You are on page 1of 7

SK (1) SELAYANG BARU

JALAN 45, SELAYANG BARU


68100 BATU CAVES, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT

SK (1) SELAYANG BARU BIL 1/2021

Tarikh : 18 JANUARI 2021

Hari/Masa : ISNIN/5.00 PETANG

Tempat : WHATSAPP VIDEO CALL GROUP RBT SKSB1

Kehadiran : 1. EN. ISHAK BIN MOHD ALI

2. EN. NORSHAM BIN MOHD SALLEH

3. PN. ROSMAWATI BT MUHAMAD

4. EN. MUHAMAD NUR AIMAN BIN ISMAIL

AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyurat .
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Perkara-perkara Baharu
4.1 Perlantikan AJK
4.2 Pelan Strategik.
4,3 Bajet Panitia 2021
4.4 Pengurusan panitia
4.5 Ujian dan peperiksaan
5. Hal-hal lain
6. Penutupan

1
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru


Reka Bentuk dan Teknologi dalam whatsapp video call ini.
1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar
dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang
dirancang.
1.3 Sebagai panitia, banyak perkara perlu dilakukan terutama sistem
pemfailan.

Makluman :Semua Guru Mata Pelajaran RBT.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 3, 2020 (RBT) telah disahkan oleh En


Norsham.
2.2 Pengesahan telah disokong sebulat suara.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Post Mortem RBT

Pencapaian aliran tahun 4, 5 dan 6 dalam tahun 2021 tidak dapat


dikira memandangkan pandemik covid 19 ini yang menyebabkan
sekolah ditutup. Walau bagaimanapun pembelajaran secara maya
dapat dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada murid.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran RBT.

2
4.0 Perkara-perkara Baharu

4.1 Perlantikan AJK

Setiausaha : MUHAMAD NUR AIMAN BIN ISMAIL.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran RBT.

4.2 Pelan Strategi


4.2.1 Kerja Projek murid dilaksanakan apabila sekolah mula boleh
dibuka seperti biasa

4.2.2 Pembelajaran secara alam maya perlu di teruskan seperti biasa


bagi memberikan pengetahuan kepada murid seiring dengan
matlamat KPM dimana pengajaran dan pembelajaran boleh
dilaksanakan dimana sahaja.

4.2.3 Guru-guru RBT juga perlu mengajar mengikut Sukatan Rancangan


Tahunan yang disediakan dan menghabiskannya.

4.2.5 Guru-guru RBT digalakkan guna pelbagai teknik, kaedah ,


pendekatan dan BBM (live streaming,telegram, GCR,youtube)
semasa proses Pdp dijalankan.

Tindakan:Semua Guru Mata Pelajaran RBT.

4.3 Bajet Panitia 2021


4.3.1 Segala baget bagi tahun 2021 akan di bentangkan apabila sekolah
dibuka. Sebarang pembeliaan adalah tertakluk ketika sekolah dibuka
Walaubagaimanapun, seperti biasa diingatkan kepada guru RBT,
untuk mendapatkan segala keperluan bagi melaksanakan kerja
projek, guru-guru dikehendaki mengisi borang nota minta terlebih

3
dahulu dan mendapat pengesahan daripada guru besar sebelum
memesan bahan dari pembekal jika pembelian boleh dibuat pada
waktu sekolah dibuka.
Tindakan: Ketua Panitia RBT

4.4 Pengurusan panitia

4.4.1 Agenda 1 – Penulisan Buku Rekod Mengajar


Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang Akta berkenaan
Penulisan Buku Rancangan Mengajar.
Pengerusi juga mengingatkan guru-guru perkara yang mesti
dilengkapkan di dalam buku rekod mengajar bertepatan dengan akta
di bawah :

Mengikut peruntukan akta Pendidikan (Akta 1996 : PU(A) 531,

Per 7,8,9,)

PU(A) 531 Per. 7 : Sukatan terkini/ Huraian Sukatan


Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan mempunyai senarai
nama murid dalam satu kelas
 Peraturan 11 (1) Guru hendaklah mengajar mengikut
sukatan yang diluluskan
 Format Rancangan harian
 Tempoh penghantaran (Diserahkan kepada Guru Besar
setiap minggu atau pada bila-bila masa atas budi bicara
guru besar)

Tindakan :Semua Guru Mata Pelajaran KH /RBT

4.4.2 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan


Tahunan.
Pengerusi memaklumkan kepada guru yang mengajar cara
menulis RPH RBT

Pengerusi meminta persetujuan ramai cara menguruskan SP,


RPT dan RPH atas sama ada ditulis di dalam buku rekod atau
dibuat salinan fotostat dan dimasukkan ke dalam poket di dalam
buku rekod mengajar.

4
Jawatankuasa memutuskan untuk membuat salinan fotostat
perkara-perkara di atas dan dimasukkan ke dalam poket di dalam
buku rekod mengajar.

Tindakan :Semua Guru Mata Pelajaran


RBT

4.4.3 Pengurusan Fail


Pengerusi meminta setiausaha mengemaskini fail yang akan
dibuat ketika sekolah telah dibuka seperit biasa

Guru-guru mata pelajaran RBT dikehendaki melengkapkan


butir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut ke dalam
fail.

4.5. Ujian dan Peperiksaan


4.5.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun perlu
disediakan oleh sekolah masing-masing. Kita perlu menyediakan
terlebih dahulu supaya jika peperiksaan boleh dilaksanakan
semasa waktu pandemik ini, ia memudahkan kerja guru tersebut

Pada penggal satu dan penggal kedua markah peperiksaan


pertengahan tahun dan akhir tahun akan dicampur dengan
markah yang dibuat berdasarkan penilai ke atas Kerja Projek RBT
iaitu 40% jika sekolah boleh beroperasi seperti biasa.
Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran RBT

5
5.0 Hal-Hal Lain

Program Yang Dirancang Untuk 2021


5.1 Program Bulan Kemerdekaan

5.1.1 Panitia RBT akan bekerjasama dengan Skuad 3K sekolah ,


Panitia PSK , PSV, Muzik dan Sejarah untuk melaksanakan
Program Bulan Kemerdekaan .
Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran RBT

6.0 Penutupan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.15 petang.

Disediakan Oleh, 18 JANUARI 2021

________________________

Muhamad Nur Aiman bin Ismail

Setiausaha Panitia RBT,

SK (1) SELAYANG BARU.

6
LAMPIRAN

You might also like