ciptakan manusia

Dia mengetahui apa jua dalam rahim wanita

Setiap gerak usaha walaupun dikerjakan dengan kebijaksanaan manusia,


hasilnya tetap bergantung kepada kudrat dan ketetapan Allah secara azali.
Kejayaan sanitis perubatan dalam mengetahui jantina janin yang masih berada
dalam rahim tidak sedikit pun memberi kesan terhadap pernyataan Allah Dia
mengetahui apa jua yang ada dalam rahim wanita secara mutlak.

SEJARAH BAYI TABUNG UJI


Saintis ulung,Ibnu Khaldun dan beberapa ahli falsafah islam sebelum beliau
seperti Ibnu Sina dan al Farabi mencetuskan idea penciptaan manusia

seumpama itu.Ibnu khaldun mengemukakan idea ini ketika beliau mmbahaskan


perihal kimia mengikut pendapat generasi terdahulu dalam penulisan
Muqaddimah beliau yang mashyur. Beliau menulis :
Berpegang kepada apa yang disebut oleh Ibun Sina,al-Farabi dan atToghrani,manusia berkemungkinan akan terbentuk daripada mani dalam
suasana tabii yang bersesuaian.
Suansana tabii yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ialah rahim. Kemudian
dengan membuat pemerhatian dan penelitian kepada unsurunsur,perbandingam,lingkungan dan aturan kejadian di dalam rahim,kita dapati
bahawa kejadian manusia benar-benar terbentuk sebegini tanpa ada sebarang
percanggahan dengan teori.
Ibnu Khaldun ialah saintis Arab Muslim yang menerima andaian kejdian manusia
daripada mani. Walau bagaimanapun, pandangan beliau masih agak kabur pada
ketika itu lantaran pencapaian ilmu pada zaman itu belum melewati tahap
penemuan sebagaimana hari ini.
Dalam memperkatakan sains kemanusiaan,Ibnu Khaldun menerima bahawa
manusia terjadi melaui suatu proses yang kompleks. Kisah penemuan bayi
tabung uji tersebar dengan meluas ketika itu sehingga pelbagai penyelidikan dan
eksperimen dijalankan oleh doktor-doktor perubatan Amerika mengenainya. Satu
percubaan memindahkan embrio berusia lima hari dari rahim ibunya ke rahim
perempuan kedua dibuat. Janin ini hanya dikandung selama sembilan bulan dan
berjaya dilahirkan oleh ibu kedua dengan selamat.
Kebanyakan kemandulan didapati berpunca daripada tiub fallopio yan tersekat
sehingga menyebabkan ovari tidak dapat mengeluarkan ovum. Walau
bagaimanapun, aplikasi penemuan ini dibantah oleh sebahagian sarjana kerana
dikira sebagai perjanjian perut kontrak yang melibatkan penyewaan sementara
rahim seseorang wanita kepada suami perempuan yang bermasalah untuk
hamil. Melaui cara ini, bayi tersebut seolah-olah dibeli oleh perempuan yang
mandul, kemudian dinasabkan kepada pasangan mandul tersebut secara
tabanni, iaitu dengan menasabkan anak itu kepada pasangan itu. Jadi sanitis
Amerika meneroka cara tersendiri dengan menjalankan proses persenyawaan di
dalam rahim perempuan yang ingin menjadi ibu kepada bayi tersebut.
Penemuan ini menyumbangkansuatu kemajuan dalam ilmu sains genetik. Dalam
hal ini,empunya ovum tidak diiktiraf sebagai ibu kepada bayi yang
dilahirkan,sebaliknya wanita yang mengandung dan melahirkan mendapat hak
sebagai ibu.

Proses kejadian Tabung Uji

GAMBAR HIASAN
Menurut Dr. Mohamad Ali al-Bazz dalam penulisan beliau bertajuk Kejadian
Manusia antara Kemajuan Perubatan dan Penjelasan Al-Quran,proses kejadian
bayi tabung uji secara zatnya sangat ringkas dan mudah.

