You are on page 1of 4

MESYUARAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

BIL 1 TAHUN 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOH,
34500 BATU KURAU, PERAK.

Tarikh : 18 Januari 2021


Hari : Isnin
Masa : 2.30 ptg – 3.30 ptg
Tempat : Bilik Gerakan SKKR
Kehadiran :

1. Pn. Nazimah bt. N. Anver Batcha


2. En. Mohd. Fadhil b. Ismail
3. Pn. Noreliza bt.Abdul Rahim
4. Pn. Paramesvary a/p Nallakamu
5. Pn. Saudah bt. Ahmad
6. Pn. Zanzuraini bt. Tajuddin
7. Pn. Afifah bt. Ahmad Humaidi
8. Pn. Kamariah bt. Abd. Manan
9. Pn. Rohasima bt. Ramli
10. Cik Yamuna Sharmini a/p Manikam
11. En. Adi Dzafran b. Mohamad Taib Azmi
12. Pn. Nur Akmarniza bt. Mohd. Tajie
13. En. Mohamad Azmi b. Abdul Manan
14. En. Mohamad Hanif b. Salleh
15. En. Mohd. Faizal b. Mohd. Mokhtar
16. Pn. Noraini bt. Yusof
17. Pn. Ros Anita Saloma bt. Rosidi
18. Pn Fauziah bt. Mohd Junid

Tidak Hadir:
1. Puan Zuraida bt Zarkasi
2. Puan Wan Hasni bt Wan Mohamad Salleh
1.UCAPAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir dalam
mesyuarat PBD kali yang pertama ini. Guru Besar memaklumkan bahawa sejarah PBS bermula
pada tahun 2010 apabila KPM memutuskan agar sistem pentaksiran ditambah baik selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pada tahun 2014, pelaksanaan PBS bergantung kepada
empat faktor iaitu pementoran(bimbingan), penyelarasan(diselaraskan mengikut tatacara yang
ditetapkan), pemantauan(berdasarkan petunjuk prestasi agar memenuhi prosedur yang
ditetapkan) serta pengesanan (untuk melihat keberkesanan iaitu kelemahan atau permasalahan
dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan).Namun kemudiannya PBD telah ditukarkan
kepada PBD. Secara umumnya PBD masih megekalkan objektif, tujuan dan matlamat sama
seperti PBS . PBD memokuskan Pentaksiran dalam Bilik Darjah secara khusus dan ditambahkan
lagi dengan elemen PAK 21. PBD seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang selesa dan
mampu menarik minat murid dalam PDPC.

Tindakan: Semua Guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PBS BIL 4/2020


2.1. Mohd Hanif mencadangkan agar minit mesyuarat PBS bil 4 disahkan tanpa
sebarang pindaan. Cadangan ini disokong oleh Faizal b Mokhtar

Tindakan: Semua Guru


3 PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara yang dibangkitkan.

Tindakan: Semua Guru

4 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


4.1. Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
Guru Besar memberi penerangan tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
berkaitan PBD.

4.1.1 Tugas Pentaksir Mata Pelajaran adalah seperti berikut:


a. Membantu dan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk menjalankan
PBD/kerja kursus/SEGAK

b. Merupakan pentaksir PBD/kerja kursus/SEGAK kelas masing-masing dan memberi skor yang
berpatutan kepada murid-murid

c. Mengisi markah PBD dalam borang atau tapak penskoran yang disediakan. Kutipan data
pencapaian PBD untuk dihantar ke PPD akan dibuat pada hujung bulan Mei dan awal bulan
November. Guru-guru diminta bersedia dengan data subjek masing-masing dan dapat
menghantar data pada masayang ditetapkan kepada penyelaras PBD.

d. Menyelesaikan PdPc bagi satu kelompok bidang, tema atau kemahiran dalam Standard
Pembelajaran sebelum menentukan TP murid. Guru digalakkan untuk merekod perkembangan
murid sama ada dalam buku rekod mengajar, buku latihan murid,buku catatan guru, jadual atau
lain-lain yang bersesuaian.

e. Perekodan TP dalam template pelaporan dibuat setelah PdPc bagi setiap bidang
tema,kemahiran atau kelompok Standard Pembelajaran selesai dilaksanakan.Data PBD di dalam
Fail Rekod Mengajari perlu dikemaskini oleh semua guru subjek .

f. Melengkapkan borang Pelaporan Prestasi Murid. Pelaporan TP dimaklumkan kepada murid


dan ibu bapa sebagai maklum balas terhadap tahap pembelajaran murid untuk tindakan
selanjutnya. Borang pelaporan gabungan untuk setiap murid akan dicetak pada awal bulan
November 2021 oleh guru kelas untuk disimpan di dalan fail profil murid.

Tindakan Guru mata Pelajaran


4.2 PAJSK
Guru Besar memaklumkan bahawa tugas Setiausaha Kokurikulum adalah mengurus
penyimpanan dokumen yang berkenaan dengan PAJSK.

Tindakan :Setiausaha Kokurikulum

4.3 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

4.3.1 Dijalankan sepanjang masa didalam bilik darjah.


4.3.2 Pentaksiran berdasarkan pemerhatian, hasil kerja murid, penglibatan murid dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
4.3.3 Ujian /peperiksaan diselaraskan.
4.3.4 Post mortem perlu ada selepas setiap pentaksiran.

Tindakan :Semua Guru

5 PEMANTAUAN / PENCERAPAN PBD


5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pemantauan akan dijalankan oleh pihak sekolah dan
jadual pelaksanaan akan disediakan dan dimaklumkan kepada semua guru.
5.2 Pemantauan adalah bertujuan memastikan perlaksanaan PBD berjalan seperti yang
ditetapkan oleh KPM.

Tindakan: Semua Guru


6. JADUAL KERJA PBD
6.1 Guru Besar mengingatkan semua guru(pentaksir sekolah) agar mematuhi jadual kerja yang
ditetapkan dalam Buku Takwim Pengurusan Sekolah.

6.2 Guru Besar berharap agar guru-guru dapat meletakkan tugasan PBD sebagai kerja
sepasukan iaitu perlunya sikap saling bekerjasama agar pelaksanaan PBD lebih mantap.

Tindakan: Semua guru.

7 HAL – HAL LAIN


Tiada

8 UCAPAN PENANGGUHAN
Guru Besar mengharapkan semua guru dapat memberikan kerjasama yang padu untuk
menaikkan nama sekolah. Beliau berharap para guru akan membimbing pelajar SKKR mencapai
TP yang tertinggi dan memuaskan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.25 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………….. ………………………………..
( FAUZIAH BINTI MOHD JUNID) ( MOHD FADHIL B ISMAIL)
Setiausaha PBD Penolong Kanan Pentadbiran
SK. Kampong Repoh SK. Kampong Repoh

Disahkan oleh :

……………………………………………..
( NAZIMAH BT. N. ANVER BATCHA)
Guru Besar,
SK. Kampong Repoh

You might also like