You are on page 1of 13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

(Laporan antara 2000 patah perkataan)

NAMA PELAJAR : MUHAMAD NUR AIMAN BIN ISMAIL


PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAAN SEREMBAN 2B
NAMA PROJEK/AKTIVITI : KAEDAH “PALANG OH PALANG” DALAM OPERASI BAHAGI
TEMPOH PELAKSANAAN : 18 FEBRUARI – 15 MAC 2019

PENGENALAN :

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan
perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap
dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 5 Intelek di SK Seremban 2B untuk
lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran oparasi bahagi yang dianggap sukar dan
membosankan.
Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan peperiksaan Matematik
Tahun 5 tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa item berkaitan topik operasi bahagi merupakan
item wajib dan perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari topik-topik lain
seperti wang dan sukatan. Kelemahan murid-murid dalam topik bahagi boleh menyebabkan
pembelajaran mereka dalam topik-topik lain seperti pecahan, perpuluhan, wang dan sukatan
menjadi sukar, kerana dalam setiap topik berkenaan ada pengiraan melibatkan operasi bahagi.
Jika murid dapat menguasai kemahiran asas bahagi, kemungkinan besar mereka akan
berpeluang memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau peperiksaan matematik
yang dijalankan.
Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah merasakan
bahawa satu kaedah diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat melakukan operasi bahagi
dengan betul agar dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam akademik khususnya
dalam matapelajaran matematik agar tidak ketinggalan berbanding dengan murid-murid lain.
Saya juga yakin jika saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
matematik, sikap negatif murid-murid akan berubah dan pencapaian mereka dalam
matapelajaran matematik dapat diperbaiki. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan
inovasi dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya berpendapat dengan
penggunaan Kaedah ‘Palang Oh Palang’ yang juga merupakan bahan bantu belajar dapat
membantu murid-murid saya menguasai kemahiran dalam operasi bahagi nombor lima digit
dengan satu digit atau dua digit.

PERNYATAAN MASALAH

Operasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid berbanding

tiga operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut beliau dalam penulisannya

iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion on Multiplication/ Division

Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab dan bahagi adalah lebih lambat jika dibandingkan

dengan tambah dan tolak (Robinson, 2006). Selain itu juga, bahagi merupakan operasi yang lebih

kompleks jika dibandingkan dengan operasi tambah tolak dan darab. Sebagaimana yang

dinyatakan oleh Rich dan Schmidt dalam buku Review of Elementary Mathematics pada tahun

1997 iaitu pendaraban boleh didefinasikan sebagai penambahan berulang, dan operasi bahagi

boleh ditakrifkan sebagai penolakan secara berulang (Parkes A., 2008). Selain itu, operasi bahagi

ini juga menjadi masalah kepada murid kerana operasi ini tidak mempunyai algoritma iaitu bentuk

lazim seperti operasi yang lain. Hal ini juga turut dinyatakan oleh (John Back, 2007), algoritma

pembahagian tidak sama seperti algoritma penambahan, penolakan dan pendaraban di mana

operasi bagi algoritma ini diselesaikan dari kanan ke kiri, manakala algoritma pembahagian

diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan. Hal ini menunjukkan operasi

bahagi kelihatan sangat-sangat berbeza berbanding operasi lain. Oleh yang demikian, murid

kurang mempraktikkan operasi ini dan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam

menyelesaikan masalah berkaitan operasi ini menjadi lemah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan soalan yang melibatkan operasi bahagi nombor 5-

digit dengan 1-digit dan 2-digit menimbulkan masalah yang agak serius dalam kalangan murid-

murid saya. Saya telah mengenalpasti beberapa kecuaian dan kesilapan yang dilakukan oleh
mereka semasa menjalankan ujian pra test dan menyemak buku latihan mereka. Antara kecuaian

atau kesilapan yang dilakukan adalah seperti di bawah :

Gambar 1 : Contoh Jawapan Murid

Kesukaran yang sering dihadapi oleh murid apabila nombor yang dibahagi adalah besar

iaitu nombor lima digit seperti soalan dalam Gambar 1. Saya dapati kebanyakan murid tidak

menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul dan hal ini menyebabkan pembahagian digit

seterusnya adalah salah, seterusnya jawapan yang diperolehi juga adalah salah.