Asas pembentukan:
- Bermula dengan ovum yang dikeluarkan oleh ovari diletakkan di dalam radas
khas dengan perlindungan cecair fisiologi yang sesuai.
- Kemudian sperma lelaki dicantumkan dengan ovum untuk untuk
disenyawakan.
- Apabila persenyawaan sempurna membentuk zigot,sel tersebut akan
mmbahagi dua.
- Kemudian membentuk empat sel dan seterusnya membentuk lapan sel.
- Proses ini berlaku pada hari keempat selepas persenyawaan ,dan
dinamakan tahap marula yang menyerupai bentuk buah mulberi.

3.0 PENGEKALAN ZURIAT MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAT ISLAM


Islam menggalakkan umatnya meramalkan zuriat melalui perkahwinan. Rasullah
berkata yang bermaksud:
Berkahwin kamu,lahirkan zuriat dan ramalkan, sesungguhnya aku
berbangga dengan (ramainya) kamu,umat(ku)pada hari kiamat.
(Direkodkan oleh Nasai)
Persetubuhan adalah satu-satunya cara untuk melahirkan keturunan. Islam
mensyariatkan satu wasilah terbaik untuk menghalalkan persetubuhan,dengan
mewujudkan ikatan perkahwinan. Melalui peraturan suci ini sekalian umat dapat
mengecapi keharmonian hidup yang sempruna.
Terdapat banyak nas yang memberi galakan kepada umat islam untuk
berkahwin.Allah memberitahu dalam ayat yang bermaksud:
Dan di antara tanda0tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya,dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tandatanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah ar-Rum,ayat 21)
3.1 Faedah Perkembangan Zuriat
- Berusaha mencapai reda Allah dan Rasul dengan menambah keturunan yang
menjadi kebanggaan Rasulullah pada hari kiamat.
- Melahirkan anak-anak yang soleh yang dapat memohonkan kerahmatan
untuk ibu bapa.

- Anak yang soleh merupakan aset kekal setiap manusia yang mampu
memberi kebajikan kepada diri mereka selepas mati. Pahala untuk mereka
sentiasa bertambah melaui amalan yang dikerjakan oleh si anak beserta doa dan
kesejahteraan yang dipohonkan.
- Anak-anak yang meninggal ketika kecil menjadi taruhan yang dapat
dimanfaatkan pada hari kiamat kelak dengan pengampunan dosa dan pemberian
syafaat kepada ibu bapa mereka.

Kehamilan dan Masalah kemandulan.


Kehamilan berlaku secara semula jadi melalui hubungan jenis antara suami
isteri. Al-Ghazali menyebut dalam Ihya Ulumuddin,kehamilan lazimnya terjadi
dalam empat peringkat yang saling memerlukan iaitu:
Pernikahan melalui akad yang sah.
- Terpancar air mani ke dalam rahim
- Persetubuhan yang dilakukan dengan penuh sabar sehingga mencapai inzal.
- Ditempatkan zakar kekal di dalam faraj.
Janin terjadi daripada percantuman sperma dan ovum melalui perantaraan
zakar ,namun ketiadaan zakar juga memungkinkan berlakunya percantuman
sperma dan ovum. Oleh kerana itu sarjana fikah menetapkan bahawa orang yang
terpotong keseluruhan zakarnya masih mampu memperoleh anak selagi masih
mempunyai testis. Maka isteri mereka diwajibkan iddah kerana mampu hamil
melalui penempelan testi ke vagina sehingga terpancutnya mani.
Maka dapat disimpulkan bahawa perhubungan sejenis antara suami isteri
berlaku secara tabii melaui pertemuan dua anggota seksual dengan dorongan
naluri yang ada dalam jasad mereka.

