You are on page 1of 5

SJK(T) CHANGKAT

31000, BATU GAJAH

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BIL 1 / 2023

Tarikh : 25.05.2023
Masa : 1.15 tgh
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :
1. Pn.Katpagavalli a/p Murugasu Guru Besar (Pengerusi)
2. Cik Sewamila a/p Krishnan PK Pentadbiran
3. Pn.T.Rahini Thevy a/p Thambirajah PK HEM
4. En.Kasiraja a/l Vedasalam PK Kokurikulum
5. Pn.Kalyani a/p Renganathan
6. Pn.Thamayanthi a/p Kuppan
7. Pn.Arasi a/p Muthiah
8. En.David a/p Antoniswamy
9. Pn.Nagadevi a/p Sivagandhi
10. En.Manjit Singh a/l Karpal Singh
11. Pn.Kaliammah a/p Marimuthu
12. Pn.Vani a/p Muniandy
13. Pn.Riinah a/p Periasamy
14. Cik Rajani a/p Thevadason
15. Pn.Thenmoli a/p Ganaison
16. Pn.Vasanthi a/p Suppiah
17. Pn Mahadevi a/p Murugaya
18. Cik Lourdu Mary a/p David George
19. Pn.Kasturi a/p Suandragee
20. Pn.Kayalvili a/p Balakrishnan
21. Pn.Vimalarani a/p Ramiah
22. Cik Puvaneisveri a/p Veraiah
23. Cik Chandrakala a/p Gobal
24. Pn.Jayanthi a/p Rajagopal
25. Cik NurSalsabila Binti Hisham Atby
26. En.Vikneshwaran a/l Bashkar
27. En.Karthikan a/l Manickam

Tidak Hadir :
1. Pn.Azlin Isma binti Razali

AGENDA:
1. Ucapan pengerusi

1
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat
PBD kali pertama.
1.2 Beliau seterusnya menerangkan bahawa pelaksanaan PBD merupakan salah satu
agenda penting dalam dasar pendidikan negara yang berpandukan kepada FPN.
1.3 Pengerusi berharap agar semua guru dapat memberi komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan PBD. Malah, penekanan terhadap integriti dalam menjalankan tugas
turut diberi keutamaan.
1.4 Beliau turut menyatakan bahawa dasar pelaksanaan telah dinyatakan oleh Pengarah
JPN Negeri. Sehubungan dengan itu, semua guru dipohon agar sentiasa berusaha untuk
bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan PBD dapat mencapai objektifnya.
Tindakan : Makluman

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

Pencadang : En.V.Kasiraja
Penyokong : Pn.P.Riinah
Tindakan : Makluman

3. Perkara Berbangkit
Tiada
Tindakan : Makluman

4. Penetapan Pembelajaran Terbeza Dalam Pentaksiran


4.1 PK Pentadbiran, Cik Sewamila, menyatakan bahawa sekolah inginkan perubahan pada
cara murid ditaksir. Kaedah pembelajaran terbeza perlulah dititikberatkan dalam
pembinaan arahan atau soalan pentaksiran penggal 1 ini.
4.2 Beliau menyatakan tiada jadual setara, PBD akan dijalankan dalam waktu guru mengajar
agar mudah dikawal oleh guru. Ibu Bapa akan diberitahu tarikh pentaksiran penggal 1
akan dijalankan melalui surat pemberitahuan.
4.3 Guru Besar menyatakan bahawa guru-guru boleh melaksanakan pentaksiran melalui
kehandak dan keperluan murid. Ini kerana guru-guru lebih mengenali anak murid dan
tahu apakah yang diperuakan oleh murid-murid yang guru ajar.

5. Pembudayaan PBD – Sarana Ibu bapa


5.1 Pn.M.Kaliammah mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan diadakan bersama
PIBG nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu bapa dan penjaga
mengenai PBD.
5.2 Pn.M.Kaliammah memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung PIBG kali pertama,
pihak Sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai PBD.

2
5.3 Cadangan dari Pn.M.Kaliammah diterima dan akan dilaksanakan apabila ada perjumpaan
dengan ibu bapa. Mengenai PBD ini, Pihak pengurusan akan sentiasa memaklumkan
kepada ibu bapa dan penjaga.
Tindakan : Makluman

6. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


6.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari Mac hingga Jun. Untuk Segak
Penggal 2 ialah dari Ogos hingga November.
6.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan
diisi dan disiapkan pada akhir persekolahan.
Tindakan : Guru-guru PJ Tahap 2

7. Pentaksiran Psikometrik
7.1 Guru Bimbingan sekolah Iaitu Pn.S.Nagadevi menerangkan bagaimana pentaksiran
Psikometrik dijalankan.
7.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Pelajar Tahun
6 akan ditaksir.
7.3 Beliau memaklumkan bahawa, pentaksiran ini dijalankan pada hari persekolahan. Untuk
itu, beliau meminta kerjasama pihak sekolah bagi menjayakan pentaksiran ini.
Tindakan : Penyelaras PPsi