Kesukaran ini berlaku kerana kurangnya penguasaan sifir dan tidak mengikut langkah-

langkah yang betul dalam pengiraan bentuk lazim bagi operasi bahagi tersebut. Murid telah

melakukan kesilapan dengan menurunkan 2 setelah digit 5 dibahagi 2, sepatutnya murid

menurunkan 4 dibawah digit 5. Apabila langkah permulaan dengan menurunkan nombor yang

salah, maka langkah-langkah seterusnya juga adalah salah. Sikap sambil lewa dalam kalangan

murid saya dan penguasaan sifir yang lemah antara punca kegagalan mereka dalam menjawab

soalan-soalan melibatkan operasi bahagi yang saya berikan dalam ujian diagnostik dan latihan

harian.
Gambar 2 : Contoh jawapan murid

Dalam Gambar 2 pula, murid saya telah melakukan kesilapan dalam menulis hasil bahagi.

Murid saya menulis 5 sebagai hasil bahagi digit 5 dengan 5, di mana sepatutnya murid menulis

1 sebagai hasil bahagi dan ditulis atas garisan, atas digit 5. Kesilapan pertama yang dilakukan

menyebabkan langkah-langkah pengiraan seterusnya juga adalah salah dan akhirnya jawapan

yang diberikan juga salah. Pengetahuan dan pemahaman mengenai prosedur menjalankan

operasi bahagi bentuk lazim juga menjadi isu permasalahan dalam kalangan murid-murid Tahun

5 Intelek.

OBJEKTIF :

1. Memperkenalkan inovasi kaedah menjawab soalan operasi bahagi yang menarik dan
menyeronokkan kepada murid bagi mata pelajaran matematik.
2. Menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran matematik.
3. Membantu murid untuk mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi seperti menganalisa,
menilai dan membuat sintesis.
4. Memupuk semangat kerjasama, dan pembinaan sepasukan.
STRATEGI PERLAKSANAAN:

TARIKH PERLAKSANAAN

FASA SEBELUM
Sewaktu praktikum kedua di Sekolah Kebangsaan Seremban 2B,
saya telah mencadangkan satu projek inovasi yang boleh digunakan
oleh sekolah dan guru khususnya dalam mata pelajaran Matematik.
Oleh itu, pada minggu pertama saya berjumpa dengan guru
pembimbing, Puan Thilagawathy a/p Perumal untuk berbincang
tentang projek inovasi yang boleh dilaksanakan di sekolah. Beliau
18 FEBRUARI 2019 telah mencadangkan beberapa projek yang boleh dilakukan di
HINGGA sekolah. Beliau mencadangkan saya untuk melakukan pemerhatian
22 FEBRUARI 2019 mengenai cara murid menjawab soalan bahagi. Beberapa perkara
yang ditekan adalah cara pembinaan sifir dua digit sewaktu menjawab
soalan bagagi
Sewaktu pemerhatian saya, saya telah mengenal pasti masalah
utama yang berlaku iaitu murid kurang mahir dalam membina sifir dan
kurang mahir untuk menjawab soalan bahagi dengan baik. Setelah
berbincang dengan beliau tentang masalah tersebut, akhirnya kami
mendapat keputusan muktamad bagi projek inovasi kali ini iaitu
dengan menggunakan kaedah “Palang Oh Palang” dalam membina
sifir untuk menjawab soalan bahagi. Saya telah merangka kertas kerja
cadangan untuk diberikan oleh guru pembimbing. Selepas itu, saya
menunjukan kertas kerja tersebut kepada beliau untuk disemak.
Seterusnya, kertas kerja yang disemak, saya memohon kelulusan
daripada Pn Harlina binti Sulaiman selaku Guru Besar untuk
mendapatkan kelulusan dalam penghasilan inovasi ini.
Hasil daripada kelulusan tersebut, saya berjumpa dengan guru
pembimbing untuk memaklumkan tentang kelulusan tersebut. Saya
memulakan penghasilan projek ini saya yang diberi nama sebagai
‘Palang Oh Palang’. Saya juga meminta bantuan daripada guru
pembimbing untuk mendapatkan kelas 5 Intelek bagi membantu saya
dalam projek inovasi ini. Saya telah menjalankan projek inovasi
mengikut fasa sebelum, semasa dan selepas supaya projek ini
dilaksanakan secara tersusun. Saya juga telah merangka jadual masa
untuk penghasilan projek inovasi ini supaya lebih sistematik dan
efektif.
Saya telah membuat pembacaan dan pencarian dalam internet
untuk penghasilan inovasi tersebut. Pada awal permulaan, saya telah
mengariskan beberapa panduan yang hendak digunakan untuk
inovasi ini. Pertama saya perlu memfokuskan cara membina sifir
dengan mudah untuk menjawab soalan bahagi. Kedua, saya juga
perlu memudahkan murid untuk tidak keliru untuk meletakan nombor
pendarab dan hasil darab pada tempatnya.
Susulan daripada itu, saya juga meminta bantuan pendapat
daripada pensyarah pembimbing dan rakan internship dalam
penghasilan projek ini. Hal ini adalah untuk mendapatkan pandangan
mereka sama ada projek ini sesuai ataupun tidak.