Punca Kemandulan
Punca kemandulan lelaki:
- Mati pucuk- ketiadaan upaya untuk melakukan hubungan seksual disebabkan
oleh sesuatu penyakit.
- Putus zakar- zakar yang terpotong kesemuanya atau sebahagian
daripadanya dengan keadaan sudah tidak boleh digunakan untuk bersetubuh.
- Ketiadaan testis atau kasi-terputus dan tercabut kedua-dua buah zakar
dengan keadaan zakar masih kekal di tempatnya.
Selain tiga sebab di atas ,mandul juga berlaku disebabkan oleh penyakit seperti
radang yang kronik,telur yang tidak turun ke kantung telur,penyakit yang
menyebabkan kekeringan dan kerencatan fungsi kelenjar serta gangguan
kesihatan mental dan masalah ekonomi.
Punca kemandulan wanita:

- Ratq tersumbat bersedaging dan melekat atau faraj yang tersumbat


dengan daging dan dapat dilihat pada bahagian luar.
- Qurn bertemu dua bahagian yang melitupi atau sesuatu yang terdapat di
dalam faraj perempuan seperti gigi yang menghalang persetubuhan.
- Afl bengkak yang terjadi di antara qubul dan dubur wanita yang baru
melahirkan anak sehingga menyempitkan faraj dan tidak dapat dimasuki zakar.
Selain tiga sebab di atas,terdapat sebab-sebab lain yang menggagalkan
kehamilan seperti radang yang berpanjangan pada uterus,pinturahim
tersumbat,tiub fallopio tersekat,tumor rahim.

TEKNOLOGI REPRODUKSI BANTUAN

GAMBAR HIASAN SUNTIKAN SPERM KE DALAM OVUM

Teknologi reproduksi bantuan atau bantuan penghamilan ialah rawatan


kesuburan yang di beri kepada pasangan yang gagal mendapat anak melalui
kaedah semula jadi. Pihak isteri perlu mendapatkan bantuan penghamilan
apabila menghadapi masalah. Antara faktor-faktor yang memerlukan teknlologi
reproduksi bantuan ialah:

4.1Faktor yang boleh dirawat tanpa bantuan penghamilan


Kehilangan kesuburan pada lelaki atau perempuan akibat penyakit kelamin
yang terjadi disebabkan perlakuan zina,liwat dan amalan seksual luar tabii.
-Berlaku koyakan pada rahim,kehilangan darah yang banyak dan jangkitan
kuman pada rahim akibat keguguran yang berlaku pada kehamilan sebelumnya.
- Tiub fallopio,rahim dan pelvis mengalami radang akibat oenggunaan pil
pencegah kehamilan atau akibat melakukan persetubuhan semasa haid.

4.2 Faktor yang memerlukan rawatan bantuan penghamilan


- Kenadiran,kelemahan dan kekurangan sperma.
- Kehadiran cecair pangkal rahim yang mematikan sperma.
- Terdapat halangan untuk sperma masuk ke dalam saluran peranakan.
- Kedudukan rahim yang beralih dari tempatnya.
- Tiup fallopio tertutup.

4.3 Hukum Mengeluarkan Sendiri Cecair Sperma

Dalam menjalankan rawatan bantuan penghamilan,air mani suami atau keduadua suami dan isteri diperlukan. Pengeluaran sendiri cecair sperma
menggunakan tangan disebut onani. Sebahagian daripaeda meraka
mengharamkan perbuatan onani kerana termasuk dalam perlakuan maksiat dan
mereka yang melakukannya boleh dikenakan hukum takzir atau denda.
Sebahagiannya pula mengharuskannya dalam keadaan darurat,manakala
sebahagian yang lain mengharuskan secara mutlak.

