You are on page 1of 3

Penulisan Sebenar

1.0 PENGENALAN
Amalan bertarannum merupakan suatu kesukaan buat masyarakat arab. Hal ini
menggambarkan keadaan mereka yang sering menyanyi dan bertarannum dalam
kebanyakan keadaan. Contohnya masyarakat arab akan menyanyi sambil menjual
barangan, wanita yang berkabung menyanyi kesedihan kerana kematian orang yang
dikasihi dan kanak-kanak bermain sambil bernyanyi. Impaknya, tarannum atau
melagukan bacaan al-quran sudah menjadi identiti masyarakat arab. Justeru sehingga
masa kini ilmu tarannum berkembang serta diketahui sebagai satu seni dan kemahiran
yang mampu menambah kekhusyukan pembaca dan pendengar. Malahan, ia
disampaikan melalui beberapa tobaqat untuk membezakan harakat dan mahattahnya
yang membezakan beberapa jenis kaedah bacaan tarannum seperti bayati, hijjaz,
nahwand dan lain-lain lagi. Oleh demikian, penulisan ini akan menjelaskan jenis
tarannum dan harakat dalam bacaan al-quran bagi tarannum hijjaz dan nahwand secara
terperinci.

2.0 JENIS TARANUM DAN HARAKAT


Sebelum mengenali jenis-jenis tarannum dan harakatnya, kita seharusnya
mempunyai pengetahuan terhadap definisi tarannum. Menurut Lukman (2010),
tarannum dari sudut bahasa berasal dari perkataan tarannama yang bererti menyanyi,
mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu.dengan itu, setiap perkara
yang menghasilkan bunyi atau suara yang menarik untuk didengar disebut sebagai
nyanyian (tarannum). Manakala dari sudut istilah pula, tarannum bi al-quran ialah suatu
ilmu atau kaedah yang membicarakan tentang kepelbagaian bunyi mengikut proses
nada, rentak dan irama yang tertentu bertujuan untuk menambahkan keelokan seni
bunyi sesuatu bacaanal-quran.
Ciri-ciri yang perlu pada tarannum bi al-quran iaitu ada tiga:
1. Nada iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara.
2. Rentak iaitu gerakan untuk menghidupkan bunyi suara.
3. Irama iaitu akunan atau bentuk bunyi.

Selain itu, lagu terbahagi kepada dua; pertama ialah lagu dasar utama dan lagu
furu’ atau lagu cabangan seperti bayati, soba, hijaz, nahawand, rast, sika dan
jiharkah. Kedua ialah lagu-lagu furu’ atau cabangan. Antaranya ialah ajam, syura,
kardi, husaini, bustanjar, iraqi, nawa asar, zanjaran, romal dan isyaqi (Najmiah &
Yakub, 2017). Pembahagian ini dikhususkan oleh Dato’ Hajjah Rogayah binti sulong
merupakan seorang pakar tarannum terkenal di malaysia.

Seterusnya, harakat pula gaya alunan sesuatu tarannum yang tersusun daripada
beberapa qita’ah dengan mahattah yang tertentu. Hal ini mempunyai kaitan dengan
dua jenis harakat yang biasa digunakan dalam bacaan al-quran. Menurut Lukman
(2020), harakat tersebut ialah harakat tajwid dan harakat tarannum.

Harakat tajwid ialah kadar panjang dan pendek sesuatu huruf atau kalimah yang
dibaca, sama ada panjangnya 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 harakat. Kadar ini berbeza di
antara satu mad dengan satu mad yang lain seperti mad tabi’I penjangnya 2 harakat
dan mad lazim 6 harakat.

Harakat Tajwid

Harakat tarannum pula

2.1 TARANUM HIJAZ


Taranum Hijaz diambil dari suatu kawasan dalam negara arab saudi iaitu
termasuk kota mekah dan madinah. tarannum hijaz amat popular dan pernah
menjadi pelopor tarannum dahulu. Pada istilahnya tarannum hijaz adalah suatu
alunan yang di popularkan oleh qari-qari hijaz mengikut budaya bangsanya yang
hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit-bukau dengan batu-batu
pejalnya. Kini lagu hijaz diubahsuai dan dimasyhurkan oleh pakar-pakar
tarannum Misri dengan alunan mengikut zouq budaya Mesir. Manakala menurut
Yusri (2009) dalam website Dokumen Indonesia, tarannum hijaz diubahsuai oleh
qari-qari mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan nil
yang begitu subur menghijau.
Justeru terdapat lima sifat tarannum hijaz iaitu 1. gerak lambat tetapi berkesan. 2.
ketegasan pendorong semangat. 3. kelincahan menghidupkan persembahan. 4.
sesuai dengan mana-mana tabaqat dan sesuai dengan ayat perintah. 5. tegas
atau marah. Manakala Peranan tarannum hijaz ialah memberi semangat kepada
persembahan, memberi kepuasan kepada pendengar, memberi tenaga kepada
tarannum sesudahnya, menunjukkan ketegasan kepada mesej al-quran, dapat
menimbulkan kesenian fasahah al-quran dan dapat menimbulkan perasaan
mengkagumi mukjizat al-quran. Oleh itu, tarannum hijaz masih menjadi salah
satu lagu yang sering digunakan oleh qari-qari yang menyertai musabaqah
terutamanya bagi mereka yang mempunyai kelebihan pada suara tegas yang
bertujuan memberikan impak terhadap lagu hijaz menjadi kemas dan baik.

2.2 TARANUM NAHWAND


Lagu nahawand berasal daripada nama satu tempat yang terletak di daerah
hamdan dalam negara parsi kini adalah iran. Lagu nahawand ini juga
dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zouq budaya tempatan dan
kini diubahsuai oleh pakar tarannum misri mengikut zouq dan budaya mesir. Dari
sudut istilah pula, nahwand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh qari dari daerah tersebut
mengikut citarasa dan sosiobudaya yang tersendiri (Hashim, 2011). Memahami
kedua-dua definisi tersebut, jelas bahawa tarannum nahawand yang bermula dari
daerah hamdan telah diubahsuai dan berkembang disebabkan perubahan
sosiobudaya daerah tersebut.

Sifat tarannum nahwand juga mempunyai lima sifat iaitu, 1. gerak ringan
berkesan, 2. kelembutan bersopan, 3. sederhana memikat jiwa, 4. kehalusan
seni, 5. sesuai dengan tobaqat sederhana. Seterusnya peranan tarannum
nahawand ialah melembutkan bacaan, menenangkan jiwa pembaca dan
pendengar, sesuai dengan ayat memohon dan bercerita dapat menimbulkan
kesenian fasahah al-quran dan dapat menimbulkan perasaan mengkagumi
mukjizat al-quran. Oleh itu, tarannum nahawand menjadi kebiasaan lagu yang
sering diguna pakai oleh qari-qari kerana sifat dan peranannya mudah
disesuaikan terhadap mana-mana ayat al-quran.

3.0 PENUTUP
4.0 RUJUKAN

You might also like