FASA SEMASA
Selepas mendapat kelulusan daripada guru besar, saya memulakan
projek inovasi dengan melakukan sesi pengajaran mengenai topik
bahagi 2 digit dengan menggunakan kaedah biasa iaitu dengan
merujuk buku teks. Murid diajar bagaimana cara membina sifir
menggunakan kaedah tetulang. Pada 28 Februari 2019, murid diajar
sekali lagi dengan kaedah pengulangan mengenai cara membina sifir
menggunakan kaedah tetulang untuk menjawab soalan bahagi
25 FEBRUARI 2019 selama 10 minit. Setelah itu, 3 orang murid akan dipilih secara rawak
HINGGA untuk menjawab soalan bahagi di papan putih dengan bimbingan guru
8 MAC 2019 selama 20 minit Kemudian, murid akan diberi soalan pre test untuk
dijawab oleh semua ahli kelas seramai 27 orang. Masa diberi untuk
menyiapkan 6 soalan tersebut ialah selama 30 minit. Kemudian kertas
lembaran tersebut dikutip untuk dianalisis.
Kemudian daripada hasil kerja mereka itu, saya semak dan saya
dapati sebahagian besar murid di kelas 5 Intelek tidak dapat
menjawab semua 6 soalan tersebut. Majoriti di antara mereka hanya
mampu menjawab 4 soalan sahaja daripada 6 soalan yang diberi.
Setelah itu, pada 4 Mac 2019, saya laksanakan satu lagi ujian yang
dipanggil ujian pos atau “post test” pada kelas dan bilangan murid
yang sama. Sama seperti ujian “pre test” saya akan memberikan
penerangan dahulu kepada murid tentang cara menjawab soalan
bahagi dengan mudah dengan mengunakan kaedah “Palang Oh
Palang” di mana murid akan diajar cara membina sifir dengan
menggunakan 9 petak dengan kedudukan 3 x 3. Nombor petak
dijadikan nombor pendarab dan nombor di dalam kotak dijadikan
sebagai hasil darab. Kemudian saya menerangkan kepada murid
akan cara meletakkan nombor pada tempatnya di mana nombor
pendarab diletakkan di atas garisan bentuk lazim dan hasil darab
diletakkan dibawah. Dengan kaedah ini murid tidak keliru untuk
menjawab soalan bahagi kerana murid akan mengetahui cara memilih
nombor petak yang sesuai dengan nombor yang ingin dibahagikan.
Setelah memberi penerangan yang jelas, saya memanggil tiga orang
murid secara rawak untuk menjawab soalan bahagi yang diberikan
pada papan putih. Pada ketika ini, murid dapat menjawab dengan baik
dengan bantuan guru. Selain itu, murid dapat membina sifir dengan
lebih cepat. Setelah selesai menjawab soalan di papan putih, saya
memberikan lembaran kerja “post test” kepada 27 orang murid. 30
minit diberikan kepada murid bagi menyiapkan soalan tersebut.
Terdapat 6 soalan mudah di dalam lembaran kerja “post test”. Setelah
tamat 30 minit, lembaran kerja tersebut dikutip dan dianalisis
sejauhmana murid mampu memanfaatkan kaedah palang oh palang.
Kemudian, lembaran kerja kedua disemak dan saya mendapati
peningkatan namun terlalu kecil peningkatan tersebut. Terdapat
hanya lebih kurang 4 orang yang mampu menunjukkan kefahaman
akan cara baru yang diajar. Hal ini bermakna hanya lebih kurang 5
peratus murid kelas 5 Intelek mampu menjawab soalan bahagi
dengan baik. Itupun tidak ada seorang murid pun yang mampu
menjawab soalan dengan kesemuanya betul. Markah yang paling
tinggi dicapai oleh murid kelas ini ialah 4 soalan dijawab dengan betul
daripada 6 soalan yang diberikan.
Semasa sesi perlaksanaan dilakukan saya juga merekod video bagi
menilai dan membetulkan kelemahan yang wujud dalam
perlaksanaan inovasi ini. Saya juga membuat rakaman video kerana
menjadi syarat dalam perlaksanaan internship. Dalam proses ini saya
banyak merujuk kepada rakan-rakan-rakan yang mahir dalam bidang
teknologi. Hal ini kerana saya kurang kepakaran dalam penghasilan
video. Beberapa cadangan dan idea yang diberikan menjadi panduan
kepada saya untuk menghasilkan video yang baik. Aplikasi yang saya
gunakan adalah Filmora. Aplikasi ini mudah digunakan dalam
membuat video kerana ia bersifat mudah susun atur. Saya hanya
perlu memasukan gambar dan video maka secara mudah filmora
akan cuba untuk menyusun menjadi lebih baik dan teratur. Namun,
terdapat pelbagai aplikasi lain yang boleh digunakan untuk
menjadikan sesuatu video menjadi lebih menarik.
Selain itu, saya juga menyediakan panduan tentang kaedah Palang
Oh Palang. Panduan tersebut telah dilampirkan bersama kertas
cadangan. Semoga pengkongsian ini akan membantu murid-murid
dalam mewujudkan semangat dalam menjawab soalan bahagi yang
kita sedia maklum bahawa bahagi merupakan topik yang sukar di
dalam subjek matematik. Sementara itu, guru-guru yang mengajar
Matematik boleh mengunakan inovasi ini sebagai medium pengajaran
mereka kepada murid-murid. Maka, secara tidak langsung murid akan
lebih mudah untuk membina sifir dalam menyelesaikan masalah
bahagi.

11 MAC 2019 FASA SELEPAS


HINGGA Saya telah membuat satu mesyuarat post mortem bagi mengenal
15 MAC 2019 pasti kekuatan dan kelemahan projek serta cadangan
penambahbaikan. Akhir sekali sekali, saya membuat satu laporan
lengkap tentang Projek Inovasi ini.
DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada inovasi ini terdapat 9 orang murid yang menunjukkan peningkatan
berdasarkan ujian pra dan ujian pos. Manakala, selebihnya menunjukkan keputusan yang tidak
memuaskan.