Penggunaan Manusia Dalam Eksperimen


Tujuan disyaratkan agama islam ialah untuk memastikan kesejahteraan manusia
seluruhnya didunia dan di akhirat. Para ulama menggariskan tiga perkara utama
yang dapat merealisasikan kesejahteraan manusia iaitu:
- Dharuriat (keperluan utama)
Dharuriat ialah perkara yang diperlukan untuk hidup (keperluan vital). Imam
asy-Syatibi mendifinisikan dharuriat sebgai unsur-unsur yang tidak perlu ada
bagi mencapai kesejahteraan dalam beragama dalam beragama dan kehidupan
dunia.
- Ketiadaan unsur-unsur ini akan merencatkan ksejahteraan
dunia,memporak-perandakan kehidupan,menyebabkan kemusnahan dan hilang
matlamat hidup,sementara di akhirat akan mendapat azab sehingga manusia itu
mendapat kerugian yang nyata.
- Hajiat (keperluan sampingan)
Keperluan yang tidak mencacatkan kehidupan dengan ketiadaannya,tetapi
dapat membuatkan manusia hidup dalam keadaan terhimpit dan menyusahkan.
- Oleh yang demikian Islam memberi kelonggaran kepada umatnya bagi
menghilangkan kesusahan itu. Contoh dibolehkan mereka meninggalkan puasa
Ramadhan akibat sakit atau sedang bermusafir.

- Tahsiniat (keperluan tambahan)


Penyempurnaan tatacara hidup dan menjauhi segala perkara yang
menimbulkan kecelaruan dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
- Ringkasnya,tahsiniat ialah suruhan ke arah kemuliaan akhlak seperti
larangan mencela orang lain,menipu,menyakiti orang lain dan memperagakan
diri bagi wanita untuk menggoda kaum lelaki.
Menjaga kesejahteraan jiwa manusia adalah perkara yang menjadi maksud
kewujudan syariat islam. Kerana itu, manusia di tuntut mendapatkan rawatan
dan tidak membiarkan diri dihinggapi penyakit. Perkara ini bersesuaian dengan
suruhan Rasulullah dengan katanya yang bermaksud:
Berubatlah,sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit
kecuali ada cara untuk diubatkan,
[Direkodkan oleh Abu Daud]

Etika Eksperimen
- Eksperimen yang dijalankan bermatlamatkan ke arah kemajuan ilmu
pengetahuan.
- Eksperimen yang sama tidak dapat dijalankan ke atas haiwan, atau sekiranya
dijalankan ke atas haiwan tidak memberi hasil yang diingini.
- Penyelidikan mesti dihentikan sebaik sahaja hipotesis dibuat atau disahkan.
Penggunaan manusia sebagai bahan eksperimen dilakukan seminima mungkin
dengan kadar risiko terendah.
- Penyelidikan dilakukan oleh mereka yang layak,mempunyai pengalaman dalam
corak penyelidikan yang dijalankan,mampu membuat analisis ilmiah dan
bertanggungjawab menjaga individu yang terlibat daripada sebarang
kemudaratan yang mungkin berlaku.
- Individu yang terlibat sebagai bahan eksperimen perlu mengetahui secara
sempurna tujuan eksperimen dijalankan dan segala risiko yang mungkin terjadi.

5.0 PERMANIAN BERHADAS


5.1Definisi
Permanian berhadas atau pesum dari segi bahasa bermaksud perbuatan
menjantani haiwan yang boleh mengakibatkan kebungtingan. Sarjana
fikahmendifinisikan istilah permanian beradas hanya dengan pelbagai takrif.

5.2 Persenyawaan Benih Dalaman


Proses persenyawaan berlaku apabila cairan mani dipancarkan dari zakar ke
dalam faraj. Proses persenyawaan sebegini berlaku sama ada secara semula jadi
melaui persetubuhan atau melalui bantuan perubatan(tanpa persetubuhan).
Persenyawaan benih secara bantuan perubatan adalah inisiatif bagi
pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak. Sperma dimasukkan ke
dalam rahim isteri dalam keadaan isteri menelentang selama beberapa jam bagi
membantu sperma bergerak ke arah ovum yang menanti di tiub fallopio.
Proses ini dijalankan pada hari kesuburan berdasarkan pemeriksaan suhu
badan wanita dan pusingan haid setiap bulan. Kehadiran ovum juga boleh
diketahui dengan meletakkan sejenis kertas yang mengandungi bahan kimia
tertentu di pintu rahim bagi mengesan kehadiran gula yang mengisyaratkan
pengeluaran ovum.
Proses pesum buatan juga dijalankan untuk pasangan yang ingin melahirkan
anak mengikut jantina pilihan mereka. Doktor pakar akan mengasingkan
spermayang menghasilkan anaklelaki atau perempuan sebelu proses
persenyawaan dijalankan.

