You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : Keenam MINGGU

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 19 Julai 2019 6


Tajuk : Murid tidak dapat bekerjasama dalam kumpulan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di kelas Tahun 2
Seran. Setiap kali ingin menjalankan aktiviti kumpulan, murid akan berebut untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid yang tidak mempunyai keyakinan
diri yang tinggi akan ketinggalan dan tidak mendapat peluang untuk membuat aktiviti
kumpulan. Murid yang mementingkan diri akan menonjol dan tidak menghiraukan ahli
kumpulan yang lain. Murid yang ketinggalan akan berasa tersisih dan merasakan guru tidak
memberi peluang kepadanya unutk bercakap. Oleh sebab itu, mereka kurang berminat
dalam pdp yang dirancang.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca murid tidak dapat menjalankan tugasan dalam kumpulan adalah kerana kurang
keyakinan diri dalam kalangan murid. Sikap murid yang pemalu juga akan menjadikan
murid-murid menjadi pasif dan tidak berani untuk melibatkan diri. Secara tidak lansung,
murid yang lemah tidak akan dapat mencapai proses pdp yang telah dijalankan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Devito ( 1997) mendefinasikan kumpulan sebagai himpunan individu yang berstruktur dan
berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Definisi menggariskan tiga unsur asas
yang membentuk kumpulan iaitu matlamat, interaksi dan struktur. Tanpa unsure-unsur ini
sesuatu himpunan individu itu tidak boleh dikatakan sebagai kumpulan. Napier dan
Gershenfeld ( 1993) berpendapat lima hinggaa tujuh orang adalah bilangan yang optimum.
Walau bagaimanapun saiz kumpulan yang optimum sebenarnya bergantung pada bentuk
tugasan dan matlamat kumpulan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Memberikan butang giliran kepada murid di dalam kumpulan
ii) Mengubah kedudukan murid
iii) Menyuruh murid yang pasif menjawab soalan.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan iaitu saya akan memberi peluang kepada murid yang pasif
untuk menjawab soalan dan menyediakan butang giliran agar murid tidak ketinggalan dalam
pdp.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 23 Julai 2019

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang boleh melibatkan diri secara aktif dalam pdp yang telah saya
rancangkan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya berpuas hati dengan peningkatan minat murid saya untuk terlibat dalam aktiviti
kumpulan . Ganjaran juga diberikan kepada kumpulan murid yang menunjukkan sahsiah
yang baik dan mampu bekerjasama sesama mereka.
RUJUKAN
Ezhar Tamam, ( 1999 ) Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil, Penerbit Universiti Putra
Malaysia, Malaysia, Serdang.
Arends, R. I. (2001). Learning to Teach (Edisi Kelima). New York: McGraw-Hill Co.

Rashid, N. A., Boon, P.Y., Ahmad, S. F. (2017). Murid dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________
Tandatangan
Nama : _____________________
Tarikh : _____________________

You might also like