8. Penubuhan Jawatankuasa PBD


8.1 Setiausaha PBD – Pn.G.Thenmoli menayangkan Slaid Jawatankuasa PBD 2023.
8.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat melancarkan pengoperasian PBD bagi tahun semasa.
8.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBD.
Tindakan : Makluman

9. Penyediaan dan Perancangan Pelaksanaan PBD


9.1 Pengerusi menegaskan agar semua guru cakna terhadap rancangan tahunan PBD agar
pengoperasian menjadi lebih sistematik mengikut ketetapan.
9.2 Beliau juga menerangkan jadual pengoperasian PBD seperti yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan Malayisa (LPM).

3
9.3 Bagi memastikan kelancaran PBD itu sendiri, Penyelaras PBD berharap agar format
penulisan RPH semua guru juga diselaras untuk memenuhi tuntutan KSSR dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999. DSKP dan Pentaksiran wajib menjadi rujukan semua
guru dalam pembinaan RPH .
9.4 Beliau juga membuat penjelasan berkenaan J/K dan senarai tugas J/K Pementoran,
Penyelarasan, Pementoran dan Pengesanan.
9.4.1 Pementoran- Pementoran meruapakan satu proses membantu, memudahcara dan
membimbing guru untuk melaksanakan PBD mengikut prinsip danprssedur yang
ditetapkan.
9.4.2 Penyelarasan- Penyelarasan meruapakn satu proses memastikan pentaksiran yang
dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan,kebolehpercayaan supaya keputusan
pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk
penambahbaikan.
9.4.3 Pemantauan-Pemantauan meruapakan satu proses memastikan kaedah
pelaksanaan PBD mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan
mempunyai kesahihan dan amanah bagi menggelakkan penyelewengan dan
ketidakakuran.
9.4.4 Pengesanan-Pengesanan meruapakan satu proses untuk memastikan kekuatan
dan keberkesanan PBD dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan
instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan.
Tindakan : Makluman

10. Penggunaan dan Pengurusan Rekod Perkembangan Murid


10.1 Semua guru diminta untuk membuat pentaksiran formatif secara berterusan dan
mencatatkannya dalam rekod perkembangan murid.
10.2 Setiap guru perlu menjalankan PBD pada setiap hari selepas PdPc. Setelah
mengisi pencapaian murid guru perlu menulis evidens yang telah digunakan
dibawah. Rekod Transit Murid disimpan oleh setiap guru matapelajaran. Guru
haruslah boleh mengemukakan borang perkembangan tersebut untuk tujuan
pemantauan.
Tindakan : Semua Guru

11. Pengurusan kes-kes khas


11.1 Pengerusi memberi penjelasan yang terperinci berkenaan kes-kes yang perlu
diuruskan secara tulus dan mengikut prosedur yang disarankan oleh LPM.
11.2 Kes-kes khas adalah seperti berikut :
11.2.1 Kes Disiplin( tidak hadir,ponteng dan buang sekolah)
11.2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang atas sebab
kesihatan.

4
11.2.3 Murid di golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
11.2.4 Murid yang bertukar sekolah.
11.2.5 Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat .
11.2.6 Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan/atau
kebangsaan/antarabangsa.
11.2.7 Setiausah dari pihak pentadbiran perlu berganding bahu bagi menguruskan kes-
kes khas dan memastikan segala prosedur pengurusan kes-kes khas dapat
dipatuhi
Tindakan : PK Pentadbiran

12. Hal-hal lain.


12.1 Pengerusi sekali lagi menegaskan bahawa pentaksiran haruslah dijalankan dengan
penuh integriti, telus dan berterusan.Tahap pengguasaan murid harus direkodkan
didalam Rekod perkembangan murid.
12.2 Beliau turut menjelaskan PBS akan dijalankan dua kali setahun mengikut takwim.
12.3 Guru-guru yang masih mempunyai sebarang kesulitan dalam pengoperasian PBD,
diminta untuk mendapatkan maklumat daripada J/K PBD.
12.4 Perekodan PBD hendaklah direkodkan dan dilengkapkan dalam borang
perkembangan murid. Setelah merekod dalam borang perkembangan murid, guru
mata pelajaran perlu memastikan ada justifikasi pada setiap murid yang telah ditaksir.
12.5 Guru perlu menyimpan borang perkembangan murid sebaik mungkin untuk rujukan
dan perekodan data PBD.
Tindakan : Makluman

13. Penutup

13.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 ptg.

Di sediakan oleh :

………………………………………
(THENMOLI A/P GANAISON)
Setiausaha PBD
SJK(T) Changkat

You might also like