5.3 Persenyawaan In Vitro


In vitro ialah proses persenyawaan yang dijalankan di luar rahim,yang mana
percantuman sperma dan ovum dilakukan di dalam piring petri. Selepas berlaku
beberapa tahap perkembangan sel di dalam piring petri,zigot yang terhasil
dimasukkan ke dalam rahim ibu. Tumbesaran zigot berlaku dalam rahim ibu
sehingga sempurna membentuk janin. Proses in vitro dijalankan apabila berlaku
permasalahanseperti tiub pallopio tersumbat.

Penggunaan Sperma atau Ovum Pihak Ketiga


Sekiranya suami tidak mampu menyediakan sperma,isteri memerlukan
sumbangan daripada penderma bagi melakukan proses reproduksi buatan. Bagi
tujuan itu,bank mani diwujudkan untuk membekalkan sperma hasil sumbangan
pihak tertentu.
Fenomena penggunaan mani lelaki asing ini pernah berlaku dalam sejarah
kehidupan masyarakat Mesir dahulu kala. Wanita yang gagal hamil akan
menemui bidan bagi mendapatkan rawatan. Bidan akan meletakkan cebisan
kapas yang mengandungi air mani lelaki asing pada faraj wanita itu,tanpa
diketahui oleh wanita terebut. Sekiranya penyebab gagal hamil itu disebabkan
kemandulan di pihak suami,maka kenungkinan wanita itu untuk hamil adalah
tinggi.
Fenomena ini juga sinonim dengan nikah al-istibdaa yang berlaku secara
meluas di kalangan bangsa Arab jahiliah sebagaimana yang direkodkan oleh
Bukharidan Abu Daud.

Hukum Menyumbangkan Benih kepada Pihak Asing


Perkembangan terkini dunia perubatan mengajak kita untuk membicarakan
apakah ada keharusan bagi insan ketiga menyumbangkan air maninya kepada
pasangan yang bermasalah dalam mendapatkan anak. Lebih-lebih lagi mutakhir
inti tertubuh bank-bank mani untuk menjaga dan mengurus sunbangan serta
penggunaan mani untuk orang umum.
Islam merupakan agama yang mengiktiraf dan menjaga kehormatan seseorang
individu dan tidak membiarkan sama sekali jasad dan jiwa manusia dinodai
seluruhnya, walau dengan tangan pemilik jasad itu sendiri. Manusia sama sekali
tidak boleh dizalimi,dibunuh,diseksa dan dibinasakan,diganggu ketenteramannya
walau dengan satu kalimah.
Dalam hal ini, hukum yang terlaksana berlandaskan syariat dari langit sudah
tentu berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia. Sebahagian negara
barat melarang ovum dan sperma diperdagangkan,tetapi membenarkan
pendermaanmya. Islam yang menitikberatkan nilai kemuliaan dan syariat yang
mencorak nilai kehidupan yang sebahagiannya tidak terjangkau dek
pemikiran,tetap mengharuskan penggunaan mani dengan sewenang-wenangnya
walaunpun setitik. Ini kerana,syarat asas untuk menentukan pemilikan ke atas
sesuatu itu tidak bercanggah dengan syariat, aturan adat dan adab. Individu dan
apa jua yang berkait dengan individu itu tidak boleh dimanfaatkan oleh orang

lain sebaliknya hanya berhak dipergunakan untuk kegunaan sendiri sahaja.


Pendermaan sperma dan ovum tidak boleh diqiaskan dengan keharusan
menderma darah kerana derma darah diharuskan untuk keperluan darurat.

PERSPEKTIF SYARAK TERHADAP TEKNOLOGI REPRODUKSI BUATAN.


