You are on page 1of 9


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
PENDIDIKAN INKLUSIF
PIMK3132
Nama : ANIS KHAIRUNNISA’ BINTI ALIAS
Angka Giliran : 2018202340063
No Kad Pengenalan : 980607-11-5186
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2018
Kumpulan/Unit : 5.01
Nama Pensyarah Kursus : PN. RABAISHAH BINTI AZIRUN
Tugasan Tarikh Tarikh Markah
Mula Hantar Wajaran
1. Penulisan Akademik 21/9/2020 5/10/2020
2. Penulisan Rancangan 5/10/2020 19/10/2020
Pengajaran Individu
3. Pembinaan Bahan 19/10/2020 2/11/2020
Bantu Mengajar
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
Penghargaan

Bismillahirrahmanirahim,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin kurnia-Nya terhasilnya kerja
kursus projek bagi subjek Pendidikan Inklusif ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan,
Nabi Muhammad S.A.W.

Melalui kerja kursus ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melakar sepatah
dua kata dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung untuk menjayakan hasil kerja kursus saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rabaishah Binti
Azirun, selaku pensyarah kelas saya bagi subjek ini kerana telah memberi sokongan dan
kelulusan untuk saya melaksanakan kerja kursus projek ini. Beliau juga telah banyak
meluangkan masa dalam meberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan
kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya tercinta, iaitu Encik Alias bin Awang Teh dan Puan Siti
Zaharah binti Zakaria, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan
kewangan kepada saya sepanjang masa.Akhir kata, ucapan terima kasih ini juga ditujukan
kepada sahabat seperjuangan saya yang banyak membantu dan membetulkan kesilapan
yang saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja

i
.

Isi kandungan

Perkara Halaman
Penghargaan i
Isi kandungan ii

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK


1.0 Pengenalan 1
2.0 Ulasan Kritis Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas 1
3.0 Penutup 3
Rujukan 4

TUGASAN 2: PENULISAN (PERANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU)


Perancangan Pengajaran Individu Pendidikan Islam Tahun 1 (Masalah

Pembelajaran)

TUGASAN 3: PEMBINAAN BAHAN BANT MENGAJAR


QR code
Manual Penggunaan

ii
TUGASAN 1:
PENULISAN
AKADEMIK

iii
1.0 Pengenalan

Pendidikan inklusif merupakan satu wadah dalam Pendidikan dan perlu diberi ruang
untuk berkembang. Perkataan inklusif diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu
“inclusive” yang bermaksud merangkumi (Kamus Dewan Bahasa, 2005). Inklusif dapat
difahami sebagai proses pengintegrasian murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik
darjah yang biasa (Lee, & Sailajah, 2018). Oleh itu dapat disimpulkan daripada kedua-
dua definisi ini bahawa Pendidikan inklusif bermaksud murid-murid berkeperluan khas ini
akan digabungkan untuk berlajar bersama-sama dengan murid tipikal atau arus perdana
di dalam kelas yang sama dan guru yang biasa. Hal ini dilaksanakan untuk memastikan
semua murid berpeluang untuk merasai kemudahan persekitaran pembelajaran yang
normal dan kondusif secara sama rata tanpa mengira status.

Berdasarkan Konvensyen Salamanca pada tahun 1994 satu persetujuan bersama


telah dicapai bagi menjayakan pendidikan inklusif. Mengikut Stainback & Stainback
(1990), program inklusif ialah tempat di mana setiap murid diterima dan mempunyai
sokongan daripada rakan-rakan dan komuniti sekolah dengan keperluan pendidikan
untuk mereka disediakan. Manakala Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu
program yang ditawarkan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk belajar
bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah
yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa
mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.

2.0 Ulasan Kritis Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas


Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) di
sekolah, terdapat beberapa perkara yang dapat dikupas. PPI berkonsepkan Pendidikan
demokrasi iaitu bagi memastikan tidak wujud jurang antara murid arus perdana dan
Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam menimba ilmu. PPI juga menekankan tentang
keadilan terutamanya kepada MBK agar mereka tidak berasa tersisih untuk
mendapatkan hak Pendidikan yang sewajarnya sesuai dengan kemampuan akademik
mereka walaupun dari segi fizikalnya terdapat kekurangan dan kelainan daripada murid
arus perdana (Zalizan Mohd Jelas, 2009). Antara matlamat PPI ialah memberi peluang
kepada MBK untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum
bersama-sama murid normal agar mereka tidak berasa terasing. Selain itu, PPI
bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid berkeperluan khas tentang cara-
cara bersosial yang boleh diterima oleh masyarakat. Contohnya, cara bergaul bersama
murid-murid arus perdana di dalam kelas. Menurut Zaleha Tambi Adam (1997),