Bil Murid Keputusan Catatan


1. Menunjukkan peningkatan 2 soalan betul
2. Tidak memuaskan
3. Tidak memuaskan
4. Tidak memuaskan
5. Menunjukkan peningkatan 3 soalan betul
6. Tidak memuaskan
7. Tidak memuaskan
8. Menunjukkan peningkatan 2 soalan betul
9. Tidak memuaskan
10. Tidak memuaskan
11. Tidak memuaskan
12. Tidak memuaskan
13. Tidak memuaskan
14. Menunjukkan peningkatan 4 soalan betul
15. Tidak memuaskan
16. Menunjukkan peningkatan 2 soalan betul
17. Tidak memuaskan
18. Tidak memuaskan
19. Tidak memuaskan
20. Menunjukkan peningkatan 4 soalan betul
21. Menunjukkan peningkatan 1 soalan betul
22. Tidak memuaskan
23. Menunjukkan peningkatan 4 soalan betul
24. Tidak memuaskan
25. Tidak memuaskan
26. Menunjukkan peningkatan 4 soalan betul
27. Tidak memuaskan
Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju

1. Saya faham dengan jelas cara guru mengajar


menggunakan kaedah “Palang Oh Palang” untuk
operasi bahagi dengan 1 dan 2 digit?

2. Saya boleh menyelesaikan soalan operasi


bahagi menggunakan kaedah “Palang Oh
Palang” yang diajar oleh guru.

3. Saya akan menggunakan kaedah “Palang Oh


Palang” bagi menyelesaikan soalan operasi
bahagi di masa akan datang.

4. Saya sangat meminati kaedah “Palang Oh


Palang” bagi menyelesaikan soalan operasi
bahagi.

Saya juga mengumpul data secara rawak dengan menggunakan kaedah Parking Lot di

mana saya akan lekatkan soalan di papan putih dan soalan tersebut dibaca supaya semua dapat

didengari serta dapat menjimatkan masa. Daripada keputusan parking lot, saya mendapati

segelintir murid kurang jelas tentang kefahaman mereka terhadap kaedah Palang Oh Palang.
REFLEKSI

1. KEKUATAN PROJEK

Projek ini banyak memberi saya pengalaman baru dan bernilai dari aspek penghasilan
sesuatu inovasi. Selain itu, projek ini banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menghasilkan lebih banyak bahan inovasi pada masa akan datang. Dengan kaedah ini, saya
dapat memudahkan murid untuk membina sifir khususnya sifir dua digit. Di samping itu, guru
juga dapat memudahkan penerangan cara menjawab soalan bahagi dalam bentuk lazim
dengan betul. Kadang, cara murid letak nombor tidak kena pada tempatnya. Ada juga
dikalangan murid lemah dalam penolakan namun dengan kaedah palang oh palang ini guru
dapat meringkaskan langkah menjawab bahagi sekaligus mengurangkan kekeliruan murid
menjawab soalan bahagi. Dengan ini, guru dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar.
Selain itu, PdPc menjadi lebih berkesan kepada murid kerana ia mendatangkan keseronokan
dan kepuasan. Keseronokan akan hadir bila murid dapat menjawab soalan dengan betul dan
pantas sekaligus meningkatkan keyakinan murid tersebut. Projek inovasi ini dapat
menjimatkan masa serta menambah baik PDPc. Kreativiti dan inovasi juga dapat
mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Selain itu, inovasi projek inovasi
ini mudah untuk diaplikasikan.

