You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : Keempat MINGGU

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 25 Julai 2021 4


Tajuk : Tidak Menumpukan Perhatian Ketika Dalam Kelas Maya.

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:


Pada akhir bulan Julai ini, saya telah memfokuskan isu murid tidak menumpukan
perhatian ketika dalam sesi PdPR. Masalah yang dihadapi ialah murid tidak fokus dan
tumpukan perhatian semasa kelas berlangsung. Ketika menjalankan aktiviti, murid tidak
memberi respon dan melaksankan kerja yang lain.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Punca yang dapat saya kenalpasti daripada isu ini ialah saya hanya menggunakan bahan
bantu mengajar yang biasa. Akibat daripada bahan bantu mengajar itu, murid agak bosan
ada ada yang tidak fokus. Kesannya juga terhadap murid lemah yang kelihatan keliru dan
tidak faham terhadap pengajaran saya.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Menurut Sulaiman (1997) terdapat pelbagai cara untuk menarik minat murid dalam kelas
iaitu dengan menggunakan alat bantu mengajar yang menarik

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Memberi keutamaan kepada terapi main dalam setiap aktiviti dalam aktiviti
pembelajaran yang dirancang.
ii) Menjadi sedikit tegas kepada murid apabila mengajar kelas tersebut.
iii) Menggunakan ICT sebagai tarikan murid untuk belajar secara didik hibur.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan menjalankan tindakan pembetulan iaitu lebih tegas dalam mengajar mereka
dan menerapkan terapi main juga memanfaatkan ICT dalam aktiviti pembelajaran agar
mereka tidak berasa bosan ketika sesi pembelajaran dijalankan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


26 Julai 2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan susulan yang telah dilaksanakan sesuai dengan cadangan telah memberi impak
positif kepada pembelajaran kelas tahun 6 Rahmat. Hal ini dapat diihat daripada aktiviti
lembaran kerja yang dilakukan oleh murid. Hal ini bermaksud, mereka telah memberi
tumpuan ketika saya mengajar dalam whatsapp video call dan telah menyebabkan
mereka dapat menguasai isi pembelajaran yang telah gariskan pada hari ini.
9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA
ADA) :
Kesan daripada tindakan susulan ini, murid tahun 6 Rahmat dapat menguasai isi
pembelajaran yang telah saya gariskan. Hal ini juga telah menjadikan prestasi mereka
meningkat sesuai dengan objektif pembelajaran yang telah saya rancang. Objektif
pembelajaran juga tercapai dengan jayanya.

RUJUKAN
Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi teori dan praktikal. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like