6.1Keharusan Reproduksi Buatan
Persenyawaan sperma suami dan ovum isteri yang dilakukan di dalam rahimi
isteri adalah harus hukumnya apabila pasanganitu tidak dapat menghasilkan
anak secara semula jadi. Namun perlu dipastikan bahawa sperma yang
disenyawakan benar-benar milik si suami dan tidak perlu dipastikan bahawa
sperma yang disenyawakan benar-benar milik si suami dan tidak berlaku
pertukaran dengan sperma orang lain. Perkara ini penting bagi memastikan anak
yang lahir terhasil daripada mani yang halal di dalam kedua-dua perihal.iaitu
perihal keluar dan perihal dimasukkan ke dalam rahim. Anak yang memenuhi
ketetapan tersebut akan sabit nasab sebagaimana anak yang terhasil daripada
persetubuhan berdasarkan pandangan daripada pendapat-pendapat sarjana
fikah.
Menurut pendapat mazhab Hanafi,memasukkan mani ke dalam rahim wanita
tanpa memasukkan zakar atau menggunakan sebarang alat dapat diterima akal
dan syarak. Oleh yang demikian,bagi lelaki yang terpotong keseluruhan batang
zakarnya masih sabit nasab ke atasnya kerana air maninya dapat dimasukkan ke
dalam faraj secara temeplan dan pancutan. Syarat mani yang diwajibkan iddah
dan disabitkan nasab hendaklah halah dalam perihal inzal(keluar dari testis) dan
perihal isidkhal atau persenyawaan dilakukan.
Menurut pendapat mazhab Maliki,akal dan syarak menerima kemasukan mani ke
dalam faraj dengan kemasukan batang zakar atau tanpa kemasukan. Kemasukan
mani itu disabitkan iddah. Tidak wajib mandi ke atas perempuan apabila masuk
mani ke dalam farajnya tanpa melakukan persetubuhan,melainkan terjadinya
orgasme atau terjadi kehamilan. Apabila anak itu lahir,maka dia disabitkan ke
atas ibunya dan sabit pertalian dengan suami ibunya atau tuan ibunya atau
empunya mani(dalam hal persetubuhan syubhat) sekiranya dapat dipastikan
anak itu terhasil daripada mani siapa. Sekiranya tidak diketahui pemilik mani itu,
maka wanita itu patut dikenakan hukuman hudud dan anak yang terhasil tidak
dikira daripada persetubuhan syubhat.
Menurut pendapat mazhab Syafie pula,memasukkan manike dalam faraj
dihukumkan sama seperti persetubuhan dalam mewajibkan idddah dan sabit
nasab kerana lebih memungkinkan kehamilan berbanding semata-mata
memasukkan zakar. Demikian juga sabit nasab kepada lelaki yang terpotong
zakarnya dalam keadaan testis masih ada kerana inzal boleh berlaku dengan
tempelan. Namun disyaratkan bahawa kemasukan mani itu halal dengan
mengambil kira perihal keluar dan masuk mani sebagaimana disepakati
sesetengah sahabat,dan sesetengah mereka berpendapat halal diambil
dikeluarkan dari testis tanpa melibatkan perbuatan haram dan sempurna
disenyawaakan di dalam rahim dengan cara halal id sisi syarak.
Dalam mazhab hambali pula, dapat diterima akal untuk mani masuk ke dalam
faraj tanpa kemasukan zakar. Meraka berpendapat mani yang halal diambol kira

perihal keluar sahaja tanpa disyaratkan perihal dimasukkan ke dalam rahim.


Mani halal yang dimasukkan ke dalam rahim apabila menghasilkan anak
disabitkan nasab dan iddah ke atas ibu. Manakala memasukkan mani ke dalam
rahim wanita asing tidak dikira zina, maka tidak perlu dikenakan hukuman
hudud.
Daripada pendapat-pendapat sarjana fikah ini dapat disimpulkan bahawa:
- Sabit nasab selagi anak yang dilahirkan terhasil dalam ikatan perkahwinan
yang sah,atau terhasil daripada persetubuhan nikah fasid dan persetubuhan
syubhat,berdasarkan perkiraan syarak yang menetapkan nasab kepada
empunya ranjang.
- Nasab,iddah dan rujuk disabitkan dengan memasukkan mani yang
halal,sebagaimana disabitkan nasab,iddah dan tempoh rujuk pada anak yang
terhasil daripada persetubuhan.
- Memasukkan mani tanpa kemasukan zakar ke dalam rahim diharuskan
syarak serta diterima akal selagi ada ikatan yang sah.
- Mani halal diambil perkiraan mengiktu perihal keluar dan masuk ke dalam
faraj sebagaimana disepakati dan ditarjih,dengan apa cara sekalipin termasuk
dengan menyetubuhi dubur isteri. Apabila isteri memasukkan mani tersebut atau
meleleh ke dalam farajnya,sabit nasab anak kepada si suami,kerana dikira mani
tersebut halal hasil persetubuhandengan isterinya.