2. KELEMAHAN PROJEK
Setiap inovasi yang dilakukan mempunyai kelemahan tersendiri. Dalam inovasi
yang saya lakukan kelemahan yang utama adalah penerangan yang saya gunakan
cenderung kepada kaedah tulis dan cakap. Kaedah ini pada zaman dahulu sememangnya
berkesan namun zaman sekarang kaedah sebegini kurang mendapat perhatian murid
yang lemah. Kelemahan seterusnya yang saya perhatikan adalah penerangan saya
Cuma dua kali sahaja sedangkan matematik yang melibatkan operasi memerlukan
kepada latihan yang berulang atau dipanggil sebagai ‘drilling’ untuk memahirkan
seseorang dalam sesuatu kaedah atau kemahiran. Oleh itu, saya merasakan projek
inovasi yang saya lakukan ini memerlukan kepada masa yang lebih lama bagi memberi
latihan kepada murid untuk menggunakan kaedah ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang boleh dibuat pada kaedah Palang Oh Palang ini adalah dengan
menekankan cara pembentangan lama kepada cara moden iaitu dengan menggunakan “Power
Point”

Seterusnya, masa pelaksanaan perlu ditambah lagi supaya murid mempunyai cukup
masa untuk membuat latihan dan lebih bersedia untuk menjawab ujian post test.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berasa amat berpuas hati kerana berjaya menyiapkan
projek inovasi “Kaedah Palang oh Palang Dalam Menjawab Soalan Bahagi” pada masa yang
ditetapkan. Walaupun pelbagai masalah dan halangan dari segi masa dan kepakaran, saya
berjaya menghadapi dengan jayanya. Namun, dengan semangat sebagai seorang bakal guru
Matematik yang berazam tinggi saya berjaya menyiapkannya. Melalui projek ini, saya dapat
menambah rakan kenalan dan ilmu pengetahuan, saya juga mendapat pelbagai pertolongan
daripada pihak sekolah, guru pembimbing dan pensyarah. Tanpa bantuan idea dan nasihat
daripada mereka saya tidak mampu menyiapkan projek ini pada waktu yang ditetapkan. Akhir
sekali saya berharap dengan bahan inovasi ini saya berharap semua guru dan warga sekolah
berpuas hati dengan hasil kerja saya lakukan.

Rumusan yang dapat saya buat adalah inovasi adalah nilai yang penting yang perlu ada
dalam diri setiap guru khususnya guru-guru pada zaman tenknologi ini. Inovasi inilah yang
membezakan antara guru yang baik dengan guru yang cemerlang. Murid-murid dan pelajar-
pelajar pada era kini boleh dikatakan lebih maju daripada guru-guru mereka. Dimana segala
maklumat yang mereka inginkan berada di hujung jari. Guru harus mampu menandingi
kepantasan ini. Perasaan ingin tahu mereka juga lebih daripada generasi yang terdahulu. Oleh
itu kaedah mengajar ‘chalk and talk’ tidak relevan untuk digunakan lagi. Penggunaan teknologi
maklumat adalah syarat wajib digunakan di dalam pengajaran guru. Alasan tidak mempunyai
pengetahuan tentang teknologi sememangnya tidak boleh digunakan. Kerajaan telah
menyediakan prasarana serta menganjurkan banyak kursus bagi menangani masalah buta IT ini.

Selain itu, untuk menjana inovasi guru harus perlu menilai kemampuan dari segi kekuatan
dan kelemahan pelajarnya. Dari situ barulah guru mempunyai satu landasan untuk menjalankan
inovasi. Ini kerana, produk yang dihasilkan guru hendaklah menepati kehendak klien iaitu pelajar.
Tambahan pula, latar belakang demografi guru yang berbeza, lokasi sekolah, keupayaan dan
kemampuan guru dari segi motivasi, sikap pengetahuan dan kemahiran bakal menentukan tahap
kesediaan guru dalam melaksanaka inovasi itu sendiri. Seperti yang diulaskan, inovasi hanya
akan berlaku sekiranya guru itu menginginkan perubahan. Maka, keadaan ini memberikan
pengaruh yang besar kepada pelaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang ada dan proses
kemenjadian murid-murid.

You might also like