1
matlamat PPI juga adalah melahirkan murid bekeperluan khas yang berjaya dalam
bidang kurikulum dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu untuk memantapkan
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial agar mereka dapat berdikari dan
membina kerjaya dengan lebih baik.
Seterusnya, Dasar Pendidikan Inklusif di Malaysia telah diperkenalkan dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1996 sebagai sebahagian daripada
perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Seterusnya, Pendidikan untuk kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas
penglihatan dan pendengaran disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta
Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala murid bermasalah pembelajaran menerima
Pendidikan di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah biasa. Pada tahun
2013, Program Pendidikan Khas Integrasi yang merupakan program bagi MBK di
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dijalankan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Bukan itu sahaja, Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
diperkenalkan sebagai panduan kepada guru untuk membuat tempoh percubaan iaitu
selama tiga bulan bagi menentukan kesesuaian keperluan MBK.
Pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif termasuklah pentadbir
sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), guru pendamping, Guru Pendidikan
Khas, Badan Kerajaan, dan Badan Bukan Kerajaan. Pentadbir sekolah iaitu Guru Besar,
Penolong-penolong Kanan serta Penolong Kanan Pendidikan Khas berperanan untuk
memastikan warga sekolah, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid bekerjasama agar
PPI dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu dari segi iklim pembelajaran yang mesra,
pengurusan data dan proses serta memantau penambahbaikan pengajaran dalam
kalangan guru (Wong, Rosadah, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2014). Selain itu, guru
pendamping pula bertanggungjawab untuk menjaga MBK disamping membantu guru
arus perdana semasa PdP dan menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
GBK pula akan bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan
MBK dan berkolaborasi dengan guru arus perdana untuk membincangkan tentang isu-
isu yang dihadapi oleh MBK semasa PPI agar strategi penambahbaikan dapat dirancang
(Norafifah Bali & Mohd Hashim Othman, 2017).
Guru pendidikan khas pula berperanan untuk mengenalpasti MBK yang sesuai
ditempatkan dalam PPI. Seterusnya, murid dan ibu bapa berperanan untuk bekerjasama
dalam mewujudkan budaya inklusif. Akhir sekali ialah Badan Kerjaan dan Badan Bukan
Kerajaan yang berperanan dan bertanggungjawab dari aspek menyediakan sumber
kewangan dan keperluan khas kepada MBK untuk memastikan mereka dapat
menjalankan pembelajaran tanpa sebarang masalah.

2
Lain daripada itu, kejayaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia telah didorong
oleh 4 faktor kritikal iaitu peralatan serta infrastruktur yang disediakan, peranan
masyarakat dan bantuan personel. Khidmat sokongan dari aspek peralatan dapat
menjamin keberkesanan PPI. Contohnya, penyediaan mesin braile, kanta pembesar,
kerusi roda, dan peralatan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) seperti CCTV. Begitu
juga dengan faktor infrastruktur seperti susur landau (ramp), susur tangan (railing),
tandas OKU, longkang yang bertutup, kerusi, meja, rak buku dan almari yang mencukupi
serta susun atur yang kondusif mampu memudahkan pergerakan MBK. Kejayaan PPI
juga dipengaruhi sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat dari aspek sikap
keterbukaan dan penerimaan serta pandangan yang positif terhadap pelaksanaannya.
Sokongan mereka berkenaan penyertaan murid dalam PPI tanpa risau akan murid arus
perdana tidak dapat menerima anak mereka di kelas biasa dan mempercayai kreadibiliti
guru di dalam kelas dalam memberikan bimbingan telah menjadikan PPI sebagai satu
usaha yang berjaya. Manakala, rakan sekelas MBK pula dapat menerima mereka
sebagai kawan serta melakukan interaksi sosial seperti bekerjasama.
Guru arus perdana pula sedar dan bersifat terbuka untuk berkolaborasi dengan guru
pendidikan khas dan berjaya menyahut cabaran tanggungjawab yang diberikan oleh
pentadbir. Faktor terakhir iaitu bantuan personel atau perkhidmatan sokongan yang
diterima seperti dari Pakar Perkhidmatan Bahasa dan Pertuturan, Pakar Audiologi,
Pakar Pediatrik, Jurupulih Kerja, Juruterapi Fizikal, Kaunselor dan Pakar Psikologi,
Kakitangan Sosial, Guru Pendidikan Khas dan guru biasa. Semua bantuan personel ini
telah menjayakan pelaksanaan PPI dalam menjamin kualiti keberkesan PPI di sekolah-
sekolah Malaysia (Lee, & Sailajah, 2018).

3.0 Penutup
Konklusinya, jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni, dengan izin Allah kejayaan perlaksanaan Program Pendidikan
Inklusif dapat dikecapi. Hal ini signifikan kerana PPI membuka ruang dan peluang
kepada murid berkeperluan khas bagi mendapatkan suasana pengajaran dan
pembelajaran serta menyesuaikan diri dari segi aspek pergaulan sosial bersama warga
sekolah dan komuniti setempat agar output mereka lebih berjaya dan dapat berdikari
menguruskan diri tanpa bantuan penjaga malah mampu berbakti untuk masyarakat.

3
Rujukan

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis Panduan Pendidikan Inklusif. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysian. (2019). Konsep, Matlamat, Objektif, dan Pelaksanaan
PPI. Diakses pada 27/9/2020 daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-
turun/pendidikankhas/program-pendidikan-inklusif/bahan-rujukan/1717-ringkasan-
program/file
Lee Keok Cheong, & Sailajah Naik Sukulmaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Chin Ho, Rosadah Abdul Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar.
(2014). Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif: Tahap Keprihatinan Pentadbir
dan Guru Sekolah. Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-
UPI SEMEO SEN Siri 4/2014. Halaman 281-282.
Norafifah Bali & Mohd Hashim Othman. (2017). Keterlibatan Dan Cabaran Guru Bimbingan
Dan Kaunseling Sekolah Terhadap Murid Berkeperluan Khas. Jurnal Kerja Sosial
Asia (Jilid 2, No. 2, 2017, Halaman 1 hingga 10)
Stainback, W., & Stainback, S. 1990. Support networks for inclusive schooling:
Interdependent integrated education. Baltimore: Paul H. Brooks.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zalilan Mohd. Jelas. (2009). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep &
Amalan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

4
TUGASAN 2:
PENULISAN
(PERANCANGAN
PENGAJARAN
INDIVIDU)

You might also like