6.3Larangan Reproduksi Buatan


Persenyaaan bantuan antara sperma dan ovum bukan suami isteri
Kesemua proses persenyawaan bantuan antara sperma dan ovum daripada
pasangan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan adalah dilarang di sisi
syarak. Larangan ini berlaku ke atas zigot yang dibesarkan dalam kandungan
isteri mahupun ibu tumpangan,kerana dikhuatiri membawa kepada kecelaruan
nasab.
Proses persenyawaan sebegini dianggap seumpama perlkuan zina walaupun
tidak berlaku persetubuhan. Pihak pemerintah perlu menetapkan satu hukuman
takzir yang sesuai bagi menghalang perkara ini dilakukan demi menjaga
keturunan yang begitu dititkberatkan oleh syarak.
Persenyawaan buatan ke atas perempuan yang tidak bersuami
Persenyawaan buatan yang dilakukan ke atas perempuan yang tidak bersuami
adalah haram hukumnya kerana terpaksa menggunakan sperma lelaki asing.
Prses persenyawaan sebegini tersebar dengan meluas di negara-negara Eropah
selepas bercambahnya firma penjagaan mani yang berperanan menjual mani
golgongoan cendekiawan,jaguh olah raga,artis terkemuka dan penerima
anugerah antarabangsa.
Fenomena sebegini sebenarnya bukan perkara yang baru dalam kehidupan
manusia. Realitinya,pernikahan istibdaa yang terkenal pada zaman jahiliah
kembali dipraktikkan oleh generasi kini dengan konsep yang lebih luas di negara
yang mendakwa kononnya mereka terkehadapan dalam kemajuan hidup.

Persenyawaan bantuan antara sperma dan ovum pasangan suami isterri


untuk dibesarkan dalam rahim ibu tumpangan
Persenyawaa yang dijalankan di luar rahim antara benih suani isteri untuk
dibesarkan dalam kandungan ibu tumpangan adalah tidak diharuskan. Proses
sebegini biasanya dijalankan apabila isteri tidak mempunyai rahim yang baik
untuk mengandung atau sengaja tidak mahu mengandung. Ibu tumpangan atau
rahim sewaan adalah bercanggah dengan peraturan syariat.

KESIMPULAN
Sesungguhnya para ulama dan pengamal undang-undang masih
membincangkan perkara ini dan tidak bersepakat dalam menentukan hokum
dalam masalah yang disebutkan tadi. Di Barat, terdapat aliran yang kuat
memberikan hak kepada ibu yang melahirkan contohnya di Britain. Manakala di
California, pemilik benih dikira sebagai ibu sebenar dari sudut undang-undang.Di
Itali, undang-undang melarang penyewaan rahim tetapi menerima sekiranya
dengan kerelaan individu sendiri. Suatu persoalan yang boleh ditimbulkan di
sebalik permasalahan sewa rahim ini : Tidak adakah kaedah lain yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah isteri yang tidak dapat mengandung
sedangkan beliau berkeinginan memiliki anak selain daripada penyewaan rahim?
Segalanya mungkin dengan perkembangan teknologi terbaru dalam bidang
perubatan moden.Namun, ternyata apabila manusia tidak menjadikan agama
sebagai pegangan dan akhlak sebagai benteng, berlaku pelbagai kepincangan
yang mengundang kemusnahan dan kecelaruan kepada institusi masyarakat.

You might also like