You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Pertama MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 18 Februari 2021 1
Tajuk : Masalah PdPr Secara Maya

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya telah melihat cara pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Saya
dapati kebanyakan guru menggunakan aplikasi Whatsapp dan telegram untuk
menjalankan PdP. Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah guru-guru tanya meminta
murid menonton video dan membuat latihan yang diberi. Kumpulan whatsapp yang
diwujudkan hanya boleh melihat kerja yang diberi sahaja, tanpa komen atau bertanya
soalan berkaitan pembelajaran. Jika berlaku ketidakfahaman murid perlu mesej guru
secara personal.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca yang dapat dikenalpasti ialah kewujudan kumpulan whatsapp dan telegram yang
khas untuk admin sahaja adalah kerana untuk mengelakkan ibu bapa bertanyakan soalan
yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana ada ibu bapa yang respon mengikut emosi jika
berlaku salah faham ketika PdPr secara maya. Sedia maklum, halangan sebegini sering
berlaku kerana penulisan secara bukan verbal sering kali disalah erti dan menyebabkan
isu marah memarahi dan berlaku masalah tidak puas hati. Kesan daripada pembelajaran
ini, guru-guru tidak boleh mengukur kefahaman murid yang sebenarnya dalam
menghadapi pelajaran pada hari tersebut. Ada juga yang ibu bapa dan adik beradik lain
yang melakukan kerja mereka untuk memenuhi kehadiran sahaja. Hinggakan ada yang
tidak perlu menyertai kelas dan terus menyepi.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet
yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka
berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Memberi peluang kepada murid untuk komen dan beri respon terus di dalam
Whatsapp.
ii) Mengajar secara segerak dengan sentiasa memantau dan mengadakan soal jawab di
dalam kumpulan whatsapp untuk menguji kefahaman semasa kelas berlangsung.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu dengan menjalankan PdP secara
bersemuka menggunakan medium whatsapp video call. Seterusnya saya akan membuka
ruang soal jawab dan komen di dalam group whatsapp untuk murid-murid bertanyakan
JURNAL MINGGUAN

soalan dan menjawab soalan secara segerak semasa PdP dijalankan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


21 Februari 2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui respon
murid apabila selesai menggunakan whatsapp video call. Mereka menyatakan kefahaman
yang tinggi walaupun berlaku gangguan dalam mengaplikasian medium tersebut. Saya
juga telah memberi lembaran kerja secara maya dan murid menghantar kerja dengan
markah yang baik. Sesi soal jawab juga dijalankan kepada murid-murid yang ingin
bertanya semasa kelas berlangsung.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Kesan daripada tindakan yang telah saya laksanakan ialah saya berasa puas hati dengan
sedikit perubahan tingkah laku pelajar tersebut. Walaupun ia tidak dapat kekal bertahan
lama namun ia cukup membantu dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.

RUJUKAN
Rheingold, H. (2004). Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 24 November
2016 dari http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like